DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label penipu.penfitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penipu.penfitnah. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

NOH OMAR BUAT LAWAK TAJUK "PENGHARAPAN DAN MORAL" KAH KAH KAH !.

Sebelum tu gua nak tanya kat lu orang sama ada lu dah habis Puasa 6 atau sedang Puasa atau belum puasa pun lagi... kalau lu orang sedang Puasa 6 baik lah lu orang serius sikit ketika membaca atau berhenti dan tunggu selesai berbuka nanti baru sambung balik... pada yang sudah selesai puasa 6 atau pun yang belum mula pun lagi puasa tak ada masalah untuk terus membaca... bukan nya apa beb... ditakutilah pada yang berpuasa akan terbatal puasa lu orang akibat lu orang ketawa tak berhenti hingga termuntah-muntah... kah kah kah... kan ke sayang beb tak pasal-pasal aje puasa lu orang batal... sedangkan untuk lu orang berpuasa 6 tak sampai beberapa hari aje lagi... kah kah kah !.

Hari ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (DSNO) telah membuat lawak yang bertajuk "Pengharapan dan Moral"... beliau ni dulu nya terkenal dengan kisah National Fedlot Corprations (NFC)... yang pada awal Isu NFC keluar telah dikatakan oleh DSNO yang Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membuat fitnah kususnya terhadap Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga pada masa itu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil... maka pada awal Isu NFC tersebut beliau adalah salah seorang yang menjadi Lawyer Buruk NFC sebelum ianya diambil alih oleh secara tak rasmi oleh Datuk Ibrahim Ali Perkasam (Tok Yim)... kah kah kah !.

Bunyinya kalau didengar memang lah sedap "Pengaharapan dan Moral"... tapi apa yang Pengharapan nya dan apa juga di Moralkan nya gau pun tak tahu beb... sebabnya tajuk tersebut memang tak layak dibawa oleh beliau walaupun untuk berlawak sekali pun... kah kah kah... kerana kalau beliau membawa tajuk tersebut... bukan orang ketawakan tajuk tapi ketawakan beliau yang mempunyai muka tak malu tahap gila babi... kah kah kah... memang kisah Pengharapan dan Moral berkenaan Isu Air Percuma wajar dibawa oleh Penduduk yang tak merasai Nikmat tersebut ke Mahkamah... tapi untuk mengulas Isu ini beliau dan ahli-ahli Umno bukan lah orang yang layak untuk mengulas beb... kah kah kah !.

Sepatutnya beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyelesaikan Isu NFC yang Gantung Tak Bertali ataupun seperti mengira berapa ekor lembu NFC yang tak pernah betul berapa ekor jumlahnya... serta Isu Kolam Udang yang dikatakan beliau adalah pemilinya... bermakna beliaulah Menteri Pertanian dan beliau jugalah yang menjadi Pengusha kolam Udang tersebut... mungkin beliau akan katakan beliau hanya menyewakan tanah tersebut... kalau itu jawapan beliau satu lagi persoalan timbul disini... sejak bila pulak beliau memiliki begitu banyak tanah dikawasan tersebut... kah kah kah... atas sebab itulah beliau dan ahli Umno bukan orang yang layak untuk mengulas Isu Air Percuma...

... kerana perkataan Percuma Untuk Rakyat Tidak Pernah Ada Dalam Otak Pemimpin Umno... yang ada dalam otak Pemimpin Umno hanyalah Akan Mengkaji Semula Takrif Air... kah kah kah... jadi apa barang beliau nak ulas Isu Air Percuma kalau perkataan Percuma Untuk Rakyat Tak Pernah Terlintas Di Fikiran Walaupun Sedetik... sedangkan 50 tahun diberi kepercayaan... bayang Air Percuma pun tak pernah nampak beb... yang nampak hanya merompak harta rakyat secara terhormat... kah kah kah... belajar-belajar lah Buat Muka Malu DSNO dan ahli-ahli Umno oiii... sebab Malu tu pun sebahagian dari Iman... tak percaya apa gua cakap... lu orang boleh pergi tanya kat Ketua Ulama Muda Umno... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... kerisauan dsno di kerusi parlimen tanjong karang amat lah ketara... kerisauan tersebut kalau beliau ada lemah jantung dah lama beliau padam beb... cuma yang beliau dapat bertahan mungkin beliau menteri pertanian dan dapat makanan yang fresh dari ladang seperti udang hidup dan dan daging lembu nfc... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Selasa, 24 Januari 2012

"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA" HANYA REKAAN, APABILA TAN SRI PROF' KHOO MENGATAKAN HANG TUAH TAK PERNAH UJUD ?

Sejarahwan Negara Tan Sri Prof' Khoo Kay Kim baru-baru ini mengatakan bahawa Hang tuah tak pernah ujud dan tiada rekod tentang kewujudan Hang Tuah... begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Menurut nya "Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah... Hang Jebat yang mereka fikir amat penting.... jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya... padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik".

"Memang amat menyedihkan ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil... tetapi kita amat bagus berkonfrantasi... tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor... siapa yang pertama menjadi penjawat awam... mereka tidak tahu...90 orang daripada 100 orang yang ditanya mereka tidak dapat jawap".

"Bukan saya kata kita tidak boleh terima lagenda dan mitos... jika masyarakat telah menerima satu mitos selama beberapa abad maka mitos itu telah jadi tradisi... kalau sudah jadi tradisi... biasanya kita tidak akan mempersoalkannya lagi.... tapi kita ada hak dan boleh persoalkannya".

Menurut nya lagi "Sedangkan yang lebih penting lagi ialah pemimpin Mendailing yang mula-mula mengasaskan Kuala Lumpur... dan mempunyai bukti ada peta bertarikh 1872 yang menunjukkan asal usul Kuala Lumpur daripada Sungai Lumpur.

"Tapi nama pemimpin Mendaling... adalah antara kandungan sejarah yang hilang.... begitu juga dengan identiti Raja Chulan... yang didakwanya tidak ada orang Kuala Lumpur yang akan tahu walaupun tokoh itu penting dalam sejarah tempatan... dan yang paling menyedihkan jika warga asing mahu tahu tentang sejarah Malaysia... kebanyakan rakyat Malaysia akan hanya mampu ketawa dan berkata saya pun tidak tahu".

Menyentuh soal lagenda-lagenda yang dikatakan tak pernah ujud adakah patut digugurkan dari Sukatan Mata Pelajaran... "Bukan gugur yang penting... tapi apa yang tidak ada..... dan apa yang ada tiada... macam sekarang kalau saya tanya bilakah kereta motor datang ke negara ini... tidak tahu dan Dalam Buku Sejarah di sekolah tidak disebutkan... dan bilakah kuasa elektrik datang ke negara ini... juga tiada dalam buku sejarah... juga bilakah kapal api pertama datang ke negara ini... Semua nya pun tiada", katanya dengan kecewa.

Sementara itu  Pror' Aziz bari bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata "Di mana Perkasa.... Mana Ezam?... Kenapa tak buat repot polis soal ini.... hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah...  yang kemudianya diikuti oleh Zainal Kling.... Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud".

Tambah beliau lagi" Saya memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.... tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno/Bn harus terima juga komen saya ke atas DYM Sultan Selangor... Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya.... seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling".

Beliau yang pernah dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas itu Senator Mohd Ezam Noor telah membuat laporan polis terhadapnya... atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan... termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.

Harus diingat bahawa Tan Seri Prof' Khoo Kay Kim juga pernah berkata bahawa Malaysia tak pernah dijajah dan diikuti oleh Prof' Zainal Kling dan banyak lagi Prof' pencaci Umno serta sebahagian Pemimpin Umno... bagi menempelak Timbalan Presiden PAS Saudara Hj Mohd Sabu berkenaan Pejuang Kemerdekaan bernama Mat Indera yang dikatakan oleh mereka sebagai komunis.

Kalau dilihat sekarang ini segala sejarah Negara hanya di masukan dalam Sukatan Mata Pelajaran apabila ada memberi untung kepada Umno... dan walaupun ada perkara yang mustahak sepatut nya dimasukan didalam Sukatan Mata Pelajaran tapi kalau tiada keuntungan untuk Umno.... ianya tak kan dimasukan walaupun itu sejarah yang betul.


hemmmmm..... walaupun ini pahit didengar dan apa tah lagi untuk menerima nya.... kelahiran umno adalah bagi menipu orang-orang melayu yang dihasilkan oleh inggeris pejajah.... sebab itu nama umno pun adalah dari bahasa inggeris penjajah.... yang mana nama-nama kesatuan dan persatuan seperti kesatuan melayu muda , angkatan pemuda Insaf dan banyak lagi... semua dari bahasa melayu tetapi semua nya diharamkan oleh inggeris penjajah dan hanya umno yang dari bahasa inggeris penjajah dibenarkan kerana yang melahirkan umno ialah inggeris penjajah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

Isnin, 23 Januari 2012

HARGA ASAL RM6 bilion JADI RM9 bilion, KEMENTAH JANGAN GUNA PERKATAAN KAPAL PENGGEMPUR PANTAI (LCS) KALAU IA HANYA KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA (SGPVs)...KATA MP PR !

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Datuk Yb Saifuddin Nasution, Yb Zulkifli Muhammad dan Yb Tony Pua  telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Pertahanan serta menggesa agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS) bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9 billion.

"Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah, Kapal 'SGPVs' bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan... dan sangat berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara... namun begitu tidak bermakna ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang diwar-warkan menteri dan kerajaan".

Menurut kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua "Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai antara  RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit.... dan mendakwa memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit".

Beliau berkata "Semasa perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian berkenaan tidak memiliki LCS... yang merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut Amerika sahaja dan Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan".

Tambah nya lagi "Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga kapal penggempur US, kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu".

"MenurutWikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan".

"Sementara itu  menjelaskan, Defense Industry Daily turut mengesahkan LCS mempunyai 115 – 127 meter panjang serta 2,800 – 3,100 tan muatan dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar kedalaman air, namun begitu Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog tersebut bahawa SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya 40 knots seperti kelajuan LCS".

"Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan mempunyai kapasiti  2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil sahaja.

"Pengumuman oleh kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan kita akan memiliki ‘Gowind Class Corvettes’ yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang terlibat skandal DCNS, Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS".

Kadang-kadang terfikir juga dalam fikiran ni pemimpin Umno bodoh ke bangang atau nak menipu... kalau dah umum kan dalam budget dalam tahun tersebut harga kapal RM6 bilion kenapa boleh pulak kata ada tambahan RM3 bilion dan dimasukan dalam tahun berikut nya.

Dah tu umumkan kemampuan kapal lain dari kemampuan yang sebenarnya... diumumkan konon nya kapal tersebut Kapal Penggempur Pantai (LCS) yang cuma ada dua unit yang di gunakan oleh tentera Amerika... sedangkan ianya adalah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang kemampuan nya kurang dari LCS.

Kita tunggu apa hasil kajian yang akan diperolehi oleh Ahli Parlimen PR dari kaji selidik yang akan dibuat berkenaan harga sebenar yang meningkat 50 peratus dari harga asal yang diumumkan pada pembentangan budget dan tidak disebut akan ada penambahan kos juga akan dimasukan kedalam budget tahun hadapan nya.


hemmmmm..... sekarang ni.... apa yang umno cakap memang dah tak boleh percaya.... kena selidik betul-betul baru boleh diguna pakai... sebab memfitnah pun mereka sanggup ini kan pulak  menipu.... penyewengan dan penipuan umpama makanan harian bagi puak umno.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee......

Sabtu, 21 Januari 2012

KATA NOH OMAR, DI SELANGOR ADA 300,000 KELUARGA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN, SEBELUM PR MEMERINTAH KELUARGA TERSEBUT KAYA RAYA ???

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, berkata Ceramah dan Program Umno semakin mendapat sambutan lebih-lebih lagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Menurut beliau "Umno Selangor sedang mendedahkan kelemahan Bajet Selangor 2012 berbanding belanjawan mesra rakyat kerajaan persekutuan".

Menurut nya lagi "nampaknya rakyat semakin menyambut baik program Kerajaan Persekutuan" semasa menyampaikan baucer tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 400orang penerima, beliau juga mengkritik rogram "Jom Shopping" yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor, sebagai tidak mememanafaatkan semua golongan sasar iaitu warga Emas.

"Hanya 20,000 daripada 160,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas menerima baucer membeli-belah bernilai RM100 di bawah program itu", tetapi untuk program ini kira-kira 100,000 daripada 300,000 permohonan BR1M diterima setakat ini di Negeri Selangor.... termasuk 20,000 di Tanjong Karang", kata beliau lagi.

Tetapi kenapa apabila program lain ianya begitu menghampakan... kerana rakyat Negeri Selangor ramai yang dibawah paras kemiskinan, dan mereka memerlukan bantuan sebegini, ia sepatut nya sudah dari dulu dirasai oleh rakyat.

Macam tak percaya boleh ada 300,000 keluarga dibawah paras kemiskinan di Negeri Selangor, satu Negeri yang dikatakan kaya dan menjadi tumpuan rakyat seluruh Malaysia.... apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) buat selama hampir empat tahun memerintah ?.

Kalau 3OO,OOO keluarga dikalikan dengan purata 5orang 1keluarga bersamaan dengan 1.5juta orang, itu keluarga yang berpendapatan RM3000.00 dan mungkin ada yang berpendapatan RM3100 atau pun kurang dari RM2000  .... apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar ialah jelas menunjukan kegagalan Umno/Bn yang selama ini telah memerintah Negeri Selangor hampir 50tahun.

Dan yang ramai rakyat tak berminat lagi dengan Umno/Bn yang dirasakan tidak membantu rakyat dengan keikhlasan, tetapi membantu hanya untuk mengizinkan mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 bagi menipu rakyat selepas memenangi PRU.

Ini tidak dapat dinafikan dengan akal yang waras... selepas boleh dikatakan kekalahan teruk Umno/Bn dalam PRU ke12...yang sepatutnya boleh memberi kesedaran dan dengan Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib....itu pun masih tak mampu memhakis perangai dan sikap sukakan penyelewengan.


hemmmmm.... nampak nya ahli parlimen tanjung karang ni semakin hari semakin meroyan ... apa kan tidak beliau sudah dapat merasakan yang ini mungkin satu-satu nya program yang terakhir yang mendapat sambutan dari rakyat tanjung karang sebelum fajar pru13 menjelma yang beliau dijangkan akan kalah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeeee.......

Khamis, 19 Januari 2012

KETUA WIRA PERKASAM P.PINANG NAK JUMPA KM LGE... BINCANG MASALAH MELAYU YANG SUDAH 54THN TAK DISELESAIKAN OLEH UMNO, KAH KAH KAH !!!

Ketua Wira Perkasam Negeri Pulau Pinang, Mohd Rizuad Azudin berkata "surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pualau Pinang bagi membincangkan isu-isu yang menyentuh orang Melayu Pulau Pinang akan dihantar esok, dan diharapkan beliau dapat memberi jawapan untuk pertemuan dalam masa dua minggu".

Menurutnya lagi "Kami ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng setelah beberapa kali kami melakukan demonstrasi dan kami minta maklumat sampai sekarang tiada apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri, Perkasa mahu bersemuka secara rasmi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah orang Melayu di negeri ini".

"antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai isu perumahan mampu milik rakyat yang dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum lepas dan isu kedai orang Melayu yang dirobohkan tidak mendapat apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri". tambah beliau.

Keh keh keh.... buat apa hantar surat... hantar lah "kek taik" ke "taik lembu" ke... hantar surat buat apa.... nak bincang pasal melayu cari la Umno... parti yang memperjuangkan nasib orang melayu... kan selama hampir 50tahun Umno telah menjaga dan memperjuangkan nasib orang melayu Pulau Pinang sehingga Orang Melayu Pulau Pinang Senang Lenang dan Kaya Raya.... tak kan baru 4tahun kurang Yb Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri orang melayu Pulau Pinang dah jatuh Miskin Tegar...

Nak tahu lah juga... Ketua Perkasam tak jemput sekali ka... jemput lah sekali biar dia perjelas habis masalah Orang Melayu.... sebab beliau lagi tahu keadaan Orang Melayu satu Dunia.... sehari sebelum jumpa KM LGE... hangpa buat lah demo biar gempak 1 Malaysia dan 1Dunia... nanti Orang Melayu akan Puji Perkasam.. dan kata Perkasam betul Perkasam... tapi sayang Perkasam ni bukan dari Ikan.... tapi dari Burung Terbang Hinggap (Katak).... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... selama 50tahun memerintah pulau pinang... apa yang dibuat oleh umno untuk orang melayu pulau pinang.... dap belum pun sampai 4tahun memerintah... orang melayu pulau jangan risau... kalau umno kalah.... kerusi umno tu akan dipegang oleh orang juga... sama ada pas atau pkr.... dap tak kan bertanding kerusi yang ada umno dan umno pun tak kan bertanding kat kerusi dap bertanding... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....

Isnin, 16 Januari 2012

KENAPA SAYA DIGUGURKAN... SECARA TEKNIKAL SAYA MASIH AHLI PAS... NAIK PENING KEPALA DENGAN DATUK HASSAN ALI NI !!!

"Secara teknikal nya saya masih Ahli Pas... jadi kenapa saya digugurkan... memang saya tak ada masaalah digugurkan, tapi kenapa Kerajaan Negeri terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih ada 30hari untuk membuat rayuan" kata-kata dari Datuk Hassan Ali bekas Ahli Majlis Masyuarat Kerajaan Negeri Selangor DE.

Menurut nya lagi " cara sebegini menunjukkan ada pihak yang tidak sabar hendak menduduki jawatan saya sebagai Exco kerana saya sehingga 7hb Febuari untuk membuat rayuan".... keh keh keh !!!... orang punya hak orang punya pasal la Datuk oiiii.... jangan jadi Umno orang punya hak jadi hak dia... dia punya hak dah tentu lah orang lain tak merasa.

Dengar pada cakap dah macam orang gila talak... tapi masih sombong lagi... semalam kata tak harus duduk dalam Pas... kerana banyak Parasit... kalau tengok cara Datuk ni sama dengan Yb Zukifli Nordin, yang menyalahkan orang lain dengan gelaran Firaun kecil... pada hal sendiri yang cari masaalah tapi nak menyalah orang lain.

Sudah la Datuk Hassan... jangan membuat dosa kami blogger-blogger dengan mengumpat Datuk... masuk aje lah Umno/Apco ataupun Perkasam/Perkosa, yang perjuangan seakan kalau pun tak dikira sama dengan perjuangan Datuk... yang kata Datuk betul itu.


hemmmmm..... nak mengharapkan umno meminang.... umno pun macam buat-buat sombong pulak.... nak terima pinangan perkasam/perkosa malu rasanya.... jadi semaunya serba salah..kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....

Jumaat, 13 Januari 2012

DATUK IBRAHIM ALI BUAT LAWAK LAGI... TAWARAN SEBULAN ELAUN AHLI PARLIMEN UNTUK TANGKAP DALANG BOM 901... KAH KAH KAH !!!

 Selepas Pihak Polis menawarkan gajaran sebanyak RM10,000 bagi maklumat sehingga tertangkap nya dalang letupan bom pada hari perhimpunan "Bebas Anwar 901", hari ini satu lagi tawaran berupa sebulan elaun Ahli Parlimen bagi perkara yang sama dan ianya datang dari Ahli Parlimen Pasir Mas juga merangkap Presiden Pertubuhan Perkasam (Perkasam) Datuk Yb Ibrahim Ali.

Katanya "Bagi membantu usha pihak Polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok Ahli Parlimen bagi tambahan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak Polis semoga ini menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu sehingga tertangkap nya individu atau kumpulan yang memang jahat demi keamanan dan keselamatan rakyat".

kah kah kah !!!... hari tu siap kata nak bantu pihak Polis jaga penyokong "Bebas Anwar 901"... sampai masa batang hidung dia pun tak nampak..... keh keh keh !!!, yang kesihan nya budak-budak yang lebih kurang 50orang dibiarkan membuat provokasi.... dikejar penyokong "Bebas Anwar 901" lintang pukang tak cukup tanah lari .... kah kah kah !!!.

Patut pun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan Datu Ibrahim Ali Gedebe ( dalam bahasa kelantan) kah kah kah !!!... Khairy pun sedar akan diri dan tak mahu mengambil bahagian selepas Patriot yang diasakan nya hanya yang meramaikan adalah mat-mat bangla semasa Bersih 2.0... keh keh keh !!!.

Tapi kan... kalau dari segi membuat asas Provokasi memang Datuk Ibrahim Ali nombor 1 dalam 1malaysia... orang Umno yang ahli Umno pun tak boleh buat macam dia... sedang dia bukan ahli umno tapi lebih Umno dari orang Umno itu sendiri...kah kah kah !!!. 


hemmmmm..... satu lagi ahli perkasam peringkat tinggi sampai sekarang senyap aje... sebelum perhimpunan 901, semasa di shah alam macam nak putus urat kentut ketika berucap..... kesudahan nya sampai sekarang senyap aje.... kena belajar lagi kat yb ibrahim ali macam mana nak istiqamah dalam membuat provokasi... baru lah yb zul kalau melompat tak tersangkut... kah kah kah !!!   umno=perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....

Rabu, 11 Januari 2012

UMNO JOHOR MAKIN TERTEKAN... BELUM PERNAH DALAM SEJARAH MB TURUN PADANG SEMINGGU 4 KALI... PANAS !!!

Negeri yang dikatakan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Muzium kepada Umno nampak kemungkinan tidak akan menjadi dan Pemimpin PR kena menarik balik kata-kata tersebut, petunjuk awal telah menggambarkan betapa Ketua Badan Perhubungan Umno Negeri Johor DT telah memecah tradisi sebagai Menteri Besar dengan turun padang empat kali seminggu biar pun Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada tahun 2013.

Dalam satu rencana yang disiarkan oleh The Malaysia Insider, penulis telah menyatakan bagaimana Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman telah membuat lawatan kawasan dan mendengar taklimat dari jentera pilihan Barisan Nasional (BN) sebanyak empat kali seminggu sejak dari bulan October 2011.

Kemungkinan angin perubahan yang dimahukan oleh rakyat Negeri Johor telah dirasai bayu nya oleh Menteri Besar dan ini membuat beliau telah memecah tradisi tersebut, kalau semasa zaman dahulu di masa letakan katak dengan lembu pun Umno/Bn boleh menang.... usahkan empat kali seminggu... empat tahun sekali pun belum tentu rakyat sesuatu kawasan dapat melihat kelibat Menteri Besar disesuatu kawasan.

Menurut penulis lagi kawasan-kawasan yang diberi tumpuan adalah kawasan-kawasan yang penduduk nya seimbang atau pun kawasan pengundi kaum Cina 40 peratus lebih, juga dikatakan  Pengerusi DAP Johor telah bersetuju Jawatan Menteri Besar disandang oleh Orang Melayu.

Difahamkan formula sewaktu Negeri Perak dibawah PR akan digunakan dalam Jawatan Menteri Besar, ini kerana formula tersebut sangat berkesan semasa Negeri Perak dibawah PR sebelum dirompak oleh Umno/Bn. Maka terdengar lah suara-suara pengundi melayu pun sudah seakan bersetuju untuk mengubah dan memberi sokongan kepada PR.

Kalau ini terjadi kemungkinan Umno hanya akan ada dalam lipatan Sejarah dan dikenang sebagai Parti yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah tanpa diketahui siapa ibunya, konon nya Pejuang Melayu dan Islam tetapi sebenarnya untuk menipu Melayu Islam bagi menjaga kepentingan bapa Umno... Inggeris Penjajah. 


hemmmmm..... panas-panas ...kalau dah yang dikatakan tempat simpanan tetap pun dah tak boleh diharapkan..... maka kemungkinan umno/bn berkubur amat lah cerah.... umno betul-betul meloyakan heeeee....

BEKAS MENTERI UMNO NI KATA.... ANWAR AKAN JADI PERDANA MENTERI YANG HEBAT DIMATA RAKYAT !!!

Seorang veteran Umno berkata kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi Perdana Menteri yang hebat dimata rakyat, beliau menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong.

Veteran Umno tersebut ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang Presiden nya Tengku Razaligh Hamzah merangkap Ahli Parlimen Negeri Kelantan (Palimen Gua Musang), kini Tan Sri Kadir Sheik Fadzir masih menjadi ahli Umno dan Jawatan terkini ialah selaku Bendahari Umno bahagian Kulim Bandar Baharu.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada tahun 1999 di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-empat Tun Mahathir Mohamad, serta jawatan sebagai Menteri Penerangan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-lima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata nya "Apabila DSAI masuk ke kampung dan apabila beliau bercakap dengan orang kampung beliau nampak natural... beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong... jadi beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat kampong... sebab itu jika beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat yang mempunyai sikap semulajadi nya yang suka mengambil berat tentang rakyat......Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat.... Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat..... dengan sikap beliau yang semulajadi".

Mengulas tentang keputusan Mahkamah yang membebaskan DSAI dari Tuduhan Liwat II, kata nya "agak mengejutkan dan bersejarah kerana beliau percaya  sebelum keputusan diumumkan,70 peratus DSAI yang juga ketua pembangkang itu akan dihumbankan ke penjara".

Dan ketika ditanya tentang kebebasan Badan Kehakiman yang dikatakan Bebas olek Media Arus Perdana dan kebanyakan Ahli Umno/Bn serta Perdana Menteri Datuk Hj Seri Najib, katanya "keputusan ini tidak cukup untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan, cuma Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak".

Rasanya wawancara Tan Seri  ini akan membuat orang Umno jadi panas macam cacing kepanasan, walaupun tidak membandingkan antara Datuk Seri Hj Najib dengan DSAI secara langsung... tetepi sebalik kata-kata beliau jelas membayangkan DSAI jauh lebih bagus cara Kepimpinan Politik yang semula jadi dan tidak berlakun drama macam Datuk Seri Hj Najib..... kah kah kah !!!.

Bukanya apa Tan Sri.... cara berpolitik Umno sudah ketinggalan Zaman atau pun cara Zaman Pra-Sejarah.... Zaman semasa letak calon katak dengan lembu pun Umno/Bn boleh menang.... atau pun memang Umno tak boleh berubah kerana Sejarah Kelahiran nya yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah hasil Persetubuhan Haram yang tak diketahui siapa Ibunya....


hemmmmm..... sepatut nya pemimpin umno sudah menjadikan pru 12, bersih 2.0 dan bebas anwar 901 sebagai pelajaran dan kepada pemimpin umno dan puak-puak umno terpilih yang bermasaalah, sudah boleh merancang dari sekarang kemana arah tujuan hendak berhijrah salapas pru13..... umno betul-betul meloyakan heeeeee.......

Selasa, 10 Januari 2012

RAYUAN BELUM DIBUAT... TAPI RASA NYA DATUK HASSAN ALI DAH BOLEH ISI BORANG UMNO/APCO ATAU PERKASAM/PERKOSA ....

Dengan menyalahkan orang lain ekoran Pemecatan Keahlian dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) rasanya Datuk Hassan Ali (DHA) seperti menganggap Ahli Majlis Syuara adalah bodoh dan tidak mengikuti perkembangan Politik dan Isu terkini.

Bermula dari isu pergabungan PAS dan UMNO, Penyerbuan Gereja terhadap orang yang telah murtad,  Negara Kebajikan sehinggalah kepada "Perhimpunan Bebas Anwar 901", semua nya DHA tidak sehaluan dengan dengan Pucuk Pimpinan PAS dan ada kalanya DHA bercakap seolah-olah beliau bukan Ahli PAS apakan lagi dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ucapan selepas pemecatan keahlian dalam PAS beliau dengan terang telah menyalahkan Orang lain sebagai punca dan orang tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) juga campur tangan orang luar dalam rumahtangga PAS iaitu Timbalan Presiden PKR Saudara Azmin Ali.

Kalau kita dengar ucapan dirumah nya pada malam selepas Pemecatan tersebut yang turut dihadir oleh sebahagian besar ahli Umno/Apco dan ahli Perkasam/Perkosa kalau ada pun ahli PAS tak lain ialah sahabat sejati beliau Ustad Nasharudin Mat Isa bekas Timbalan Presiden, jelas menunjukan kebencian beliau kepada DSAI umpama Pemimipin Umno/Apco dan Pemimpin Perkasam/Perkosa sedang berucap.

Kata beliau "Saya tidak mahu beliau Anwar mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, dan ini yang saya perjuangkan, saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri".

Tambahnya lagi "Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali Timbalan Presiden PKR untuk spaya saya dipecat, apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS.... apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini".... kah kah kah !!!... DHA dah pandai buat lawak sejak cium-cium bau Umno... bagus lah tu Datuk... Umno pun dah ramai palawak yang kalah menjadi ahli... kah kah kah !!!.

Tiada siapa pun melarang Datuk berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini, berjuang lah terus sebagaimana yang Datuk mahukan .... Tetapi kalau Datuk didalam PAS kena lah Ikut peraturan sebagai ahli PAS... jangan ikut perangai Umno/Apco yang membuat sesuatu tanpa ikut peraturan.

Dengan nada yang tiada rasa bersalah atas segala tindak tanduk dan perlakuan Datuk, baik kepada PAS mahu pun PR dan masih mengaku diri betul, rasa nya Datuk sudah boleh mengisi borang keahlian Umno/Apco atau pun Perkasam/Perkosa.


hemmmmm.... kita nak tengok seorang lagi yang pernah jadi timbalan presiden pas... esok lusa... bagaimana dia cuba nak memperbodohkan ahli pas dengan menyatakan bercakap dimedia arus perdana tidak salah dan bukan nya nak masuk umno.... masih lagi bodoh dan tak faham akan penipuan umno atau saja-saja buat tak faham... kerana dah nak ikut datuk hassan ali ciui-cium bau umno..... betul-betul meloyakan  heeeeee...

DS ANWAR MEMPUNYAI NILAI MORAL YANG RENDAH KATA BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG BERMORAL TINGGI INI...

Dalam susana kegembiraan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) setelah Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah kerana keterangan dan bukti untuk menyabitkan beliau bersalah tidak boleh di terima oleh Mahkamah, maka terdengar lah suara-suara kesesakkan nafas mengatakan bahawa ini bukti bahawa ianya bukan Konspirasi Umno/Bn.

Maka dalam kebanyakan Suara ada satu kelainan atau suara agak ganjil dari suara-suara yang lain iaitu suara yang datang dari Negeri Jebat dikatakan Derhaka atau Negeri Tuah taat tak bertempat, suara itu ialah suara bekas Ketua Menteri Melaka yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Menurut beliau "Keputusan Mahkamah mendapati DSAI tidak bersalah membuktikan bahawa ianya bukti bukan satu Konspirasi dari Umno/Bn dan segala tuduhan DSAI yang Badan Kehakiman Negara tidak bebas serta mengikut telunjuk Umni/Bn langsung tak berasas".

Kata nya lagi "tuduhan tersebut hanya propaganda dan muslihat DSAI untuk menipu Rakyat serta Masyarakat Antarabangsa, dan dalam masa yang sama tuduhan liwat tersebut menunjukan betapa rendah nya Moral DSAI".....kah kah kah !!! Tan Sri Rahim Thamby Chik ni cakap betul-betul ke atau buat lawak.... sama ada betul atau pun lawak... takpa lah.... kita gelak aje lah.... sebab memang cakap dia lawak.... kah kah kah !!!.

Dasar muka tak tahu malu.... macam rakyat tak tahu siapa Tan Sri Rahim Thamby Chik.... dia yang punya hal.... Lim Guan Eng yang masuk penjara.... memang dasar Umno anak kelahiran Inggeris Penjajah.... orang lain menderita ke penjara dia mengaku jadi pejuang. 


hemmmmm..... penipuan, pembohongan, rasuah, merompak dan segala yang haram memang dah jadi macam makanan harian sebahgian pemimpin umno dan puak-puak terpilih umno... betul-betul meloyakan heeeee.......

KALAU LAH IBRAHIM ALI JADI HAKIM... BELUM BICARA LAGI ANWAR DAH KENA HUKUM, KEH KEH KEH !!!


Datuk Ibrahim Ali dalam reaksi nya selepas Mahkamah megatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak bersalah berkata " walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan membebaskan DSAI daripada tuduhan meliwat  proses keadilan belum selesai sekiranya pendakwaraya mahu membuat rayuan".

Menurut nya lagi "masih terdapat proses lain melibatkan Mahkamah Rayuan yang mempunyai tiga hakim dan Mahkamah Persekutuan dengan tiga hingga tujuh hakim, jadi segala nya masih belum muktamad kerana ada lagi proses Pengadilan kalau mahu diteruskan".

Kata nya lagi "Sebelum ini ada pihak terang-terang tuduh mahkamah berat sebelah, konspirasi dan mahu rakyat jadi hakim, apa mereka mahu kata sekarang.... apakah mereka tidak percaya kepada keadilan Mahkamah... jika tidak serah kepada mahkamah rakyat setelah selesai proses itu, semua pihak mesti menerima kententuan Allah sama ada di dunia atau di akhirat".

Sebelum itu Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata," mahkamah tidak dapat mensabitkan ahli politik berumur 64 tahun itu dengan pertuduhan semata-mata berdasarkan kepada keterangan Saiful, dengan itu.Mahkamah hari in memutuskan Anwar tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat Saiful pada 2008 kerana hakim mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan pengadu".

Nampak sangat lah Presiden Perkasam ni mahukan DSAI dijatuhkan Hukuman Bersalah... kalau lah Datuk Ibrahim Ali ni jadi Hakim, belum Perbicaraan lagi DSAI dah jadi Banduan....kah kah kah !!!.

Manakan tidak beliau mahu DSAI jadi banduan... kerana kalau DSAI ada kat luar maka terbantut lah hasrat beliau nak jadi Perdana Menteri, sebelum ini pun beliau mengatakan beliau juga sebuk macam Perdana Menteri.... jadi alang-alang sebuk macam Perdana Menteri lebih baik jadi Perdana Menteri terus.. kah kah kah !!!.


hemmmmm..... datuk ibrahim ali ni kalau buat lawak... mungkin kalah dua orang pelawak yang baru masuk umno tu... kah kah kah... umno-perkasam betul meloyakan heeeeee......

Isnin, 9 Januari 2012

USTAZAH UMI HAFILDA ALI SURUH AZMIN ALI BERTAUBAT... KAH KAH KAH !!!


Dalam satu Ceramah Perdana bertajuk “Siapakah Anwar Ibrahim" di Dataran Jerteh Souq yang turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan semua pemimpin Umno Bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri.

Ustazah Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ustazah Umi Hafilda berkata "dia kesal dengan Azmin yang telah disesatkan oleh Datuk Seri Anwar sehingga sanggup membuang keluarga dan tidak pulang berhari raya untuk  menjenguk ibu nya sendiri, mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik kerana Anwar yang tidak bermoral".

"Tak usahlah bercakap tentang keadilan kalau dengan ibu sendiri tidak berlaku adil dan meninggalkannya tanpa diziarahi," fuhhhh !!!! hebat Ustadza ni.... kalau berganding dengan Datuk Hassan Ali disamping Perkasam.... boleh aman Negara... kah kah kah !!!.

Sehubungan itu kata Ustazah Umi Hafilda lagi..... "saya sanggup mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi menyelamatkan abangnya itu daripada Anwar dan menegaskan dia tidak akan berhenti berbuat demikian selagi Azmin tidak meninggalkan PKR".

Beliau menyeru PAS dan mahasiswa supaya mengkaji semula sokongan mereka terhadap perjuangan  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Sesat, kerana apa yang dilakukannya jelas akan menghancurkan bangsa, agama dan negara.

Nampak nya Perkasam sudah ada Ketua Muslimah iaitu Ustazah Umi Hafilda Ali... Memang elok lah tu.... Presiden Perkasam kata nak beri kat Datuk Hassan Ali dan Mantan Presiden Datuk Ibrahim Ali akan kejawatan baru Panglima Perang Perkasam... keh keh keh !!!.


hemmmmm..... kita lihat selepas ini macam mana reaksi datuk hassan ali selepas beliau mengatakan perjuangan datuk sri anwar kotor.... dan megatakan segala perbuatan nya betul..... umno-perkasam betul-betul meloyakan... heeeee.....

DS ANWAR TAK BERSALAH, RIBUAN PENYOKONG MEMBERI SOKONGAN KEPADA BELIAU... 901 SYABAS !!!

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dibacakan oleh Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan DSAI Anwar tidak bersalah selepas perbicaraan berlangsung selama 87 hari mulai tahun 2008.

Namun Hakim Mohamad Zabidin tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik, Justeru mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Sebaik sahaja Keputusan itu didengar Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan, seluruh mahkamah menjadi riuh seketika dengan penyokong Anwar menjerit kegembiraan.

Manakala suasana diluar Mahkamah mula terdengar laungan Takbir dan Reformasi dengan Pimpinan Pakatan Rakyat serta puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat (PR) berada disekitar Mahkamah, mereka adalah terdiri dari ahli-ahli PAS, PKR, DAP, Jingga 13 dan ABU.

                                      Suasana di sekitar Mahkamah



    















Begitulah serba sedikit yang dapat di gambarkan bagaiman sambutan Penyokong DSAI dan Pakatan Rakyat, inilah juga yang ditakuti oleh Pemimpin Umno/Bn dan pengikut terpilih mereka, suasana ini sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa pemimpin Umno/Bn sudah boleh merancang kemana mereka akan pergi selepas PRU ke-13 nanti.... kah kah kah!!!.


hemmmmm..... cari juga kalau-kalau ada nampak presiden perkasam kat sana.... mungkin tak jumpa kut.... cakap bukan main lagi.... ada hati nak tolong polis jaga keselamatan...kah kah kah !!! umno dan perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....


DATUK IBRAHIM ALI TAWARKAN JAWATAN PRESIDEN PERKASAM KEPADA DATUK HASSAN ALI... BETUL-BETUL LAWAK LA PERKASAM NI, KAH KAH KAH !!!

Pertubuhan Kebangsaan Perkasam (Perkasam) melalui Presiden nya Datuk Yb Ibrahim Ali sedia menerima dan menawarkan jawatan kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat dari Pas berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.

Menurut nya "Sekiranya Datuk Hasan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya kepada pemberita di sini dalam sidang akhbar di Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur, bersempena Majlis Khiamulai yang diadakan malam ini.

Menurut nya lagi Perkasam menunaikan solat hajat bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok, solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang, Perkasa katanya akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai esok.

"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang", beliau juga turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Ini menurut nya hanya akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara, "Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam".

Kah kah kah !!! hari tu cakap bukan main lagi....  hari lagi hebat siap nak tolong polis jaga keselamatan.... memeng pandai buat lawak lah Presiden Perkasam ni, tak sia-sia jadi Presiden Perkasam.... siap nak bagi jawatan Presiden kat Datuk Hassan Ali... kah kah kah !!!


hemmmmm..... nampaknya hujan yang ditunggu-tunggu mungkin akan tiba oleh katak-katak yang kepanasan, apa-apa pun kita tunggu apa jawapan datuk hassan ali..... perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....