DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 23 Januari 2012

HARGA ASAL RM6 bilion JADI RM9 bilion, KEMENTAH JANGAN GUNA PERKATAAN KAPAL PENGGEMPUR PANTAI (LCS) KALAU IA HANYA KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA (SGPVs)...KATA MP PR !

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Datuk Yb Saifuddin Nasution, Yb Zulkifli Muhammad dan Yb Tony Pua  telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Pertahanan serta menggesa agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS) bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9 billion.

"Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah, Kapal 'SGPVs' bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan... dan sangat berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara... namun begitu tidak bermakna ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang diwar-warkan menteri dan kerajaan".

Menurut kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua "Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai antara  RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit.... dan mendakwa memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit".

Beliau berkata "Semasa perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian berkenaan tidak memiliki LCS... yang merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut Amerika sahaja dan Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan".

Tambah nya lagi "Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga kapal penggempur US, kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu".

"MenurutWikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan".

"Sementara itu  menjelaskan, Defense Industry Daily turut mengesahkan LCS mempunyai 115 – 127 meter panjang serta 2,800 – 3,100 tan muatan dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar kedalaman air, namun begitu Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog tersebut bahawa SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya 40 knots seperti kelajuan LCS".

"Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan mempunyai kapasiti  2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil sahaja.

"Pengumuman oleh kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan kita akan memiliki ‘Gowind Class Corvettes’ yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang terlibat skandal DCNS, Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS".

Kadang-kadang terfikir juga dalam fikiran ni pemimpin Umno bodoh ke bangang atau nak menipu... kalau dah umum kan dalam budget dalam tahun tersebut harga kapal RM6 bilion kenapa boleh pulak kata ada tambahan RM3 bilion dan dimasukan dalam tahun berikut nya.

Dah tu umumkan kemampuan kapal lain dari kemampuan yang sebenarnya... diumumkan konon nya kapal tersebut Kapal Penggempur Pantai (LCS) yang cuma ada dua unit yang di gunakan oleh tentera Amerika... sedangkan ianya adalah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang kemampuan nya kurang dari LCS.

Kita tunggu apa hasil kajian yang akan diperolehi oleh Ahli Parlimen PR dari kaji selidik yang akan dibuat berkenaan harga sebenar yang meningkat 50 peratus dari harga asal yang diumumkan pada pembentangan budget dan tidak disebut akan ada penambahan kos juga akan dimasukan kedalam budget tahun hadapan nya.


hemmmmm..... sekarang ni.... apa yang umno cakap memang dah tak boleh percaya.... kena selidik betul-betul baru boleh diguna pakai... sebab memfitnah pun mereka sanggup ini kan pulak  menipu.... penyewengan dan penipuan umpama makanan harian bagi puak umno.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....