IDOLA KEPADA GEROMBOLAN AL-KATAKI

Apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASAM) Datuk Ibrahim Ali ni berkata "Mana ada orang nak datang sukarela, nak berlari tepi jalan kalau tak dibayar"... ini menunjukan beliau umpama katak dibawah tempurug... yang tidak mengetahui denyut nadi rakyat yang mahukan kebenaran dan bencikan penipuan kerajaan Umno/Bn.

Mungkin beliau terkejut Katak dan melompat apabila tak menjangka kehadiran Peserta Bersih 3.0 yang dianggarkan mencecah hampir 250 ribu orang... dan angka ini sebenarnya boleh meningkat andai kata Dataran Merdeka dibenarkan untuk menjadi medan Perhimpunan Duduk dan Bantah tanpa ugutan.

Yang lebih menyedihkan lagi beliau ialah perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASAM di Kelab Sultan Sulaiman hanya sekitar 4oo hingga 500 orang sahaja... walaupun sebelum ini beliau mengatakan 10 ribu orang akan hadir di perhipunan tersebut... yang turut disertai oleh Datuk Hasan Ali selaku Presiden Jalur Tiga (JATI).

PERHIMPUNAN YANG CUBA MENYAINGI BERSIH 3.0

Menurut beliau "rata-rata peserta perhimpunan tersebut dibayar oleh PKR negeri... Ada yang saya tanya selepas himpunan itu... sebahagian kata mereka diupah, dibayar... Mungkin mereka ini dibiayai PKR Selangor, duit Kedah, Kelantan, Pulau Pinang atau duit yahudi... berbeza dengan perhimpunan ini yang dihadiri 400 orang hari ini... peserta yang hadir tidak dibayar".

"Seperti hari ini, mana ada orang Umno datang... mereka ini semua tidak dibayar... datang sukarela... kita badan yang bertindak secara bebas... tidak ada duit... jadi semalam ada yang kata sehingga 70, 80 ribu saya tak heran sebab (himpunan) anjuran parti politik... di belakangnya ada pemimpin politik. 

Beliau turut mengatakan "Ambiga patut keluar daripada Malaysia sekiranya merasakan Malaysia sebuah negara kotor.... Ambiga ini hanya alat tetapi dibelakangnya ialah parti pembangkang... Saya nak beritahu kepada Ambiga... Kalau rasa negara ini tak baik, kotor, berambus dari negara ini... Ambiga boleh berambus !. sumber klik sini

PERHIMPUNAN YG MENGGUNAKAN NAMA RAJA

Hoi... Yb Ibrahim Ali... Yb ingat Negara ni Harta Pusaka bapa Umno Inggeris Penjajah yang punya ke... Yb cermin lah sikit muka tu Yb... kalau nak cermin tu jangan lupa bawa lambang Kebangsatan Umno yang ada Keris Telanjang tu ya Yb... kenapa Yb ni macam Katak bawah Tempurung atau Yb saja buat macam tak tahu... demi nak menyedapkan hati yang terkejut Katak tu... kah kah kah !.

Jangan lah buat-buat tak tahu... dan kata peserta Bersih 3.0 dibayar macam mana Umno/Bn membayar peserta datang kesesuatu majlis anjuran Umno/Bn dan sewaktu dengan nya... kami akan akan datang lagi dengan izin Allah SWT... walau apa pun halangnya yang cuba dibuat oleh Regim Umno/Bn dan yang sewaktu dengan nya... malang betul Pengundi Parlimen Pasir Mas mendapat Wakil Rakyat seperti Yb... kah kah kah !.

Nasihat gua buat Yb gerombolan AL-Kataki termasuk Datuk Hasan Ali Jati... isi-isi lah borang untuk kerja lain... kerana dalam Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13), Insya'allah YB Gerombolan AL-Kataki akan terkubur bersama-sama Umno/Bn... jangan tak ambil pot apa gua cakap ni Yb oiiii... sebab kalau tak ambil pot... bukan setakat terkejut katak dan melompat... silap-silap boleh terkejut Mati katak... kah kah kah !.


hemmmmm..... buat penchacai unmo dan yang sewaktu dengan nya... lu orang pun patut isi sama borang kerja lain... kerana apabila umno tersungkur dalam pru13... lu orang pun akan mati katak dibiarkan oleh pemimpin umno yang lu orang chacai... sebab itu memang perangi bangsat yang ada pada umno sejak dilahirkan oleh inggeris penjajah... kah kah kah... umno perkasam jati betul meloyakan heeeee... A B U.