AGOS CHOLAN KETUA EKSEKUTIF PTPTN |
Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Agos Cholan berkata "sehingga kini PTPTN membelanjakan sebanyak RM30 bilion
daripada peruntukan yang diberi iaitu RM43 bilion dan masih berbaki RM13
bilion untuk diberikan sehingga tahun 2014... jika kita hentikan PTPTN sekarang kita telah lepaskan RM13 bilion
itu," kata Agos dalam forum pendidikan percuma anjuran akhbar berbahasa
Cina, Oriental Daily di Kuala Lumpur semalam. sumber malaysiakini klik sini
Sama ada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Agos Cholan ini sedar atau tidak bahawa kenyataan beliau tersebut dengan tak secara langsung telah mengesahkan yang Datuk Seri Hj Najib (DSHN) telah menipu... apabila mengatakan keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh PTPTN ialah sebanyak RM43 bilion... sedangkan RM43 bilion adalah keseluruhan peruntukkan sehingga tahun 2014... bermakna ianya mengambil masa 15 tahun sejak ia di luluskan dan bukan nya seperti yang digambarkan oleh DSHN dalam setahun gamaknya.
Kalau ikut perkiraan tahun bermakna RM43 bilion bahagi 15 tahun = RM2.87 bilion setahun... mungkin akan ada pertambahan... namun ianya masih didalam lingkungan RM3 bilion setahun... kalau itu seperti yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif PTPTN memang sah lagi bersuluh Pemimpin Wassatiyah DSHN adalah seorang Penipu Kelas Atasan... dan semestinya Ceti PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan Pendidikan Percuma atas nama Biasiswa Pelajaran kerana Pendapatan Negara melebihi dari mencukupi bagi menampung Peruntuk Biasiswa Pelajaran kalau betul cara kerajaan menguruskan nya.
Jika hendak dibandingkan Kerugian yang diketahui dizaman Perdana Menteri Tun Mahathir selama 22 tahun beliau menerajui Negara sekitar RM100 bilion kerugian berlaku... itu yang diketahui... mungkin ada yang tak diketahui dan ini di akui oleh beliau apabila meminta siasatan juga dibuat keatas Perdana Menteri selepas beliau kalau hendak menyiasat... walaupun Perdana Menteri selepas beliau terkenal dengan panggil MR. Clean dan seorang lagi MR. Wassatiyah... ini juga tak secara langsung Tun Mahatir mengakui banyak kerugian yang dialami oleh Negara semasa dan selepas beliau memerintah.
Ini bermakna apa yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) berkenaan PTPTN adalah benar belaka... dan permintaan untuk menghapuskan PTPTN memang wajar dipenuhi... kerana tidak ada ruginya memberi Pendidikan Percuma kepada rakyat... kerana itu semua adalah Kepunyaan Rakyat dan bukan Harta Pusaka Bapa Umno iaitu Inggeris Penjajah... kenapa dan mengapa Umno/Bn bermati-matian mempertahankan Ceti PTPTN hanya mereka sahaja yang tahu buat masa ini... namun lambat laun ianya akan diketahui juga sebab mereka mempertahankan Ceti PTPTN.
Buat penyokong Umno/bn... jangan lah nampak sangat diperbodohkan oleh Pemimpin lu orang beb... malu lah sikit dengan orang muda dan walaupun muda mereka tak rela di tipu oleh Pemimpin Umno/Bn... dah lama sangat ditipu oleh Pemimpin Umno/Bn... dan 54 tahun beb... bukan setahun... bukan sepenggal... kalau nak disedarkan pun Pemimpin Umno/Bn dah terlambat... walaupun umno pernah diharamkan gara-gara Perebutan Kuasa namun itu semua tak menjadi pengajaran kepada Pemimpin Umno... kalau dah Parti sendiri pernah haram apa tah lagi mengharamkan Parti orang lain dan Menggelar Parti Orang lain Sesat... lu orang pikir lah sendiri ok.
hemmmmm..... tapi bagi penchacai merangkap penyokong terpilih umno/bn... ini jenis cerdik tapi kerjanya menjadikan penyokong umno lain menjadi bodoh kerana kepandaian mereka menchacai... mereka ini dilatih dan mendapat sikit habuan... namun selepas ditolak... dicampur... dibahagi... rupa-rupanya mereka ni lagi bodoh dari penyokong biasa umno... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Betul2 dia orang ni (Umno) menipu rakyat.
BalasPadamCara olahan kata2 dan ayat2 yg keluar dari mulut dan di corong2 TV, seolah2 setiap tahun KERAjaan terpaksa membelanjakan sekitar RM43 billion utk PTPTN.
Rupa2nya hanya sekitar RM3 billion ja.
Memang UMNO ni penipu dari dulu sampai sekarang.
NYAH UMNO dari sekarang