Apa punya sengal la Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof ni dengan mengatakan tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno
walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti
tersebut... sedangkan Umno mendakwa keahlian Ahli Umno sudah melalui proses pembersihan... cakap yang sepatutnya dikeluarkan oleh orang melayu kampung zaman pra-sejarah.
Seseorang yang bertanggungjawap menerajui Badan Yang Sepatutnya Bebas tetapi tidak memastikan yang diri beliau bebas dari condong kepada mana-mana Parti Politik... kalau diri beliau sendiri pun beliau tak menjaga kebebasan yang sepatutnya beliau jaga... macam mana beliau menjaga kebebasan Badan Yang Sepatutnya Bebas... ini menunjukkan beliau bukan orang yang bertanggungjawap yang boleh diharapkan menjaga SPR.
Menurut beliau "Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli
Umno... boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat
universiti, awal 70-an dulu... itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat
belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang
dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan Saya... memang Saya tidak
tahu di mana... Saya tidak tahu nombor keahlian... dan tidak pernah membayar
yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti.
Tambahnya lagi "Jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti... perkara sudah terlalu lama... Saya tidak ingat... hinggalah hari ini... bila mana ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar... adalah tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu... Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya
sebagai ahli parti... itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah
atau bias dalam mengendalikan SPR... Saya tidak pernah berasa terikat
sepanjang berkhidmat di sini". sumber-sinarharian klik sini
hemmmmm..... suruh aje lah beliau letak jawatan... kalau maklumat diri sendiri pun tak tahu... macam mana beliau nak jaga maklumat pengundi satu malaysia... mungkin sebab itu juga pendedahan pengundi hantu langsung dianggap macam tak berlaku... rupa-rupanya maklumat diri beliau pun beliau tak tahu... kah kah kah... umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
suruh dia bagi jawapan macam tu kat bebudak tadika... diorang boelh percaya... kihkihkih
BalasPadam