DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 13 September 2014

Tu Dia... Dunia Sudah Terbalik beb... Kah Kah Kah !


Cubalah lu orang bayangkan beb, jika yang Mengatakan Orang Melayu adalah PEMALAS serta TIDAK JUJUR dari Ucapan Orang Bukan Melayu atau setidak-tidak nya dari kalangan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang Condong kepada PR. Rasa-Rasa lu orang lah siapa yang akan MEMBANTAH Ucapan tersebut selama 7 Hari 7 Malam... kah kah kah !.

Dimasa tersebut akan adalah DEMONSTRASI diseluruh Negara Membantah kenyataan tersebut dengan Mengatakan yang Ucapan dari Pemimpin PR itu sebagai MENGHINA Orang Melayu, yang lebih DASYAT lagi bila ianya dikatakan sebagai Menghina Orang Islam kerana konon nya Orang Melayu dan Agama Islam BERPISAH TIADA iaitu Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam... kah kah kah !.

Tetapi atas sebab yang Mengatakan Orang Melayu sebagai Pemalas dan Tidak Jujur tersebut adalah Bekas Ulul Amri Umno iaitu Tun Mahathir Muhamad Iskandar Kutty yang TERSOHOR, maka Segala yang bernama ISI PERUT UMNO terpaksa lah BERTAFAKUR dengan MENELAN apa saja yang dikatakan oleh Bekas Ulul Amri Umno walaupun jauh Disudut Hati tidak bersetuju... kah kah kah !.

Oleh dari itu maka terjadi apa yang dikatakan seperti DUNIA SUDAH TERBALIK bila mana Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia Saudara Manivannan Rethinam MENYANGGAH kenyataan dari Bekas Ulul Amri Umno tersebut. Dimana menurut beliau "Kenyataan daripada Dr Mahathir itu TIDAK BENAR kerana ia seperti MENUDUH semua Orang Melayu Malas dan Tidak Amanah".

"Sedangkan hanya Segelintir yang begitu, secara Peribadi, saya mempunyai ramai Kenalan dan Rakan dari kalangan Orang Melayu yang Jujur dan mempunyai Nilai ETIKA yang boleh Dipandang Tinggi. Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Kegagalannya untuk Mengubah Orang Melayu daripada bersikap Malas dan Tidak Amanah setelah 22 tahun memerintah adalah Salahnya Sendiri".

"Jangan menuduh Orang Melayu Pemalas dan Tidak Jujur, kenyataan MANTAN Perdana Menteriini tidak sesuai buat masa ini kerana boleh MELEMAHKAN Bangsa Melayu". Cuma yang gua risau jangan pulak ada dari kalangan Isi Perut Umno Membantah dan Mengadakan Demontstrasi terhadap kenyataan dari Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia kerana Menuduh Mahathir MELULU... kah kah kah !.

Lu orang sendiri tahu lah kan beb, yang mana Pra-Syarat menjadi Ahli serta Penyokong Umno mestilah ada DNA Bebal Melantun-lantun Macam Getah Skrub, kalau yang tak ada DNA tersebut pun terpaksa mengatakan ada DNA tersebut demi untuk memenuhi Pra-Syarat menjadi Ahli serta Penyokong Umno. Jika tidak permohonan untuk menjadi Ahli serta Penyokong Umno akan ditolak... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... mana agaknya pergi isi-isi perut umno iaitu pemuda umno... perkasam... jati dan sebagainya... apa dia tak dengar ke yang bekas ulul amri dia orang telah menghina orang melayu dan ketuanan melayu... kah kah kah !.

Jumaat, 12 September 2014

Mohon Diusulkan Dalam Muktamar Supaya LUHAM Dibubarkan Dan Perananya Diambil Oleh MSU


Buat apa lagi untuk ada nya LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM), jika Peranan nya hanya sekadar untuk Menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang dituduh di Mahkamah. Sedangkan untuk Mentafsir Perlembagaan PAS mengikut apa yang diketahui oleh LUHAM pun dikatakan TIDAK LAYAK melainkan Majlis Syura Ulama' (MSU) dan Presiden PAS serta yang sama Selera dengan nya.

Jelas lagi Bersuluh bahawa LUHAM yang dianggotai oleh Para Peguam yang Boleh dan Mampu Mentafsirkan Perlembagaan Negara tetapi dikatakan Tidak Layak untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS, apa lagi guna nya Ujud LUHAM didalam PAS jika sudah ada MSU yang Lebih Arif untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS. Tak kan LUHAM hanya Ujud untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS.

Jika hanya untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang didakwa di Mahkamah, mulai sekarang Disarankan supaya MSU yang lebih ARIF berkaitan Perlembagaan PAS menjadi Peguam bila saja ada Pendakwaan dikenakan terhadap Pemimpin-Pemimpin PAS. Tiada Gunanya LUHAM Ujud jika hanya untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS Mengikut SELERA Tekak Segelintir Pemimpin PAS.

Adalah sesuatu yang Mendukacitakan setiap kali dibangkitkan berkaitan Perlembagaan maka setiap kali jugalah dikatakan PAS mengikut Al-Qur'an, Hadis, Ijmak Ulama' dan Qias oleh yang disebelah MSU. Sedangkan apa terjadi adalah sebaliknya dengan Membelakangkan Persetujuan yang dibuat dalam SYURA (Masyuarat), Menuduh Orang Tanpa Bukti dan lebih DASYAT lagi Menikam Kawan Dari Belakang.

Mungkin betul jika ada yang Mengatakan bahawa Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Negeri Selangor adalah DIMULAKAN oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun WAJARKAH segelintir Pemimpin Parti PAS turut sama Menambahkan PERISA supaya Krisis boleh bertambah Sukar untuk diselesaikan. Apakah Segelintir Pemimpin PAS mahu mengikut Jejak Langkah Pemimpin PKR dengan Memanjangkan Krisis.

Hari ini SEJARAH telah Tercipta dengan Muktamatnya Perjanjian Air diantara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat dibawah seorang Menteri Besar (MB) BEBAS, dimana dikatakan Perjanjian tersebut telah Menjimatkan Pemegang Saham iaitu Rakyat Negeri Selangor sebanyak 2 Billion lebih. Betul ke apa yang dikatakan oleh MB Bebas tersebut atau hanya Sembang Kencang.

Tanpa menyertakan Butir-Butir Perjanjian atau dalam kata lain hanya Sesedap Mulut MB Bebas tersebut sahaja yang menyebutnya, juga Perjanjian tersebut walaupun bernilai Berbillion Ringgit namun tiada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari ADUN PAS yang turut serta didalam Perjanjian tersebut. Jadi apa Peranan ADUN-ADUN PAS yang masih menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Jangan diingat apabila seseorang itu bergelar Ulama' maka seseorang tersebut TAHU dan PANDAI segala nya di atas Dunia ini, Sejarah telah Mengatakan di mana Kerajaan Negara Islam ANDALUSIA yang kini di panggil SEPANYOL boleh RUNTUH akibat dari Salah Takbir Pemimpin nya. Mustahil Kerajaan Andalusia dimasa tersebut tidak ada Ulama'-Ulama' di dalam nya. Wallahualam... Takbir... Takbir... Takbir...


hemmmmm..... apabila ahli menegur maka ianya dikatakan seperti anak tidak menghormati bapa... satu perumpamaan yang kurang tepat kerana anak dan bapa punya pertalian darah yang tidak putus sampai ke akhirat. namun ahli dan ketua adalah dalam satu jemaah yang datang dan pergi... kah kah kah !.

Akhirnya Khalid Ibrahim Berjaya Muktamatkan Perjanjian Air dengan Tergesa-gesa


Alamak !!!!... Tan Sri Khalid Ibrahim... apa sudah jadi ni Tan Sri, kalau ya pun TERGESA-GESA takut terlambat untuk Memuktamatkan Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat tak kan sampai TANDA NAMA pun Tan Sri TERLUPA untuk dipakai Tan Sri. Atau pun gua tersilap yang sebetul nya Tan Sri sendiri Tak Nak pakai Tanda Nama tersebut atas sebab Tan Sri MB sementara sahaja... kah kah kah !.

JIka semasa Perjanjian Persefahaman (Mou) terdahulu dibuat sewaktu Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berjalan, dan diwaktu itu juga CATUAN mula dijalankan akibat dari Kurang nya Hujan serta Cuaca Panas. Yang mana keadaan tersebut telah mengakibatkan Kolam-Kolam Takung Air di Negeri Selangor berada dalam keadaan KRITIKAL.

Apa yang DIPERTIKAIKAN dengan Mou tersebut ialah cara dan waktu Mou ditandatangani, dikatakan adalah sesuatu yang BODOH jika ianya TIADA BERMAKSUD LAIN, bila mana Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani Mou diwaktu Kempen PRK Kajang sedang berjalan serta keadaan Cuaca yang tiada hujan dan Panas Melampau.

Ia nya seolah-olah Mengambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor TERDESAK dan telah SALAH bila Menghentikan Projek Langat 2 yang dirancang dibawah Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Umno/Bn, sedangkan Kempen PRK DUN Kajang sedang berlangsung. Ditambah lagi Mou dibuat tanpa Memaklumkan ianya kepada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Benar bila ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim adalah seorang MB Negeri Selangor, oleh itu beliau mempunyai Kuasa Pemutus membuat apa juga Keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi harus di ingat bahawa Khalid Ibrahim Menang dalam Pilihan Raya dan menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) bukan atas tiket Parti Khalid Ibrahim (PKI).

Tetapi beliau menjadi ADUN atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKR) dibawah Pakatan Rakyat (PR), ditambah lagi beliau bukan pun Pengerusi PKR di Negeri Selangor yang mana ianya di pegang oleh YB Azmin Ali. Disini lah timbul nya PRASANGKA BURUK terhadap beliau bila mana Memutuskan sesuatu tanpa Pengetahuan Ketua Parti beliau.

Yang lebih Menarik lagi selepas Mou Air beliau Tandatangani keadaan Catuan Air bukan Bertambah Baik bahkan Bertambah Buruk, dimana dikatakan dalam jadual Catuan Air seperti 1 Hari Ada Air dan 2 Hari Tiada Air tetapi yang terjadi adalah 1 Hari Ada Air 5 Tiada Air di sesetengah tempat. Oleh itu untuk apa Mou beliau Tandatangani dikala Hujan Tiada dan Cuaca Panas.

Hari ini beliau telah Berjaya MEMUKTAMATKAN Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan beliau yang bukan lagi seorang MB Pilihan Majoriti ADUN, serta beliau juga telah menghantar Surat Perletakan Jawatan sebagai MB kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor namun Perletakan Jawatan ditangguhkan sehingga seorang MB Baru dipilih.

DITANGGUHKAN membawa erti Perletakan Jawatan beliau diterima namun diminta Tangguh Sekejap sementera menunggu MB Baru dipilih, untuk itu seharusnya beliau TAHU DIRI yang beliau adalah seorang MB yang SEMENTARA sahaja. Jadi kenapa beliau Perjanjian Memuktamatkan Perjanjian Air yang melibatkan KOS sehingga Berbillion Ringgit yang seperti TERGESA-GESA.

Persoalan ini yang sedang Bermain-main di Pemikiran gua, kenapa mesti beliau Muktamatkan Perjanjian Air yang berharga Berbillion Ringgit dikala beliau hanya seorang MB sementara. Mungkin ada yang kata beliau adalah seorang yang bijak dalam Pengurusan Kewangan, mungkin betul dakwaan tersebut namun jangan dilupa yang beliau juga adalah antara Peminjam Bank yang GAGAL Melunaskan Hutang... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... jangan marah ya penyokong-penyokong khalid ibrahim... yang gua pasti krisis mb negeri selangor akan berakhir sedikit masa lagi dan wan azizah akan dilantik menjadi mb negeri selangor yang baru atas sebab mou air adalah halangan utamanya... kah kah kah !.

PRK N.01 Pengkalan Kubor : Wan Rosdi Wan Ibrahim Dipilih Sebagai Calon PAS


Menjawat Jawatan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Tumpat serta Merangkap Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim telah diumumkan oleh Datuk Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan sebagai calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Tarikh 13 September 2014 ini sebagai Hari Penamaan Calon, manakala Hari Mengundi pula ditetapkan pada 25 September 2014. DUN N.01 Pengkalan Kubor adalah satu-satu nya DUN dari Empat DUN dalam Parlimen Tumpat yang tidak dimenangi oleh PR Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Selain dari DUN Pengkalam Kubor ada Tiga lagi DUN iaitu N.02 Kelaboran, N.03 Pasir Pekan dan N.04 Wakaf Baru, dimana Ketiga-tiga DUN tersebut kesemua nya telah Dimenengi oleh PR melalui Calon dari PAS. Manakala DUN Pengkalan Kubor dalam PRU13 telah dimenangi oleh Umno/Bn melalui Calon nya Datuk Noor Zahidi Omar dengan Majoriti 1,736 Undi.

Apakah PR melalui Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim BERJAYA merampas kembali Kerusi DUN N.01 Pengkalan Kubor setelah Tiga Penggal dimenangi oleh Calon dari Umno/Bn. Sebagai Ingatan DUN N.01 Pengkalan Kubor pernah Dimenangi PAS dalam PRU13 tahun 1999 melalui Calon nya Wan Husain Wan Ahmad dengan Majoriti 2,432 Undi.

Kepada Petugas-Petugas Parti dari PR gua ucapkan Selamat Bertugas dengan Penuh Semangat serta Ikhlas, buangkan dulu segala Permasalahan yang timbul dari KERJA GILA Pemimpin-Pemimpin PR demi memenangi Kerusi DUN N.01 buat PR. Kerana yang penting Umno/Bn mesti Dikalahkan walau di PELUSUK mana sekali pun. Takbir... Takbir... Takbir


hemmmmm..... apa yang pasti rakyat pengkalan kubor boleh  berangan seperti menggosok lampu aladdin bagi ditunaikan segala permintaan... kah kah kah !.

Khamis, 11 September 2014

Mari Bergelak Ketawa Bersama Zahid Hamidi... Kah Kah Kah


Sudah-sudah lah buat LAWAK tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi oiii... apa ada Kena Mengena 5 Bekas Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan MILITAN dan sedang berjuang di Negara di Iraq serta Syria (Isis) di Syria dengan Cerita lu, apa lu Perasan yang lu tu pun ada Keberanian macam dia orang ke Zahid... kah kah kah !.

Lu lupa ke yang lu tu ditahan dibawah ISA kerana apa... dan lu lupa ke berapa lama lu ditahan dibawa ISA tu Zahid, ada ke sama sebab dan lamanya antara lu dengan dia orang bila ditahan dibawah ISA tu. Kalau sama sebab dan lama nya lu ditahan dibawah ISA seperti sama sebab dan lamanya dengan Rakyat Malaysia yang dikatakan Militan tu ok lah... kah kah kah !.

Tetapi kalau tak sama sebab dan lamanya sewaktu lu di tahan dibawah ISA rasa gua ada baik nya lu diam aje le Zahid, kerana yang gua dengar sewaktu lu ditahan dibawah ISA cerita nya cukup sedih beb. Betul tak betul itu gua tak pasti lah tetapi yang gua dengar cerita nya cukup sedih iaitu dikatakan lu Menangis Merayu-rayu kepada Mahathir Muhammad Iskandar Kutty... kah kah kah !.

Kalau tak cerita tersebut bermakna ianya adalah Fitnah terhadap lu dan gua pun mohon maaf lah kerana turut sama percaya dengan Fitnah tersebut, namun rasanya sebab dia orang ditahan dibawah gua pasti tak sama dengan sebab lu ditahan dibawah ISA. Ini kerana ada di antara dia orang ditahan atas sebab membuat Senjata Api, apa lu pun di tahan kerana membuat Senjata Api ke Zahid... kah kah kah !.

Ok lah Zahid, gua harap lepas ni jangan lah lu Gatal Mulut lagi dengan mengeluarkan kenyataan yang berupa dan seumpama dengan membuat Lawak. Malu lah sikit Zahid oiiii, jangan di ikutkan sangat tak punya rasa Malu dan Segan, cukup lah Pra-Syarat untuk menjadi Ahli dan Penyokong Umno punya DNA Bebal Melantun-Lantun Macam Getah Skrub... kah kah kah !. sumber MI


hemmmmm..... ada hati jugak nak rasa diri tu macam rakyat malaysia yang sedang berjuang kat iraq dan syria tu beb... kah kah kah !.

(Video) : Pilihan Memecah belahkan PAS Cara Segelintir Ulama' Menyelesaikan Masalah Yang Dibangkitkan Ahli PAS





Jika beginilah cara Segelintir Ulama' didalam Parti Islam Semalaysia (PAS) menyelesaikan Masalah yang dibangkitkan oleh Ahli PAS maka jawapnya Ahli PAS tiada Pilihan lain selain dari MENURUNKAN Presiden PAS dalam Pemilihan PAS yang akan datang. Jelas dan Terang Tindakan yang Disarankan oleh Segelintir Golongan Ulama' hanya MENJURUS kepada PERPECAHAN dalam PAS dengan Menyarankan supaya Ahli PAS KELUAR dari PAS jika tidak bersetuju dengan Tindakan Presiden PAS.

Apakah dia orang ingat Parti PAS adalah Kepunyaan Harta Pusaka Mak Bapak dia dengan Sesedap Mulut sahaja Menyuruh Ahli PAS supaya Keluar dari PAS, kenapa tak cakap supaya Menentang Presiden dalam Pemilihan Parti PAS yang akan datang atau pun Mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA kepada Presiden PAS dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Bukan kah itu lebih kepada Menjaga Keutuhan PAS dengan Menyerahkan kepada Ahli membuat Keputusan.

Segelintir Pemimpin PAS kena Ingat yang PAS bukan nya kepunyaan Harta Pusaka Mak Bapak dia orang, PAS adalah Petubuhan yang BERDAFTAR dan PAS adalah Kepunyaan Ahli-Ahli PAS. Jadi jangan dibuat PAS seperti Kepunyaan Pemimpin, jika Segelintir Ulama' boleh berkata "Jika Ahli PAS yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dinasihatkan untuk keluar parti secara terhormat"... maka Ahli juga boleh berkata sebaliknya kepada Segelintir Ulama'.

Mungkin Segelintir Ulama' hendak mendengar Ahli-Ahli PAS mengatakan "Mana-mana Pemimpin yang Tidak Mengikut Keputusan apa yang telah diputuskan oleh SYURA dan Tidak mengikut Perlembagaan Parti PAS supaya keluar dari PAS dan Menubuhkan Parti yang disukai". Tidak kah ianya akan Memecahbelahkan PAS jika Ahli Menyahut apa yang dikatakan oleh Segelintir Ulama' atau pun Segelintir Ulama' Menyahut apa yang disarankan oleh Segelintir Ahli PAS.

Jika ianya terjadi Siapakah yang Untung dikala itu ?... boleh tak Segelintir Golongan Ulama' tolong Menjawap Soalan Siapakah yang Untung jika terjadi Ahli PAS Menyahut Saranan Segelintir Golongan Ulama' dan Segelintir Ulama' Menyahut Saranan Segelintir Ahli PAS. Apakah ini yang dikatakan Sayangkan kepada PAS tetapi Sanggup untuk Menyuruh Ahli PAS yang Membangkitkan Masalah yang Berbangkit serta Mengkritik Presiden supaya Keluar dari PAS.

Tolong jadi Cerdik sedikit dan jangan jadi seperti Umno dan Pemimpin Umno bila sahaja Mengkritik Kerajaan maka dikatakan Tidak Sayangkan Negara, bezakan antara Mengkritik Presiden dengan Mengkritik Parti. PAS telah melalui berbagai Pengalaman termasuk Presiden juga Pernah DITURUNKAN oleh Ahli, apakah itu boleh dikatakan yang Ahli PAS tidak Taat kepada PAS. Oleh itu jangan MEMPERBODOHKAN Ahli antara Taat kepada Presiden sama seperti Taat kepada Parti.

Apakah Segelintir Golongan Ulama' dalam PAS mahukan Ahli nya sama seperti Ahli Umno ya itu mahu Ahlinya hanya AKUR dan MENGANGGUK seperti Burung Terkukur apa sahaja yang dilakukan oleh Pemimpin. Seperti yang diketahui ramai tak salah jika Pemimpin Umno mahukan Ahli Akur dan Mengangguk Apa Saja kerana PRA-SYARAT UTAMA untuk menjadi Ahli Umno ialah ada nya DNA Bebal Melantun-lantun Macam Getah Skrub semasa memohon menjadi Ahli Umno.

Disini gua CADANGKAN supaya Presiden PAS DITENTANG dalam Pemilihan Parti PAS yang akan datang jika beliau dan Penyokong beliau masih menyuruh Ahli PAS supaya keluar dari PAS, kerana ianya Jelas lain tak bukan hanya untuk Memudahkan Kerja-Kerja MEMECAHBELAHKAN PAS setelah Ahli-Ahli PAS yang Mengkritik Kepimpinan PAS keluar dari PAS. Namun sebagai Manusia memang tidak lepas dari Melakukan Kesilapan tetapi Mesti Mengakui Kesilapan jika melakukanya. Wallahualam... Takbir


hemmmmm..... siapa ya yang paling suka jika terjadi perpecahan didalam pas dengan ahli pas yang mengkritik presiden keluar pas... cuba bagi tau sikit beb siapa yang paling suka... kah kah kah !.

Rabu, 10 September 2014

Krisis MB Selangor : Anwar Sepatutnya Berundur Dari Politik... Kah Kah Kah !


Apa yang Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee MERAPU dan MERABAN ni beb sampai nak suruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengundurkan Diri dari Politik Malaysia. Lu dah Gila ke atau terkena Sawan Syed Ali Alhabsee sampai nak suruh Anwar Berundur dari Politik kerana dikatakan Tidak Memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk Tidak Menghormati Raja Berpelembagaan dan bla bla bla bla.

Lain kali kalau nak suruh Orang lain Bersara dari Politik ada baik nya lu Cermin dulu Muka lu dengan Cermin sekali lambang Parti lu yang bernama Umno tu. Lu tak tahu ke tiada Undang-Undang yang dikatakan KESALAHAN berkaitan DERHAKA dalam Negara Malaysia jika tidak Mengikuti TITAH Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau Sultan-Sultan. Apa Tah lagi bila ianya berkaitan PERIHAL Politik dengan INGKAR untuk memberi lebih dari 2 Nama sebagai Calon Baru Menteri Besar (MB). rujuk sini

Ditambah lagi bila Calon yang dinamakan sebagai MB Selangor yang Baharu tersebut telah mendapat Sokongan Majoriti Adun-Adun sebanyak 30 Adun dari keseluruhan 56 Adun yang ada. Soal WAJAR atau Tidak PKR dan DAP menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu bukan Masalah lu Alhabsee oiii. Ditambah lagi Wan Azizah adalah Adun Kajang yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) oleh Pengundi-Pengundi Kajang bukan Adun yang dilantik oleh PKR dan DAP seperti melantik Senator dijadikan Menteri.

Lagi satu gua nak ingatkan lu Alhabsee... sepatutnya selama lu menjadi Ahli Umno dari Muda sampai lah ke Umur lu sekarang kenapa lu tak suruh Pemimpin Parti lu yang menjadi Pemerintah berpuluh Tahun menggubal Undang-Undang Berkaitan Derhaka atau dalam kata lain INGKAR Perintah Raja atau Sultan. Ini tidak yang gua dengar hanyalah Slogan Basi iaitu Umno adalah "Pembela Raja-Raja Melayu", apa yang Umno dan Pemimpin Umno dari Dulu Kini dan Selamanya Membela pun gua tak tahu.

Cuma yang gua Ingat dan Pasti hanya ada seorang Pemimpin Umno yang betul-betul membela Raja-Raja Melayu, kalau tak silap gua nama beliau ialah Mahathir Muhamad Iskandar KUTTY yang berasal dari KERELA. Kalau beliau memang boleh dikatakan sebagai Pembela kepada Raja-Raja Melayu walaupun berasal dari KERELA, kalau lu tak percaya cakap gua ni... lu pergi lah tanya dengan Raja-Raja dan Sultan-Sultan serta Kerabat-Kerabat Diraja.

Kalau nak POPULAR pun buat lah Kerja lain Alhabsee oiii... jangan MELALAK tak tentu pasal macam orang Mabuk San Maguel, sepatut nya sebagai Ketua Umno Bahagian Cheras dari dulu lagi lu Merancang bagaimana untuk Meningkatkan Bilangan Pengundi-Pengundi Melayu dikawasan Cheras. Merancang meningkatkan Pengundi-Pengiundi Melayu di kawasan Cheras bukan dengan Mengujudkan PENGUNDI HANTU tetapi dengan Membina Penempatan yang Mampu Dimiliki oleh Orang Melayu.

Jangan hanya Penempatan yang dibina dikawasan Cheras berupa Mampu Tengok sahaja oleh Orang Melayu, kalau hanya Mampu Tengok bagaimana hendak menambah bilangan pengundi-Pengundi Melayu dikawasan Cheras. Ini yang sepatutnya lu buat Alhabsee, bukan nya Melalak tak tentu pasal, cuba gak lu keluarkan IDEA dari KEPALA OTAK lu tu. Kalau itu dapat lu lakukan barulah boleh dikatakan lu Menyenangkan Rakyat terutamanya Orang Melayu. sumber fmt


hemmmmm..... tapi kira ok jugak lah dimana lu melalak pun boleh sampai dapat datuk seri beb... dan mungkin selepas ini tan sri akan menyusul untuk lu alhabsee... kah kah kah !.

Biar Gambar Berbicara : Berita Dari Utusan Meloya Yang dikatakan Satu Kesilapan

















Manakala Berita yang kat bawah ni mungkin berita yang tidak silap lagi dari Utusan Meloya.




hemmmmm... maka berkatalah segala isi perut utusan meloya dari kakitangan bawahan sampai lah ke yang empunya utusan meloya iaitu umno dengan kata-kata hidup hadi... hidup pas... kah kah kah !.

Selasa, 9 September 2014

Dr Abdul Aziz Bari Pecahkan Lagi Tembelang Umno... Ini Yang Selama Ini Tidak Diketahui Oleh Orang Melayu


Sering kali Rakyat Malaysia Diberitahu agar jangan Menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Sultan-Sultan Melayu terutama nya Orang-Orang Melayu kerana dikatakan Baginda adalah umpama Tiang Seri sesebuah Negeri dan Negara, namun menurut Pakar Perlembagaan Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Undang-Undang di Malaysia tidak menyifatkan DERHAKA kepada Sultan dan Raja itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Menurut kata beliau "Pertamanya, setahu saya, tiada Undang-Undang di Malaysia yang Menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai Derhaka. Derhaka bukan satu Kesalahan. Undang-Undang yang digunapakai di Malaysia tidak sama dengan Undang-Undang yang diguna pakai di Thailand, yang meletakkan Derhaka sebagai satu Kesalahan Jenayah dimana Hukuman atau Tindakan boleh diambil terhadap Sesiapa yang didapati Menderhaka kepada Sultan atau Raja.

"Di Malaysia tidak ada Undang-Undang Derhaka, jadi itu hak ‘pihak’ berkenaanlah untuk Menderhakakan sesiapa sahaja untuk jadi Katak ke atau apa pun, Saya harap Raja-Raja dan Pihak Istana faham serta tidak termakan FITNAH UMNO yang mengatakan PKR dan DAP KURANG AJAR, ini tidak timbul. Kita pegang Prinsip Perlembagaan, Negara ini mengamalkan Demokrasi. Dalam Demokrasi tidak ada yang dikatakan KUASA MUTLAK sebagaimana tiada Kuasa Mutlak dalam Islam".

"Dari mana Kuasa Mutlak ini. Apa Asasnya ?, yang ada Kuasa Mutlak hanya Allah SWT sahaja. Di Negeri Selangor sudah mempunyai 30 SD dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Apabila Sultan Menitahkan dan mengeluarkan Perintah meminta nama lain, pada saya ini SALAH dari segi Undang-Undang. Konsep Demokrasi Berparlimen jelas Melindungi Istana daripada Terlibat dalam Kancah Politik".

 "Adakah Pihak Istana SANGGUP Dipersalahkan atau Dilibatkan sekiranya Kerajaan Negeri GAGAL ?, andai kata Kerajaan tersebut LANTIKAN Peribadi Raja atau Sultan. Apakah Raja atau Sultan mahu Menanggung KEGAGALAN tersebut. Disini Pihak istana Perlu Sedar yang URUSAN Pentadbiran Kerajaan Negeri digerakkan oleh Sebuah Kerajaan yang DIPILIH RAKYAT dan segala Urusan Pentadbiran di bawah Tanggungjawab mereka".

Rupa-rupanya selama Umno Memerintah konon nya sebagai Pembela Raja-Raja Melayu  tidak pernah Ujud Undang-Undang yang dikatakan MENDERHAKA tu beb, Menderhaka hanya ada pada ISTILAH yang boleh diguna Pakai oleh sesiapa dan ditujukan kepada sesiapa. Alamak... selama ini Mamposss Orang Melayu DITIPU oleh Pemimpin Umno. Patutlah dikatakan Umno adalah Pembela Raja-Raja Melayu beb, rupa Tiada Undang-Undang Derhaka diujudkan... kah kah kah !.

Oleh itu pada gua jika ada Tindakan Rakyat Malaysia yang dikatakan sebagai Menderhaka kepada Raja atau Sultan sepatutnya yang Pertama diambil Tindakan ialah kepada Umno dan Pemimpin Umno, atas sebab yang Memerintah selama Berpuluh Tahun baik Negara Malaysia mahu pun Negeri Selangor adalah Parti Umno serta Pemimpin. Ini kah yang dikatakan Pembela kepada Raja dan Sultan namun Undang-Undang Derhaka kepada Raja dan Sultan pun tidak diujudkan.

Atau Kemungkinan Undang-Undang Derhaka tidak mahu diujudkan supaya Umno serta Pemimpin Umno boleh Menderhaka sesuka hati Mak Bapak dia orang jika dia orang mahu Menderhaka. Sering kali apabila Pemimpin Umno yang melakukan sesuatu Perbuatan Menderhaka kepada Raja atau Sultan ianya akan dipanggil dan dikatakan Memberi Nasihat atau Menegur bukan Menderhaka. Bijak beb Bijak... ini lah dia kalau dah Anak Kelahiran Inggeris Penjajah maka Perangai pun sebiji macam Inggeris Penjajah... kah kah kah !. sumber diedit dari fmt


hemmmmm... setahu gua rakyat yang paling taat kepada raja dan sultan dalam dunia ni adalah bekas ulul amri umno dari kerela, walaupun dari kerela namun beliau adalah rakyat malaysia yang paling taat pada raja dan sultan... kah kah kah !.

Isnin, 8 September 2014

Zulhazmi At-Takanan Umpama Hang Nadim Versi Baru Yang Hangpa Penyokong Presiden PAS Tak Nampak !


Adalah sesuatu yang AMAT PERIT dan SUKAR untuk diterima oleh Penyokong-Penyokong seseorang Pemimpin yang DISAYANG dan DISUKAI, bila sahaja Pemimpin tersebut DIKRITIK serta dikatakan TIDAK BIJAK dalam Tindakan. Akan lebih membuat Penyokong seseorang Pemimpin menjadi HILANG PERTIMBANGAN apabila dikatakan Pemimpin tersebut perlu diambil Tindakan Tatatertib akibat dari Tindakan yang boleh MERUGIKAN Parti.

Tak kira dimana seseorang Penyokong tersebut berada sama ada dipihak Parti PAS mahu pun disebelah Parti PKR lebih-lebih lagi dipihak Parti Umno yang Pra-Syarat menjadi Penyokong nya adalah Bebal Melantun-lantun Macam Getah Scrub. Jika sahaja Pemimpin Kesayangan dikatakan SALAH atau Tindakan Pemimpin tersebut dikatakan Merugikan Parti maka akan menjadi Hilang Pertimbangan lah setiap Penyokong kepada seseorang Pemimpin tersebut.

Maka akan keluar lah bermacam-macam kenyataan seperti PENGKHIANAT, MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN, TIDAK WALA' KEPADA PEMIMPIN dan bermacam-macam lah ayat yang sewaktu dengan nya. Selalu nya itu lah Kenyataan dari Penyokong seseorang Pemimpin demi Mempertahankan Pemimpin Kesayangan setiap kali Pemimpin Kesayangan seseorang tersebut Dikritik oleh seseorang.

Berbalik kepada Tajuk diatas benarkah Saudara Zulhazmi Shariff At-Takanan sesorang Pengkhainat didalam PAS seperti yang digelar oleh Penyokong-Penyokong Presiden Pas Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang, hanya kerana Mempersoalkan Tindakan Presiden PAS Mengingkari apa yang telah diputuskan oleh SYURA bersama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP). Sedangkan apa yang Dipersoalkan oleh Saudara Zulhazmi berserta dengan HUJAH.

Kenapa tidak dipanggil Saudara Zulhazmi Shariff jika benar beliau sudah TERSALAH Tafsir Perlembagaan PAS yang sebenarnya ada Penafsiran lain selain dari apa yang ditafsirkan oleh Zulhazmi Shariff, kenapa perlu menggelarkan beliau sebagai Pengkhianat sedang Dakwaan beliau adalah disertakan dengan Hujah Perlembagaan PAS. Apakah Penyokong-Prenyokong Presiden juga tak jauh lari nya dari Penyokong Umno yang apa saja kata Pemimpin Umno akan dijawap "YA BETULLLLL".

Tak kan begitu sekali Standard Pemikiran Penyokong PAS lebih-lebih lagi ianya adalah Penyokong kepada Presiden PAS, tak kan tiada bezanya diantara Penyokong Presiden PAS dengan Penyokong Pemimpin Umno. Mustahil Tiada bezanya diantara Pemikiran Penyokong Presiden PAS dengan Pemikiran Penyokong Pemimpin yang Pra-Syaratnya Bebal Melantun-lantun Macam Getah Scrub, jadi jika ada perbezaan serlahkan lah Perbezaan tersebut beb... kah kah kah !.

Jangan kerana TAKSUB TERLAMPAU maka Anak Muda yang umpama nya HANG NADIM Versi Baru dikatakan sebagai Pengkhianat, harus di ingat bahawa Pemimpin akan datang dan Pergi kerana ianya adalah Lumrah dalam sesuatu Pertubuhan dan Parti. Ianya juga telah dikatakan oleh Presiden PAS dalam ucapan beliau yang PAS telah melalui sejarah Pertukaran Pemimpin termasuk Pemecatan Presiden PAS itu sendiri, namun PAS tetap UTUH kerana didokong oleh Ahli-Ahli nya. wallallahualam... Takbir !!!.


hemmmmm..... jangan pulak hangpa-hangpa kata yang gua ni pengkhainat sudah lah beb... sedih hati gua kalau lu orang kata yang gua ni pengkhianat... hu hu hu hu hu... kah kah kah !.

Berita Terkini Krisis MB Selangor : 3 ADUN PAS Bakal Diminta Mengadap Sultan Selangor


Dilaporkan oleh MI berkenaan Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti PAS akan dipanggil Mengadap Baginda Sultan Selangor bermula hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir iaitu seorang demi seorang. Dikatakan ianya akan bermula dengan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad kemudian ke esokan nya dengan ADUN Sabak Sallehen Mukhyi serta seterusnya ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut laporan tersebut lagi ianya berkaitan Perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang BAHARU dimana ketiga-tiga ADUN dari PAS tersebut adalah Nama-Nama ADUN yang dihantar oleh Presiden PAS dalam Surat Pertama beliau kepada Pihak Istana Selangor. Juga dikatakan selepas itu ada lagi Surat Kedua daripada Presiden PAS kepada Pihak Istana Selangor Senarai Nama-Nama ADUN yang lain sebagai MB  Negeri Selangor yang Baharu.

Jika lihat dari Situasi ini jelas Krisis MB Negeri Selangor tidak akan Selesai kecuali hanya dengan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, selain dari itu hanya dengan Melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja mungkin dapat mengelakan dari DUN Selangor DIBUBARKAN. Oleh itu Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) boleh Merangka-Rangka Strategi bagaimana untuk menghadapi Lawan yang sebelum ini adalah Kawan... kah kah kah !.

Itulah sebab nya beb, lain kali Pesan kat Pemimpin lu orang tu supaya jangan buat kerja dengan menggunakan KEPALA LUTUT baik disebelah pihak PKR mahupun disebelah pihak PAS, tak kisah lah siapa Pemimpin tersebut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Kerana yang Untung dikala ini bukan nya lu orang semua tetapi Parti yang sudah berpuluh tahun Menipu Rakyat Malaysia iaitu Umno/Bn... kah kah kah !.


hemmmmm..... itu lah sebabnya kadang-kadang gua rasa sebenarnya dia orang ni lebih suka jadi pembangkang sampai mampossss dari menjadi kerajaan... selalu sahaja umno/bn disumbangkan dengan talian hayat secara free of charge... kah kah kah !.

Biar Gambar Berbicara - Krirsis MB Selangor Apakata Sahabat-Sahabat PAS






 
hemmmmm..... sebab gua malas nak menulis lah gua suruh aje gambar-gambar yang berbicara, lu orang faham tak apakata gambar-gambar tu beb... kah kah kah !.

Terkini : Zulhazmi Shariff At-Takanan Desak Supaya Presiden PAS Diambil Tindakan Tatatertib


Akhirnya sudah ada Suara dari Ahli PAS yang mahu Presiden PAS serta yang terlibat bersama Presiden dalam Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Selangor diambil Tindakan Tatatertib, Ahli yang dimaksudkan tersebut ialah Saudara Zulhazmi Shariff At-Takanan. Benar atau Tidak telah ada Surat yang dikatakan dihantar oleh Saudara Zulhazmi kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) hanya beliau dan JKPP sahaja yang boleh mengesahkan perkara tersebut.


* lagi sumber disini

hemmmmm..... nak dengar jugak komen dari penyokong dan pengkritik presiden pas... apa pandangan lu orang kiranya benar surat diatas telah dihantar oleh saudara zulhazmi shariff at-takanan kepada jawatankuasa kerja pas pusat... kah kah kah !.

Ahad, 7 September 2014

Pada Siapalah Kenyataan Ini Salahuddin Ayup Tujukan !


Menurut Naib Presiden PAS "PAS memang Berkeinginan Kerusi Menteri Besar (MB) Selangor sekiranya Berpeluang, Namun masanya belum tiba untuk Kerusi berkenaan yang kini menjadi milik PKR diambil alih oleh Parti Islam itu. Jangan fikir saya tidak mahu melihat seorang MB daripada PAS, itu cita-cita kita. Tapi dengan cara dan kaedah yang melonjakkan perjuangan kita. Tidak hari ini, esok. Insya-Allah. Jawatan itu akan jadi milik kita jika kitalah yang selayaknya".

Tidak mungkin kenyataan tersebut hanya suka-suka untuk beliau keluarkan jika tidak ianya menyentuh Isu Semasa, lebih-lebih lagi dengan Kemelut Krisis MB Negeri Selangor yang masih belum selesai lagi dikala ini. Apa-apa pun Tahniah buat Naib Presiden PAS Salahuddin Ayup yang setakat ini lebih menggunakan Akal Fikiran dari Kepala Lutut, berbanding kenyataan-kenyataan yang keluar dari Mulut Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.


hemmmmm..... macam mana ajk pas pusat hendak menjalankan setiap arahan dari presiden pas jika setiap arahan selalu sahaja buat u-turn dan kluk klik... kah kah kah !.
"Kita buat keputusan, soal kerusi menteri besar kita serahkan kepada Sultan. Kita tidak akan tuntut jawatan itu.

Presiden PAS Kata Bukan PAS Yang Pertama Berjumpa Ku Li, Kenapa PKR Dan DAP Seperti Orang Pekak


Biar betul beb, menurut kata Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mula-mula mahukan Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah adalah Parti PKR dan Parti DAP, oleh itu bukan nya Parti PAS seperti yang didakwa oleh Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli. Jadi gua rasa bukan gua sahaja yang hendakkan Kepastian tetapi rasanya lu orang pun tak kira sama ada Penyokong PAS, PKR mahupun DAP juga mahukan Kepastian akan Dakwaan Presiden PAS seperti yang dibawah ini.

Menurut Presiden PAS "Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh (Ku Li) ialah PKR, Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS. Kita pun pujuklah dia masuk PAS, Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional".

Masuk kesaat ini rasanya sudah hampir 40 jam Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, namun tiada satu Kenyataan pun yang keluar dari Mulut Pemimpin PKR dan DAP sama ada Mengiyakan ataupun Menyanggah Kenyataan Presiden PAS tersebut. Tak pasti gua apa yang sedang dia orang lakukan disaat ini sama ada sedang Mencucuk Satay Kajang atau pun sedang Membakar Satay Kajang, atau mungkin sedang Menikmati Keenakan Satay Kajang... kah kah kah !.

Lu orang Pemimpin PKR dan DAP kenapa Senyap Seribu Bahasa, apa lu terlampau Asyik Menikmati Keenakan Satay Kajang ke sampai tak ada masa untuk mengeluarkan kenyataan sama ada Mengiyakan atau pun Menyanggah kenyataan Presiden PAS tersebut. Apa lu orang sudah TERSEDAK hingga TERCEKIK Satay Kajang bila mendengar kenyataan dari Presiden PAS, terutama nya Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli yang mula-mula mengatakan bahawa PAS pergi berjumpa Ku Li.

Mungkin apa yang dikatakan Rafizi tersebut itu betul, cuma nya beliau tidak katakan ialah PKR adalah terlebih dahulu pergi Meminang Ku Li tetapi Pinangan PKR tersebut telah ditolak oleh Ku Li. Selepas itu DAP pula telah pergi Meminang namun Hasil nya tetap juga sama iaitu Ditolak, dalam kata lain ialah Ku Li tidak HEINGINNN untuk berkahwin baik dengan PKR mahupun DAP. Oleh itu PAS telah Disarankan supaya Meminang Ku Li namun tetap gagal kerana Ku Li hendak bersama Umno/Bn sampai Khiamat.

Sekali lagi gua ingatkan kepada Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak Menjadikan Muka lu orang seperti KERANG BUSUK dan Terhegeh-Terhegeh dengan pergi Meminang Pemimpin Umno/Bn bagi Menyertai Parti dalam PR. Apa kah lu orang yang dikatakan Cerdik dan Pandai dalam Politik tidak dapat membaca Bahasa Badan seseorang Ahli Politik sama ada Suka atau Tidak terhadap Parti lu orang, jangan jadikan Muka lu orang umpama ditampal dengan Kulit Babi 14 Inci seperti Muka Pemimpin Umnno... kah kah kah !.


selepas
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dan-dap-yang-minta-pas-pujuk-ku-li-kata-hadi#sthash.mLCohOAv.dpuf
hemmmmm..... andai kata lah pemimpin-pemimpin dalam pr ni seperti adik-adik gua rasanya sudah lama dia orang dapat penampar gua beb... nak dikatakan bodoh tapi nampak cerdik dalam politik namun kadang-kadang kebodohan dia orang mengalahkan kebodohan yamg ada pada ahmad maslan 3.85... kah kah kah !.
," - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dan-dap-yang-minta-pas-pujuk-ku-li-kata-hadi#sthash.mLCohOAv.dpuf

Mohon Bertanya Kepada Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang !


Sebelum Soalan yang hendak ditanyakan kepada Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang terlebih dahulu Saya Memohon Maaf dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki kepada Tuan Guru, kiraanya ada Pertanyaan dan Soalan Saya dianggap sebagai Tidak Wajar atau pun dalam kata lain sebagai KURANG AJAR dan Tidak WALA' kepada Tuan Guru selaku Presiden Parti PAS.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru bahawa PAS pernah melalui saat-saat Getir dan lagi Mencabar dari apa yang dilalui oleh PAS dalam Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Selangor sekarang ini, namun persoalan nya apakah dengan Tuan Guru Menyuruh Ahli-Ahli PAS yang tidak Sependapat dengan Kepimpinan PAS supaya Keluar dari PAS dan Menubuhkan Parti Baru boleh dianggap Wajar.

Sedangkan Seorang Khalifah dalam Sejarah Islam bila mana dilantik menjadi Khalifah telah mengatakan bahawa jika beliau melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dalam Islam maka beliau mengatakan TEGUR lah beliau, terus sahaja orang yang mendengar kata-kata dari Khalifah tersebut menyahut dengan kata-kata jika Khalifah tersebut tidak betul maka Pedang ini akan membetulkan nya.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa keadaan Khalifah tersebut berbeza dengan keadaan dan situasi Tuan Guru Presiden, namun jika diamat-amati cerita tersebut tidak boleh kah orang yang hendak Menegur Khalifah tersebut dengan Pedang juga dianggap sebagai Kurang Ajar dan Tidak Taat kepada Khalifah. Bukan ke sewajarnya orang yang hendak Menegur Khalifah tersebut hanya mengatakan "Ya Khalifah".

Berbalik kepada Ucapan Tuan Guru Presiden kepada Ahli-Ahli PAS dengan kata-kata "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam"... apakah ini bermakna Tuan Guru Presiden merasakan yang apa juga Tindakan yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden Semua Betul dan tiada Cacat Cela nya ?.

Kenapa tidak Tuan Guru Presiden mengatakan bahawa sesiapa yang Berlainan Pendapat supaya Betanding Melawan Tuan Guru Presiden dalam Pemilihan Parti PAS dimasa akan datang, bukan kah itu lagi wajar dengan Parti PAS tidak BERPECAH dan DEMOKRASI menjadi SUBUR didalam PAS. Dengan menyuruh Ahli yang Tidak Sependapat supaya menubuhkan Parti Baru ianya seperti juga Memecah Belah kan PAS.

Andai kata itu yang terjadi boleh tak Tuan Guru Presiden memberi tahu Siapakah pula yang Untung dari Perpecahan akibat Ahli yang Tak Sependapat menubuhkan Parti Baru ?????... Siapa agaknya ya yang Untung akibat dari Keluarnya Ahli PAS dan menubuhkan Parti Baru !!!... bukan kah yang Untung akibat dari Perpecahan tersebut adalah Parti Umno yang sudah tentu Teramat Suka dengan Perpecahan dalam PAS !.

Akhir Kalam jika Pertanyaan dan Soalan yang Saya tujukan kepada Tuan Guru Presiden dianggap sebagai Kurang Ajar dan Tidak Beradap, Saya sekali lagi Memohon Ampun dan Maaf dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki kepada Tuan Guru Presiden. Kerana saya bukan lah seperti Penyokong-Penyokong dikalangan Ahli Umno yang apa sahaja keluar dari Mulut Longkang Pemimpin Umno semua nya Betul.

Sehinggakan Kenaikan Harga sesuatu Barangan pun dikatakan bukan nya Kenaikan Harga jika Pemimpin Umno mengatakan ianya bukan suatu Kenaikan tetapi Subsidi Dikurangkan. Rasanya Tuan Guru Persiden pun tidak mahu mempunyai Ahli-Ahli PAS serta Penyokong PAS yang BEBAL MELANTUN-LANTUN macam Getah Scrub seperti kebanyakkan Ahli-Ahli Parti Umno. Walallahualam... Takbir


hemmmmm..... buat ahli-ahli pas yang pro kepada persiden... lu orang komen lah apa lu orang nak komen beb... gua tak akan sekat komen lu orang cuma biarlah ianya sesuatu yang boleh membawa kebaikan buat pas... kah kah kah !.

Sabtu, 6 September 2014

Krisis MB Selangor Berpunca Dari Tangan Yang Suka Kepada UG Dan Konsensus !


Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Negeri Selangor yang boleh dianggap Berpanjangan adalah Ciptaan Tangan-Tangan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri, yang mana boleh dikatakan Tangan-Tangan tersebut Terlalu Suka dan Ada Hati untuk Mendakap Umno/Bn atas nama Unity Goverment (UG) dan Konsensus. Kebiasaan nya apabila Suka dan Ada hati untuk Mendakap Umno/Bn maka hendak tak hendak Perangai dan Tingkah Laku selalu nya ada Persamaan dengan Perangai Umno/Bn... kah kah kah !.

Atas sebab itu Krisis MB Negeri Selangor Berlarutan hingga kesaat ini, ianya terlalu Sukar untuk di Tamatkan walaupun pada Hakakat ianya bukan lah satu Perkara yang Sukar untuk diselesaikan. Hanya kerana Manusia yang bernama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir sahaja satu Pakatan yang bernama PR BERKECAI, dan yang lebih Dasyat lagi Parti yang bernama Parti Islam Semalaysia (PAS) mengalami Krisis Kepercayaan Pengundi hingga digelarkan sebagai Lidah Bercabang dan Kaki U-Turn.

Mungkin ada Sahabat di pihak PR Tidak Bersetuju dengan Pendapat gua berkenaan UG dan Konsensus, yang mana setelah gua Fikir-Fikirkan ia nya tak jauh Berbeza Maksud dan Tujuan diantara kedua-duanya. Ianya pada gua boleh lah dianggap seperti SEPUPU, SEPAPAT, SEPEPET yang jauh meninggalkan BAU-BAU BACANG. Kalau Bau-Bau Bacang boleh dianggap seperti Keluarga Jauh yang mungkin entah berapa PUPU tetapi Konsensus dengan UG adalah terlalu RAPAT.

Ini bermakna TIADA BEZA diantara UG dengan Konsensus, yang berbeza cuma nama nya sahaja namun MUKHADIMAH serta MATLAMAT nya adalah SAMA dengan PENAMPILAN yang berlainan. Yang cukup KETARA lagi ialah Pemimpin yang Berbeza MELONTARKAN IDEA tersebut. Kalau UG dahulu nya adalah BUAH FIKIRAN yang DI ILHAMKAN oleh Pemimpin Pas, antara nya ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi manakala Konsensus pula adalah IDEA daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang menarik nya lagi ialah kedua-dua Idea tersebut boleh MENJURUS kepada jalan bagi MENYELAMATKAN serta MENGEKALKAN Umno And The Gang di PERSADA Politik Malaysia, jadi apa perlu nya UG atau pun Konsensus. Dalam menghadapi POLITIK KOTOR dari Umno And The Gang maka Percayalah jikalau pihak Umno And The Gang  BERSETUJU dengan UG atau pun Konsenses tersebut bermakna entah apa lagi BALAK lah yang akan menimpa kepada Rakyat.

Kerana itu bila sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim diminta oleh PKR untuk Memngosongkan Kerusi MB Negeri Selangor maka apa RIAKSI dari Kepimpinan Umno/Bn Negeri Selangor... "Kami Sokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Negeri Selangor"... "Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang MB yang Amanah"... "Tan Sri Khalid Ibrahim adalah MB yang berjaya Menaikan Rizab Negeri Selangor sebanyak RM3.2 Billion", cuma yang Isi Perut Umno tu tak cakap hanyalah "Tan Sri Khalid bukan nya seorang yang GAGAP".

Jangan TERPERANGKAP dengan MUSUH yang selalu sahaja mempunyai Beribu Taktik KOTOR dengan dipermudahkan lagi oleh Ungkapan UG mahu pun Konsenses, apakah mahu menjadi BODOH untuk kedua kali nya selepas pernah DITIPU pada satu ketika. Tak kan mahu TERHANTUK untuk kedua kali nya ditempat yang sama, seharusnya Pimpinan PR sedar bahawa yang SIPENIPU tak akan SETUJU kalau ianya tidak boleh Menguntungkan mereka.

Bagi gua Umno And The Gang tak pernah IKHLAS dalam menghadapi Musuh Politik mereka, ia adalah SEJARAH yang tak pernah Menipu. Kalau sesama Umno And The Gang pun sanggup dia orang TIKAM DARI BELAKANG apa kan lagi Musuh Politik dia orang beb, jenis Tikam Dari Belakang bukan yang BIASA-BIASA tapi adalah jenis yang LUAR BIASA hingga untuk membuat Umno itu sendiri MAMPOS pun dia orang sanggup tanpa SEGAN, MALU dan lebih-lebih lagi RASA BERSALAH.

Mungkin ada yang Beranggapan bahawa gua ni adalah Pembangkang dalam PR, memang Tak Salah kalau ada yang beranggapan sebegitu, kerana bagi gua PENDAPAT harus DIRAIKAN. Untuk itu Pendapat gua adalah Pemimpin TAK SELALU NYA BETUL dan PEMIMPIN KENA DITEGUR jika Tak Mahu atau Tak Suka di Tegur, ada baik nya lu orang NASIHATKAN Pemimpin di dalam PR tersebut supaya jangan menjadi Pemimpin di dalam PR tapi jadi lah Pemimpin di dalam Umno And The Gang... kah kah kah !.

Buat Pemimpin-Pemimpin PR yang menjadi Watak-Watak Utama didalam Krisis MB Negeri Selangor, tak kira dari mana lu orang sama ada dari PAS, PKR mahu pun DAP. Gua ada satu cadangan buat lu orang beb, andai kata pada lu orang terlalu Sukar untuk Krisis MB Negeri Selangor diselesaikan secara Muafakat... apa kata lu orang Pemimpin PR tersebut dari sekarang sudah mula Memesan RACUN-RACUN TIKUS dari Pengedar-Pengedar yang terdekat di tempat lu orang.

Untuk apa Racun Tikus tersebut... nanti bila Racun-Racun Tikus yang lu orang pesan dari Pengedar-Pengedar sudah sampai kat Pejabat atau pun kat Rumah lu orang, masa itu lu orang boleh lah Calling-Calling gua untuk gua akan bagi tahu Kegunaan Racun-Racun Tikus tersebut. Jangan Malu atau Segan untuk Calling-Calling gua bertanyakan kegunaan Racun-Racun Tikus tersebut, dan gua pun tak kena kan sebarang Bayaran atas Pertanyaan lu orang berkenaan kegunaan Racun Tikus tersebut ok... kah kah kah !.

hemmmmm..... umno and the gang bukan nya bodoh walaupun pengikut serta penyokong nya kebanyakkan bebal melantun-lantun macam getah scrub... kalau tidak mana mungkin pengampu telor inggeris penjajah boleh jadi pejuang kemerdekaan beb, lu orang sendiri mahu ingatlah beb... kah kah kah... A B U.

Jumaat, 5 September 2014

Kahak Hijau Buat Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Dari Chegubard


"Set cadangan ini adalah hasi Bengkel Pengurusan Ekonomi 2012 anjuran SAMM. Cadangan ini telah dibuat dua tahun lepas, di mana kita pernah ajukan ianya kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR). Namun kemungkinan Suara Anak Muda Biasa seperti SAMM ini tidak dilihat penting maka ia seolah-olah tidak diangkat"- Chegubard

Itu antara kata-kata diucapkan oleh Chegubard yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semasa membentangkan beberapa Cadangan bagi Belanjawan 2015 kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam menambah Pendapatan Negara sambil Mengurangkan BEBAN Rakyat. Dimana menurut beliau Set Cadangan dari SAMM tersebut pernah dikemukakan kepada Ahli Parlimen PR.

Kalah lah Pemimpin PR mempunyai Rasa Malu dan Tahu apa itu perkataan Malu, maka gua rasa sudah pasti dia orang Tak Tidur Malam beb, bila mana mengetahui yang Chegubard pergi berjumpa dengan Menteri Bodoh Bertingkat-tingkat 3.85 Datuk Ahmad Maslan. Kerana apa... punya lah banyak Pemimpin PR yang Cerdik Pandai tetapi Ahmad Maslan pulak yang dicari oleh Chegubard... kah kah kah !.

Mungkin gua rasa yang Chegubard ni sudah nampak bahawa Sebodoh-bodoh Ahmad Maslan tidak lah sampai hendak Menenggelamkan Kapal yang beliau sedang naiki, berbeza dengan Pemimpin PR yang kebanyakan nya sebelum ini diakui Cerdik Pandai tetapi masih lagi sanggup untuk Menenggelamkan Kapal yang dia orang sedang Naiki. Oleh itu memang Bertepatanlah apa yang dilakukan oleh Chegubard tersebut.

Sebab itulah KRISIS Menteri Besar (MB) Negeri Selangor sampai sekarang masih belum selesai-selesai lagi beb, kerana yang Mengendalikan nya terdiri dari Pemimpin-pemimpin PR golongan Bijak Pandai tahap melebihi Kebodohan Ahmad Maslan. Buat Chegubard gua ucapkan SYABAS buat lu beb, teruskan Perjuangan lu untuk Kesejasteraan Rakyat... kah kah kah.


hemmmmm..... kalau ditanya pada gua bagaimana untuk menyelesaikan krisis mb negeri selangor, jawapan gua suruh aje pemimpin-pemimpin pr yang menjadi watak-watak utama dalam krisis tersebut supaya minum racun tikus secepat mungkin... kah kah kah !.