DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 10 September 2014

Krisis MB Selangor : Anwar Sepatutnya Berundur Dari Politik... Kah Kah Kah !


Apa yang Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee MERAPU dan MERABAN ni beb sampai nak suruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengundurkan Diri dari Politik Malaysia. Lu dah Gila ke atau terkena Sawan Syed Ali Alhabsee sampai nak suruh Anwar Berundur dari Politik kerana dikatakan Tidak Memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk Tidak Menghormati Raja Berpelembagaan dan bla bla bla bla.

Lain kali kalau nak suruh Orang lain Bersara dari Politik ada baik nya lu Cermin dulu Muka lu dengan Cermin sekali lambang Parti lu yang bernama Umno tu. Lu tak tahu ke tiada Undang-Undang yang dikatakan KESALAHAN berkaitan DERHAKA dalam Negara Malaysia jika tidak Mengikuti TITAH Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau Sultan-Sultan. Apa Tah lagi bila ianya berkaitan PERIHAL Politik dengan INGKAR untuk memberi lebih dari 2 Nama sebagai Calon Baru Menteri Besar (MB). rujuk sini

Ditambah lagi bila Calon yang dinamakan sebagai MB Selangor yang Baharu tersebut telah mendapat Sokongan Majoriti Adun-Adun sebanyak 30 Adun dari keseluruhan 56 Adun yang ada. Soal WAJAR atau Tidak PKR dan DAP menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu bukan Masalah lu Alhabsee oiii. Ditambah lagi Wan Azizah adalah Adun Kajang yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) oleh Pengundi-Pengundi Kajang bukan Adun yang dilantik oleh PKR dan DAP seperti melantik Senator dijadikan Menteri.

Lagi satu gua nak ingatkan lu Alhabsee... sepatutnya selama lu menjadi Ahli Umno dari Muda sampai lah ke Umur lu sekarang kenapa lu tak suruh Pemimpin Parti lu yang menjadi Pemerintah berpuluh Tahun menggubal Undang-Undang Berkaitan Derhaka atau dalam kata lain INGKAR Perintah Raja atau Sultan. Ini tidak yang gua dengar hanyalah Slogan Basi iaitu Umno adalah "Pembela Raja-Raja Melayu", apa yang Umno dan Pemimpin Umno dari Dulu Kini dan Selamanya Membela pun gua tak tahu.

Cuma yang gua Ingat dan Pasti hanya ada seorang Pemimpin Umno yang betul-betul membela Raja-Raja Melayu, kalau tak silap gua nama beliau ialah Mahathir Muhamad Iskandar KUTTY yang berasal dari KERELA. Kalau beliau memang boleh dikatakan sebagai Pembela kepada Raja-Raja Melayu walaupun berasal dari KERELA, kalau lu tak percaya cakap gua ni... lu pergi lah tanya dengan Raja-Raja dan Sultan-Sultan serta Kerabat-Kerabat Diraja.

Kalau nak POPULAR pun buat lah Kerja lain Alhabsee oiii... jangan MELALAK tak tentu pasal macam orang Mabuk San Maguel, sepatut nya sebagai Ketua Umno Bahagian Cheras dari dulu lagi lu Merancang bagaimana untuk Meningkatkan Bilangan Pengundi-Pengundi Melayu dikawasan Cheras. Merancang meningkatkan Pengundi-Pengiundi Melayu di kawasan Cheras bukan dengan Mengujudkan PENGUNDI HANTU tetapi dengan Membina Penempatan yang Mampu Dimiliki oleh Orang Melayu.

Jangan hanya Penempatan yang dibina dikawasan Cheras berupa Mampu Tengok sahaja oleh Orang Melayu, kalau hanya Mampu Tengok bagaimana hendak menambah bilangan pengundi-Pengundi Melayu dikawasan Cheras. Ini yang sepatutnya lu buat Alhabsee, bukan nya Melalak tak tentu pasal, cuba gak lu keluarkan IDEA dari KEPALA OTAK lu tu. Kalau itu dapat lu lakukan barulah boleh dikatakan lu Menyenangkan Rakyat terutamanya Orang Melayu. sumber fmt


hemmmmm..... tapi kira ok jugak lah dimana lu melalak pun boleh sampai dapat datuk seri beb... dan mungkin selepas ini tan sri akan menyusul untuk lu alhabsee... kah kah kah !.

6 ulasan:

  1. Memang diorang suka Anwar bersara dari politik. Barulah diganyangnya cukup-cukup rakyat dengan pelbagai bebanan dan hutang berskala tinggi. Sebut parti politik mana yang nak melawan GST? PAS melalui Hadi Awang tahu nak lawan Anwar dan Lim Kit Siang aje, yang lain dia tak boleh buat. Akan datang nak berpeluk dengan Najib pulak. Raya Hindu lah kalau Anwar bersara ye Ali?

    BalasPadam
  2. Orang UMNO Baru paling takut dengan Langkah Kajang.....tapi yang peliknya PAS yang meroyan sampai sekarang....

    BalasPadam
  3. Puak2 ni bila nazak nak mampos nanti, syaitan akan menyerupai Anwar dekati mereka.

    BalasPadam
  4. Reformasi Anwar yang mencetuskan kesedaran politik rakyat Malaysia. Tanpa Anwar siapalah pembangkang sekarang. Kalau nak dibersarakan Anwar boleh tapi jadi penasihat.

    BalasPadam
  5. kaum sedara barua ni la yang mahu seleweng tanah wakaf tn hj kasim kg makam di george town satu masa dulu sekitar 60an dengan berpakat bersama parti karat biru & majlis agama islam pulau pinang, beliau ialah syed abas al habisi yang semasa itu pengerusi dewan perniagaan melayu pulau pinang, beliau berpakat dengan hantu umporno yusuf latif mahu seleweng tanah wakaf itu agar jadi tanah komersial boleh masyuk juta-juta ,nasib baik Allah yarham pak salim hashim & rakan-rakan menentang habis-habisan, ABU !

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....