DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 31 Januari 2012

"AH JIB GOR" MERANA KERANA PERKASAM... ITU IBRAHIM ALI... BETUI-BETUI HAH ! KASI "AH JI GOR" SUSAH HATI Ooooo !!!

Kerana kerisauan yang teramat sangat apabila Pertubuhan Pribumi Perkasam (Perkasam) telah membuat kesalahan dengan menyinggung perasaan kaum cina... ini ekoran pemberian Ang Pau dalam peket berwarna putih dalam satu sambutan Tahun Baru Cina anjuran Perkasam... Maka hari ini Datuk Seri Hj Najib (DSHN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa itu bukan sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.

Kata nya "ianya di anjurkan oleh Pemimpin Perkasam... ia adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Datuk Ibrahim Ali adalah merupakan Anggota Parlimen bebas...  oleh itu pemberian peket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan"... dan dikatakan juga DSHN telah menulis didalam Face Book berbahasa cina beliau "Ah Jib Gor" dengan berkata " jika kita faham budaya dan pantang larang sesuatu kaum.... kontroversi seperti ini dapat dielak kan".

Semalam Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong meminta Perkasa memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya kaum Cina. 

Memang Perkasam yang anjurkan ... tapi rakyat tahu bahawa Perkasam adalah NGO penyokong Umno/Bn... dan Presiden Perkasam adalah penyokong kuat Umno... kah kah kah !!!... itu pasaik lah... lu olang hah suka tak lak ngaku bilak lu olang muat salah oooooo... itu pekacam banyak buat kacau.... tapi lu pun ada suka bilak pekacam muat kacau... kah kah kah !!!.


hemmmmm.... nampak nya perkasam dah buat satu kesalahan kepada kaum cina dan satu kepada umno... dengan kaum cina ingatkan boleh menipu... konon-konon nak ambil hati kaum cina yang selama ini telah dikritik hebat oleh ibrahim ali.... dan dengan umno ingatkan boleh membodek tapi kesudahan "Ah Jib Gor" kena menjawap kat kaum cina kah kah kah !!!  umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeeee.......

TUN MAHATHIR KATA HANG TUAH SECARA TEKNIKAL MACAM TAK UJUD... DAN KALAU UJUD HANG TUAH BELIAU BUKAN PEMIMPIN YANG PATUT DIKAGUMKAN, KEH KEH KEH !


Walaupun tidak mengatakan dengan  secara langsung ketidak ujud nya Hang Tuah seperti Pakar Sejarah Negara Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim (TSPKKK), tetapi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (TDMM) mengatakan Hang Tuah bukan lah pemimpin yang patut dikagumi dan adalah salah kalau mengagumi Hang Tuah ketika soalan daripada hadirin semasa siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya (PICC).

Menurut beliau "Hang Tuah tidak sepatutnya digambarkan sebagai sebegitu baik kerana kesetiaan dan kasanggupan membunuh Sahabatnya Hang Jebat... walaupun mengetahui bahawa sahabat nya Hang Jebat dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya....dan untuk membunuh Sahabat nya Hang Jebat bukan sesuatu yang terpuji langsung".

Menyentuh tentang keujudan Hang Tuah beliau berkata "mungkin ada sedikit kebenaran dalam cerita Hang Tuah... Tetapi kebanyakan nya adalah tidak dapat diterima.... umpama nya apabila ada riwayat menceritakan Hang Tuah mengalahkan semua negara  di dunia... termasuk Turki... tanpa menceritakan bagaimana beliau berada di negara itu... dan ini tidak dapat diterima akal langsung dan kebanyakan nya  adalah fiksyen (khayalan)".

Mereka berdua ini juga pernah menyatakan bahawa Malaysia tak pernah dijajah oleh Inggeris dan nada nya macam sama seperti sekarang... kalau masa itu TDMM mengatakan secara teknikal memang Malaysia tak dijajah.... bagi menyokong kenyataan bahawa Mat Indera adalah komunis.... berkenaan Hang Tuah pun secara teknikal nya nampak beliau setuju dengan TSPKKK... apakah persoalan Hang Tuah ini sengaja dibangkit oleh mereka ?...

Persoalan ini yang sedang bermain dipermikiran saya... apakah ada sesuatu yang dirancang oleh mereka bagi bagi membuat rakyat memperkatakan kesah Hang Tuah dan melupakan segala persoalan yang lain, kemungkinan ini semacam ada... tapi mungkin tak nampak dengan jelas nya.... kerana tidak dipromosi kan oleh media arus perdana seperti Isu Mat Indera yang dikatakan komunis.


hemmmmm..... ungkapan "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan jadi sejarah yang tak dikenang lagi... kerana memang menjadi perangai umno dan pengikutnya.... hanya akan menggunakan apa yang pemimpin mereka gunakan.... umpama nya pemimpin mereka menggalakkan fitnah maka penyokong nya pun akan membuat apa saja bagi dijadikan fitnah sehingga nampak macam bukan fitnah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee.....

Isnin, 30 Januari 2012

LEBUH RAYA BANTING-TAIPING SATU KM RM22.3 JUTA DENGAN KONSESI 60THN... JALAN YANG SAMA DI INDIA SATU KM RM10 JUTA, UNTUNG MAHA-FIRAUN KATA KM LIM GUAN ENG !

Satu lagi Lebuh Raya akan dibina iaitu Lebuh Raya Banting-Taiping menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng... dan hari ini beliau menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama 60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.

Sebelum itu Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri... Syarikat berkenaan mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.

Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan "pihaknya berasa curiga, dan apakah rasionalnya kerana kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion... apakah keperluan kerajaan membayar RM980 juta untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta... bagaimanakah Kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun... iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dan kedua hanya kepada perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960an".

"Kita mahu menuntut kerajaan memberi penjelasan... mengapa Europlus dipilih sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan... dan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km".

"Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya, ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia",

Tambah nya lagi "rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)... di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal... kos pembinaan PLUS adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010... pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion... iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion... Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan".

"Cukup-cukuplah... Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol PLUS... adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal.... Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS... jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak... kenapa berhenti di Taiping Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk... Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah ".


hemmmmm..... lagi lambat pru 13 lagi banyak lah pendedahan dari pemimpin pakatan rakyat... jangan ingat bila lambat pru 13 umno/bn ada untung.... cuma masaalah nya sekarang ini buat pru 13 cepat pun masalah... buat lambat  pun masalah.... lebih baik umno/bn buat pru 13 lambat... dapat lagi lah merasa jadi kerajaan... nasib untung umno/bn belum dapat dipastikan  selepas pru 13  kah kah kah !!!  umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee.......

INI OLANG CAKAP DSAI SUDAH TATAK RELEVEN... TAPI DIA SUDAH KASI MALU OLANG CINA Ooooo... BETUI-BETUI MANGANG LA DIA... KAH KAH KAH !!!

Kah kah kah... inilah orang yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah tidak lagi releven dalam politik Malaysia... erti nya dia lah yang masih releven dan pilih lah dia untuk jadi Perdana Menteri... kemudian siap pesan kat wartawan supaya jangan exited dengan DSAI.... keh kah kah !!!.

Lepas tu siap merayu lagi kat orang cina supaya bantu orang melayu untuk capai ekuiti ekonmi 30%... nada yang sudah tak mempercayai Umno untuk membantu orang melayu bagi mencapai ekuiti ekonomi 30%... kah kah kah ... atau pun macam nak ambil hati orang cina supaya mengambil beliau gantikan tempat DSAI... kah kah kah !!!.

Tapi apa kan daya cempedak dah jadi nangka... nasi dah jadi bubur... kalau buat kerja untuk menipu ada aje jalan diketahui orang... dengan bangga nya beliau memberi ang pau kepada orang cina tapi... ang pau tersebut sepatut nya untuk majlis kematian kerana sampul nya warna putih  dan ang pau untuk sambutan Tahun Baru Cina sepatut nya warna merah... kah kah kah !!!


hemmmmm..... orang nak buat majlis awak nak buat majlis... orang buat betul-betul... tapi awak buat sekadar lepas batuk ditangga... tak kan bila minta sampul ang pau kat bank ada warna putih kot... keh keh keh !!! umno-perkasam betul meloyakan  heeeeee.....

SAMPAI BILA RAKYAT NAK DI TIPU... HARGA GULA DUNIA TURUN... TAPI KATA MENTERI UMNO NI... SUBSIDI DITAMBAH !

Dalam menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan terpaksa menambah subsidi gula Yb Tony Pua berkata "apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung".

Menurut nya "dalam satu  laporan akhbar The Star... Datuk Seri Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikat nya bahawa harga gula global terus melambung sedangkan hakikat nya harga gula Dunia telah menurun dengan ketera... Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30... kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang... dan bukan nya subsidi tambahan seperti yang didakwa oleh Menteri Pengguna".

Kenapa lah Datuk Seri lsmail Sabri ni cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula disebabkan harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya menurut kata setiausaha publisiti DAP Yb Tony Pua  bagi menyangkal dakwaan Menteri Umno ni.

 Sugar Monthly Price - US cents per Pound

Range 6m 1y 5y 10y 15y 20y 25y 30y Jun 2011 - Dec 2011: -1.500 (-6.02 %)
Description: Sugar, Free Market, Coffee Sugar and Cocoa Exchange (CSCE) contract no.11 nearest future position, US cents per Pound
Unit: US cents per Pound
Source: International Monetary Fund
See also: Agricultural production statistics
See also: Top commodity suppliers
See also: Commodities glossary - Definitions of terms used in commodity trading
MonthPriceChange
Jun 201124.92-
Jul 201129.4718.26 %
Aug 201128.88-2.00 %
Sep 201126.64-7.76 %
Oct 201126.30-1.28 %
Nov 201124.52-6.77 %
Dec 201123.42-4.49 %

Top Companies

Südzucker AG
Website: http://www.suedzucker.de/



Peningkatan subsidi yang di sebut oleh  beliau bukan nya sedikit tapi sebanyak RM0.34 sen kepada RM0.54 dari subsidi asal RM0.20 sen yang menjadikan jumlah keseluruhan subsidi meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Sedap mulut aje Beliau bercakap bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada RM0.20 sen kepada RM0.54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30... tak kan harga gula pun nak ditipu... dah projek lembu siasatan nya tak selesai lagi... ni dah kata Kerajaan meningkatkan subsidi gula kerana kenaikan harga gula Dunia.


hemmmmm..... inilah pemikiran menteri umno hampir keseluruhan nya... kerja siang malam asik nak menipu... mereka ni masih berada dizaman politik pra-sejarah agak nya... yang rakyat boleh diperbodohkan walaupun umno/bn letak calon katak atau pun lembu masih lagi umno/bn boleh menang...   kah kah kah !!! umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeeee....

Ahad, 29 Januari 2012

DSAI SUDAH TAK RELEVAN KATA YB IBRAHIM ALI DAN UMNO TAK BOLEH DIHARAP MEMBANTU MELAYU CAPAI EKONOMI 30% !

Dengan nada yang tak malu dan tak sedar diri maka berkata lah Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali dengan menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.

Beliau berkata " rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar luar negara Wall Strait Journall baru-baru ini".

Tambah beliau lagi "Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar Ibrahim... beliau sudah sampai masanya untuk kita lupakan dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita... golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia lagi".

"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati... Anwar Ibrahim sudah tidak relevan kerana banyak sebab... kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat".

Sebelum itu didalam ucapan nya beliau meminta kaum Cina membantu kaum Bumiputra mencapai ekuiti ekonomi 30% yang disasarkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)... pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40% diperuntukkan kepada lain-lain kaum... 30% Melayu/Bumiputera dan 30 % untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan... Saya percaya hampir 50 % menguasai ekonomi negara... Ini membuktikan walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera dan orang-orang Melayu... tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu... saling bergantung antara satu dengan lain... masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

"Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus... ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia".

Kenapa tak suruh Umno yang capaikan DEB... kenapa minta kaum cina bantu.... minta lah kat Umno suruh capaikan ekuiti ekonomi Bumiputra 30%... kata Umno pandai memerintah.... kalau tak ada Umno Orang Melayu akan merempat...

Dasar muka tak malu menang kerusi MP atas tiket PAS... masa nak jadi calon merayu 7 hari 7 malam kat Tuan Guru Nik Aziz... konon-konon beliau sudah insaf dan tak kan melompat kedalam Umno semula... lepas tu boleh cakap situasi menang -menang... kah kah kah !!!.

Ada hati kata DSAI sudah tak sesuai dalam politik tanah air... kah kah kah !!! memang betul lah boleh dipanggil katak dalam politik... kerana malu nya tak ada langsung.... kalau tak malu tu jangan lah nampak kan sangat... konon-konon nya dia lah yang sesuai ganti tempat DSAI.... keh keh keh !!!.

Nampak sangat lah Umno tak ada panglima untuk melawan kemaraan Pakatan Rakyat... ialah ada Presiden takut berdebat.... ada Ketua Pemuda pun takut nak berdebat... yang ada panglima ludah dengan samseng taik lembu.... memang patut lah Umno dimasuk kan ke dalam Muzium.... kerana lagi lama ia ada dipersada politik Negara... tak dapat nak dibayangkan.... musibah apa yang akan menimpa rakyat Malaysia.


hemmmmm..... tapi apa-apa pun beliau antara ahli politik yang pandai buat provokasi... kalau ahli politik lain lah dah lama tenggelam.... tengok lah ezam sesumpah dan zul kulim.... mereka ini akan menggunakan ibrahim ali untuk terus bernyawa... seorang lagi yang diramalkan ialah hassan ali yang dah mula nampak letih dengan roodshaw nya... kah kah kah !!! umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

BEKAS BLOGGER UMNO MENEMPELAK MUHYIDDIN JUGA KATA AWANG SELAMAT MANUSIA PALING RASIS DI DUNIA !!!

Blogger Umno yang baru menyertai parti DAP telah menyangkal apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin bahawa, DAP adalah Parti Rasis bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh Dunia serta kenyataan bahawa orang Melayu tidak harus terperangkap dengan perangkap Parti DAP.

Juga menurut bekas blogger Umno itu "Awang Selamat yang di kenali sejak lebih 16 tahun adalah Manusia yang paling Rasis bukan hanya Malaysia bahkan diseluruh Dunia... tulisan beliau secara jelas memperlihatkan bahawa sifat rasis beliau dan tidak dapat menerima perubahan realiti orang Melayu sekarang yang telah berlapang dada untuk menilai secara kritis dan bukan secara membabi buta mencerna setiap perkataan untuk menaikan sifat rasis terhadap Parti DAP"

"Sebagai orang Melayu yang telah memasuki DAP atas kerelaan sendiri.. tidak ada rombongan pengantin atau pun rombongan masuk meminang daripada pemimpin-pemimpin DAP agar saya memasuki parti tersebut sebaliknya.. saya yang menghantar rombongan meminang untuk memasuki DAP memandangkan terlalu ramai orang Melayu yang ingin memasuki Parti DAP".

Mungkin kerana menyedari semakin ramai Melayu Umno yang akan menyertai Parti DAP... maka untuk menutupi kerisauan yang teramat maka, kenyatan-kenyataan yang menyatakan DAP adalah Rasis selalu didendangkan... walaupun hakikat sebenar Parti DAP adalah berbilang kaum... mungkin benar ramai Kaum Cina yang ada di dalam Parti DAP... tetapi kalau ramai Melayu Umno yang menyertai Parti DAP tidak mustahil Orang Melayu akan mengetuai Parti DAP dengan tiada membawa perangai umno ke dalam parti tersebut.


hemmmmm..... umpama pengfitnah menuduh orang yang menjawap fitnah nya sebagai cuba mengfitnah diri nya... inilah situasi umno yang sedang nyawa-nyawa ikan dan memerlukan tak kira apa asal kan boleh menyambung nyawa yang kelemasan... umno-perkasam betul-betl meloyakan  heeeee......

DATUK SERI NOH OMAR DAH MULA MENGGELABAH... NFCorp PUN HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS KELEMAHAN NFC... KATANYA MACAM TAK PUAS HATI AJE !!!

Menurut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar  "Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan National Feedlot Corporation (NFCorp) terikat antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian... NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan...

"ia perlukan komitmen kedua-duanya... bertanggungjawab atas kelemahan NFC... kedua-dua nya memerlukan antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang pengeluaran daging lembu.... kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain".

"Ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani, satu perjanjian pinjaman dan satu lagi perjanjian pelaksanaan dan perjanjian itu berjaya dicapai pada 2010"  ini jawapanya ketika ditanya  mengenai kenyataan dari NFCorp yang mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC... yang merupakan agensi kerajaan dan bukan nya NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Mungkin Suruhanjaya Siasatan Diraja (SCI) adalah jalan penyelesaian terbaik dalam kemelut NFC... semakin hari ianya makin bercelaru dengan kenyataan-kenyataan dari pemimpin umno dan pengampu perkasam, perkara ini seolah-olah tak mahu di selesaikan dengan seggera... sedangkan ia adalah kepentingan dalam soal hasil permakanan Negara.

Kenapa harus takut atau tak mahu ditubuhkan SCI... kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan soal parti politik... walaupun tak secara langsung PR memang mendapat kredit keatas nya kalau NFC terbukti ada penyelewengan dan salah urus... tapi kalau seperti yang didakwa bahawa NFC berjaya dan tiada penyelewengan kenapa harus takut ?.


hemmmmm..... nampak dari cakap noh omar beliau secara tak langsung telah mengakui memang ada kelemahan dalam nfc dan nfcorp telah terlibat sama dalam kelemahan tersebut... walau pun belum mengatakan ada nya penyelewengan.... kah kah kah !!! umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

Sabtu, 28 Januari 2012

DATUK T PRODUCTIONS AKAN KELUARKAN FILEM LUCAH YANG LEBIH DASHYAT DARI YANG PERTAMA !

Selepas filem lucah pertama edisi kantoi yang mendapat kritikan kerana walaupun dengan belanja yang agak besar, namun mutu filem dan hasil nya mengalahkan filem perang dunia kedua... menurut pengkritik sepatutnya dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi filem seperti HD, 3D, 4D ia tak patut berlaku.

Dengan nama besar sebagai Produser dan Promosi yang hebat namum kualiti filem nya amat mengecewakan... sehinggakan wajah pelakon nya pun umpama melihat orang dari jauh... sama ada si Rahim atau si Eskay yang menjadi Pelakun nya.

Untuk itu menurut salah seorang Produser nya Datuk Shuib Lazim berkata " filem yang pengambaran nya dibuat di Thailand adalah lebih dashyat dari filem yang pertama", mungkin kerana menyedari banyak kelemahan pada filem yang pertama... maka Datuk T Productions telah berusha menghasilkan filem yang lebih bagus kualiti nya.

Menurut laporan muka depan akhbar Utusan Meloyakan milik Umno/Apco semalam yang memetik salah seorang anggota Datuk T Productions mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).... ini adalah percubaan terbaru bagi mengaitkan DSAI dengan krisis peribadi beliau.

Memang kita tahu untuk mengaitkan  DSAI dengan perilaku rasuah sudah tidak ditemui... kalau ada sudah pasti beliau akan dikaitkan dengan rasuah walaupun sebesar mana nilai nya... ini bukan lagi cerita rekaan apabila seorang bekas setiausha politik exco Negeri Selangor telah menemui ajal (bunuh diri) hanya membabitkan nilaian RM3000 sahaja... akibat siasatan agresif dan berlarutan dari laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SCI).


hemmmmm..... bagi puak-puak umno /apco memang tak jadi masalah untuk mempercayai nya... walau macam mana kualiti filem yang  di tayangkan.... tak dapat dipastikan sama ada kebencian melampau tek terhingga atau mereka tidak mahu menggunakan akal yang diangerahkan oleh Allah SWT.... umno-perkasam satu nama yang betul-betul meloyakan .... heeeeee.....

KENAPA TAKUT PADA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA... KALAU BETUL PROJEK TERSEBUT BERJAYA DAN TIADA PENYELEWENGAN ?

Pakatan telah meminta supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), namun menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang juga salah seorang Menteri yang dipertanggungjawapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN) menyelesaikan kemelut NFC mengatakan bahawa siasatan kerajaan terhadap NFC adalah mencukupi.

Menurut beliau "Mungkin pembangkang mahu melihat program ini gagal... supaya ia boleh mendakwa... ia betul", beliau telah diminta mengulas tuntutan pembangkang supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat syarikat kontroversi tersebut yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggota menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Apabila DSHN mengarahkan beliau dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyelesaikan kemelut tersebut, ia dibuat macam nak tak nak... dan tak tahu bila siasatan bermula... dan apabila dikatakan oleh Perdana Menteri DSHN bahawa aset NFC telah dibekukan tapi menurut sumber NFC perniagaan berjalan seperti biasa.

Jadi apa benda yang disiasat dan apa benda yang dibekukan... kesudahan nya datang pulak lawyer buruk dari Perkasam yang menjadi jurucakap kepada NFC... dan mengatakan Laporan Ketua Audit Negara Lemah... sudah lah Laporan disiapkan dengan teliti sehinggakan tak sempat disiapkan untuk Pembentangan Belanjauwan 2012... tiba-tiba datang Perkasam kata lemah... kah kah kah !!!.

Kalau dah Laporan Ketua Audit dikatakan lemah... memang elok lah ditubuhkan RCI bagi menyiasat kekeliruan yang ada... tak timbul soal Pembangkang nak menggagalkan projek tersebut kalau ianya memang berjaya seperti yang didakwa oleh Perkasam dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.... yang mana Menteri tersebut mngatakan sudah 5000 ekor lebih disembelih dalam masa tiga tahun.... manakala Perkasam pula berkata jualan harian mencecah RM150 ribu sehari dan dalam bentuk tunai RM10 ribu ke RM15 ribu... kah kah kah... kalau nak menipu agak-agak lah....


hemmmmm..... mungkin kerana takut lebih banyak akan terbongkar... ini yang menyebabkan suruhanjaya siasatan diraja ditolak oleh timbalan perdana menteri... shahrizat mungkin orang yang melobi untuk keluarga nya dan beliau bukan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan projek tersebut... kalau begitu tentu ada orang yang dilobi yang mempunyai kuasa meluluskan apa yang dilobi..kah kah kah !!!. umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee.....

PRESIDEN MCA KATA MEREKA YANG KELUAR PKR SEBAGAI PEMBELOT... ORANG UMNO TAK PERLU RISAU KALAU UMNO KALAH PAS YANG AKAN MENANG !!!

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata "sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa... PAS akan menjadi parti dominan... PAS yang akan memberi arahan... PAS yag akan memerintah jika pembangkang berkuasa... jika mereka berkuasa PAS yang akan memerintah".

"Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar... mengundi DAP bermakna akan memberikan kuasa kepada  Pas... menguatkan DAP bermakna membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat... hari kemenangan PAS akan berlaku".

Sambil ketawa bila dikatakan kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat... Katanya "PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi... disiplin parti dan yang lebih penting... kesetiaan ahli...  parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu".

"PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia banyak menghadapi masalah dalaman iaitu pembelot dari pemimpin penting mereka... PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya... satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah".

"Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, namun PKR berdepan dengan satu persatu pembelot dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008".

Untuk itu orang-orang Umno jangan lah risau kalau Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah... kerana Presiden MCA itu telah menyatakan bahawa Pas yang akan mengetuai Kerajaan PR... inilah politik perkauman yang dimainkan dalam kerabat BN yang diketuai oleh Umno kepada rakyat... apabila Umno bercakap kepada Orang Melayu... mereka akan berkata DAP akan memperkudakan PAS.

Amat jelas bagi Umno/Bn yang akan mempermain sentimen perkauman dalam meraih undi... mereka tidak memperdulikan sama ada Asas Negara Bangsa akan boleh ternoda kerana isu perkauman... Umno/bn akan terus dengan isu perkauman demi untuk mempertahan kuasa bagi menjaga segala kemungkaran dari terbongkar.


hemmmmm..... nanti kita akan lihat apa riaksi pembelot-pembelot yang dikatakan oleh presiden mca ini... mungkin selama ini panggilan pembelot hanya dari pemimpin pr dan penyokong pr sahaja... kerana panggilan tersebut belum pernah datang dari pemimpin umno/bn... sebab itu pembelot-pembelot ini dianugerahkan senator dan gelaran datuk.... umno-perkasam betu-betul  meloyakan  heeeee......

Jumaat, 27 Januari 2012

TANYA YB IBRAHIM ALI... BERAPA HARGA SE-EKOR LEMBU NFC... YANG JUALAN NYA SATU HARI RM150 RIBU... NAK TIPU PUN AGAK-AGAK LAH !!!

Kalau mengikut kata Datuk Yb Ibrahim Ali kutipan jualan harian NFCorp adalah RM150 ribu... macam mana kiraan tu boleh didapati... satu hari berapa ekor lembu disembelih... dan mengikut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "projek yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih"

Cuba bayangkan hanya 5,742 dalam masa tiga tahun (1095 hari)... kalau dibahagikan 5,742 ekor dengan 1095 hari bersamaan 5.3 ekor satu hari lembu disembelih... berapa agaknya harga satu ekor lembu NFCorp yang sampai jualan harian mencapai sehingga RM150 ribu dan menurut nya dalam bentuk tunai sahaja RM10 ribu hingga RM20 ribu .... dan yang tunai ini yang diselewengkan oleh pegawai NFCorp yang dipecat.... seterus nya menjual maklumat NFCorp kepada Pembangkang.

Nampak nya Datuk Yb Ibrahim Ali cuba nak memperbodohkan rakyat dengan cuba menjadi Lawyer Buruk kepada NFCorp... sekali dengar cakap beliau ni macam betul aje... tetapi kalau diselidik ianya jelas pembohongan untuk menipu rakyat... dan ianya macam satu suntikan semangat kepada Menteri Umno yang sebelum ini dah macam ayam berak kapur...

Maka bersuara lah pulak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dengan kata nya "Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini".
  
Datuk Seri Noh Omar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, "Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian".

Sebenar nya ini hanyalah permainan bagi menutup segala kesalahan... Sedang Perdana Menteri mengatakan segala aset NFC telah dibekukan sehingga siasatan selesai... dan ianya di serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi menyelesaikan kemelut NFC... tapi perniagaan masih berjalan... untuk itu digunakan Perkasam sebagai Lawyer Buruk dan juru cakap kepada NFC... kah kah kah !


hemmmmm..... yang belum kita dengar bersuara ialah timbalan perdana menteri tan sri muhyiddin yassin.... mungkin beliau cerdik sikit dan menyedari kenyatan datuk yb ibrahim ali tu boleh menjerat beliau... kerana kenyatan itu lebih kepada lawyer buruk.... kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....

Khamis, 26 Januari 2012

PERMAINAN "AKU JIMAT" CUKUP MENGHAIRANKAN SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN TETAPI DITARIK DARI PASARAN ? ATAU MUNGKIN AKAN ADA AKU BOROS !

Permainan Aku Jimat yang dipercayai di ilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN) nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple, sebelum itu Permainan Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa sumber berita melaporkan mengenainya.

Permainan tersebut telah diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna... ianya telah dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga USD0.99 setiap muat turun, namun tidak diketahui punca sebenar kenapa aplikasi permainan itu dibuang... kerana kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Menurut sumber Malaysiakini yang telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple, namum sehingga kini masih belum mendapat jawapan dari syarikat tersebut... sebelum ini syarikat pemajunya berkata "permainan itu adalah untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung sejak kecil dan lebih awal untuk berjimat cermat... dan seseorang jika berjimat...  maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

Satu perniagaan yang menguntungkan telah ditarik dari pasaran.... hairan hairan.... atau pun menarik nya dari pasaran lagi menguntungkan dalam masa yang cepat... tak mungkin kalau sesuatu yang menguntungkan akan ditarik  dari pasaran tanpa sebab... dan sebab inilah yang menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia kerana wataknya dikatakan menyerupai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia DSHN.

Timbul nya watak tersebut ialah kerana mungkin dari ilham untuk meniru watak Datin Seri Rosmah Mansur yang menurut nya telah menabung sejak dari kecil bagi membeli Cincin berharga USD24 juta, ini mungkin contoh bagi mendidik masyarakat supaya minat kepada budaya menabung sejak dari awal... dan akan mendapat menafaat dengan boleh membeli apa yang di inginkan.


hemmmmm..... sekarang ni dalam dunia... dah banyak sangat benda-benda pelik terjadi... macam inilah buat perniagaan untuk dapat laba... tapi ditarik dari pasaran... bila jabatan audit negara bagi lima bintang tak kata jabatan audit salah walaupun itu yang dikatakan tiada kena mengena dengan kerajaan.... umno-perkasa betul-betul meloyakan heeeee......

Rabu, 25 Januari 2012

SATU JAWAPAN BAGI MENYELAMATKAN KETUA NYA DARI TERSUNGKUR MASA BERDEBAT, KATANYA DEBAT BUDAYA BARAT !!!

Selepas Merdeka Center Melalui Pengarah Eksuketif Ibrahim Suffian berkata kajian menunjukan bahawa Profesional Melayu mahukan Debat diadakan diantara Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib (DSHN) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), ini untuk kedua pemimpin membincangkan isu-isu besar berkenaan rakyat dan bukan nya berlegar didalam lingkungan isu-isu peribadi supaya rakyat dapat menilai.

Namum apa yang mengecewakan ialah jawapan dari Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, kata nya "debat tak sesuai di adakan di negara ini kerana debat adalah budaya barat yang masyarakat nya lebih terbuka dan memadai lah dengan ceramah berasingan dimana rakyat boleh menilai apa yang dikatakan oleh pemimpin".

"Di sini masyarakat nya berbilang kaum dan juga DSAI masih menghadapi masalah peribadi... jadi ditakuti masalah peribadi dikaitkan semasa debat... kita masih ada Parlimen dimana pemimpin boleh menyoal diantara satu sama lain sama ada bertulis atau secara lisan... itu juga sudah bagaikan debat kecil", jelas beliau.

Satu jawapan bagi menyelamatkan Pemimpin dari tersungkur didalam debat... ini lah pemimpin yang terhasil dari Tranformasi DSHN... adakah ini yang dinamakan oleh DSHN sebagai Demokrasi Terbaik seperti yang dilaung-laungkan beliau.... atau ia hanya umpama ungkapan bagi menipu rakyat.

Rasa nak tergelak pun ada bila dengar jawapan nya yang mengatakan debat adalah budaya barat... inilah jawapan pemimpin Umno yang mengamalkan hidup cara timur... kah kah kah !!!... suruh pemimpin Umno ni ambil cermin tengok muka dan kalau boleh bawa lambang Umno yang keris telanjang tu sekali.

Tapi yang pasti ungkapan-ungkapan seperti Tranfomasi Dalam Kerajaan, KPI, Demokrasi Terbaik, Watasiyah hanya lah ucapan Bau-Bau Syurga yang tiada bertitik dan tiada hala tuju... selain bertujuan untuk menipu rakyat bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 nanti.


hemmmmm..... bila merdeka center satu ketika dulu semasa awal-awal dshn jadi perdana menteri menyatakan sokongan rakyat bertambah.... pemimpin ini lah juga yang kata tranformasi dshn diterima oleh rakyat... dasar muka pemimpin umno tak tahu malu.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee....

KAJIAN MERDEKA CENTER...KUMPULAN PROFESIONAL MELAYU MAHU KAN DS HJ NAJIB DAN DS ANWAR BERDEBAT !

Menurut kajian Merdeka Center melalui Pengarah Eksekutifnya Saudara Ibrahim Suffian berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib (DSHN) dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) wajar mengadakan satu debat terbuka, berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara demikian menurut firma kajian pendapat awam Merdeka Center".

Katanya lagi "Maklumat ini kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua DSAI dan DSHN mengadakan debat membincangkan isu-isu yang besar... isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat".

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat... mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat seperti di negara-negara lain... daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain".

Tambah nya lagi "DSHN menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat.. manakala DSAI adalah bekas timbalan perdana menteri dan mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama".

"Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru... Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu dan pada pertengahan bulan ini, DSAI yang juga Ketua Umum PR telah mengulangi cabarannya kepada DSHN, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinan nya".

"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu... Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.

Sebelum ini pun DSAI Ibrahim sudah dua kali mencabar DSHN untuk berdebat dengan kata nya "Saya memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR, jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia... jadi kita nak tahu huraiannya,"

Ada beranikah DSHN untuk berdebat... dulu pernah kata kat DSAI...."kalau beliau berdebat dengan saya nanti DSAI boleh demam" kah kah kah !!!... itu cuma cakap untuk mengelak dari berdebat... rakyat mahukan pembaharuan dari semua sudut... bukan cakap saja tranformasi tapi tiada ynag betul untuk dilaksanakan... kalau betul Malaysia adalah Demokrasi Terbaik dan bukan sekadar Demokrasi... ayuh sahut cabara DSAI untuk berdebat... jangan hanya berani berkata-kata didepan penyokong yang tak mahu berfikir serta media arus perdana yang selalu menipu... 


hemmmmm..... apa lah masalah DSHN tak nak berdebat agak nya... nak kata tak pandai bercakap... nampak pandai bila di depan penyokong dan media arus perdana... yang pelik nya darikan presiden hinggakan ketua pemuda semua nya takut untuk berdebat.... keh keh keh !!! ... umno -perkasam betul-betul meloyakan heeeee......

Selasa, 24 Januari 2012

"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA" HANYA REKAAN, APABILA TAN SRI PROF' KHOO MENGATAKAN HANG TUAH TAK PERNAH UJUD ?

Sejarahwan Negara Tan Sri Prof' Khoo Kay Kim baru-baru ini mengatakan bahawa Hang tuah tak pernah ujud dan tiada rekod tentang kewujudan Hang Tuah... begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Menurut nya "Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah... Hang Jebat yang mereka fikir amat penting.... jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya... padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik".

"Memang amat menyedihkan ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil... tetapi kita amat bagus berkonfrantasi... tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor... siapa yang pertama menjadi penjawat awam... mereka tidak tahu...90 orang daripada 100 orang yang ditanya mereka tidak dapat jawap".

"Bukan saya kata kita tidak boleh terima lagenda dan mitos... jika masyarakat telah menerima satu mitos selama beberapa abad maka mitos itu telah jadi tradisi... kalau sudah jadi tradisi... biasanya kita tidak akan mempersoalkannya lagi.... tapi kita ada hak dan boleh persoalkannya".

Menurut nya lagi "Sedangkan yang lebih penting lagi ialah pemimpin Mendailing yang mula-mula mengasaskan Kuala Lumpur... dan mempunyai bukti ada peta bertarikh 1872 yang menunjukkan asal usul Kuala Lumpur daripada Sungai Lumpur.

"Tapi nama pemimpin Mendaling... adalah antara kandungan sejarah yang hilang.... begitu juga dengan identiti Raja Chulan... yang didakwanya tidak ada orang Kuala Lumpur yang akan tahu walaupun tokoh itu penting dalam sejarah tempatan... dan yang paling menyedihkan jika warga asing mahu tahu tentang sejarah Malaysia... kebanyakan rakyat Malaysia akan hanya mampu ketawa dan berkata saya pun tidak tahu".

Menyentuh soal lagenda-lagenda yang dikatakan tak pernah ujud adakah patut digugurkan dari Sukatan Mata Pelajaran... "Bukan gugur yang penting... tapi apa yang tidak ada..... dan apa yang ada tiada... macam sekarang kalau saya tanya bilakah kereta motor datang ke negara ini... tidak tahu dan Dalam Buku Sejarah di sekolah tidak disebutkan... dan bilakah kuasa elektrik datang ke negara ini... juga tiada dalam buku sejarah... juga bilakah kapal api pertama datang ke negara ini... Semua nya pun tiada", katanya dengan kecewa.

Sementara itu  Pror' Aziz bari bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata "Di mana Perkasa.... Mana Ezam?... Kenapa tak buat repot polis soal ini.... hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah...  yang kemudianya diikuti oleh Zainal Kling.... Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud".

Tambah beliau lagi" Saya memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.... tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno/Bn harus terima juga komen saya ke atas DYM Sultan Selangor... Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya.... seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling".

Beliau yang pernah dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas itu Senator Mohd Ezam Noor telah membuat laporan polis terhadapnya... atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan... termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.

Harus diingat bahawa Tan Seri Prof' Khoo Kay Kim juga pernah berkata bahawa Malaysia tak pernah dijajah dan diikuti oleh Prof' Zainal Kling dan banyak lagi Prof' pencaci Umno serta sebahagian Pemimpin Umno... bagi menempelak Timbalan Presiden PAS Saudara Hj Mohd Sabu berkenaan Pejuang Kemerdekaan bernama Mat Indera yang dikatakan oleh mereka sebagai komunis.

Kalau dilihat sekarang ini segala sejarah Negara hanya di masukan dalam Sukatan Mata Pelajaran apabila ada memberi untung kepada Umno... dan walaupun ada perkara yang mustahak sepatut nya dimasukan didalam Sukatan Mata Pelajaran tapi kalau tiada keuntungan untuk Umno.... ianya tak kan dimasukan walaupun itu sejarah yang betul.


hemmmmm..... walaupun ini pahit didengar dan apa tah lagi untuk menerima nya.... kelahiran umno adalah bagi menipu orang-orang melayu yang dihasilkan oleh inggeris pejajah.... sebab itu nama umno pun adalah dari bahasa inggeris penjajah.... yang mana nama-nama kesatuan dan persatuan seperti kesatuan melayu muda , angkatan pemuda Insaf dan banyak lagi... semua dari bahasa melayu tetapi semua nya diharamkan oleh inggeris penjajah dan hanya umno yang dari bahasa inggeris penjajah dibenarkan kerana yang melahirkan umno ialah inggeris penjajah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

SEJAK BILA PULAK ADA DUA ENTITI... NFC DAN NFCorp NIH... DATUK YB IBRAHIM NI MEMANG BIJAK PUSING !!!

"Berlaku kekeliruan terhadap dua entiti berkenaan, NFC merupakan syarikat kepunyaan kerajaan, dan NFCorp merupakan entiti perniagaan keluarga kami, Itu merupakan tindakan yang tidak menguntungkan syarikat kepada kami, dan isteri saya kerana Ketua Audit melaporkan berkenaan jabatan kerajaan, bukan berkenaan syarikat" menurut kata Datuk Muhammad Salleh Ismail.

Beliau yang Pengerusi National Feedlot Copration menjelaskan "pihaknya hanya menyedari timbulnya kekeliruan  itu apabila penyiasatan dilakukan terhadap NFC dan NFCorp, adalah tidak adil media memburukkan NFCorp dan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.... yang turut di libatkan ke dalam kontroversi tersebut".

Tambah nya lagi "Kami berusaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi sepertimana yang dilakukan kerajaan dan ianya memang tidak adil untuk menyerang isteri saya kerana beliau tidak terlibat langsung berkenaan projek tersebut".

Semalam Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasam (Perkasam) Datuk Yb Ibrahim Ali mendesak Ketua Audit Negara  mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru, beliau berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan 11 anggota NGO lain.

Wah ! ini Yb Ibrahim Ali memang pandai jadi lawyer NFC... lebih pandai dari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian Indutri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang ditugas menyelesaikan kemelut NFC tapi terpaksa memanggil Audit luar untuk mencari Penyelesaian.

Dalam masa beberapa jam saja Datuk Yb Ibrahim Ali dah boleh selesaikan masalah NFC.... hebat..hebat, betul-betul pandai pusing la Datuk Yb ni... kah kah kah !!!, sejak dari mula kes ini terbongkar... yang kita dengar hanya ada NFC.... Datang aje Datuk Yb Ibrahim Ali sudah tambah lagi satu entiti iaitu NFCorp... kah kah kah !!!.

Lepas tu siap boleh suruh Ketua Audit Negara bagi penjelasan untuk membetul apa yang dah salah dilakukan oleh Jabatan Audit Negara.... kita tunggu apa kata Ketua Audit Negara tentang kesilapan audit yang dikatakan oleh Datuk Yb Ibrahim Ali tu.


hemmmmm..... kalau betul berlaku kesilapan audit seperti itu ...suruh aje seluruh  Jabatan Audit letak jawatan kerana dah membuat satu negara jadi tak keruan.... dah lah Laporan Audit sepatutnya diberi masa Pembentangan Belanjauwan Negara 2012 lambat... lepas tu salah pulak.... apa-apa pun susah nak percayakan pemimpin umno dan perkasam ni...... umno perkasam... betul-betul meloyakan  heeeeee.....

Isnin, 23 Januari 2012

HARGA ASAL RM6 bilion JADI RM9 bilion, KEMENTAH JANGAN GUNA PERKATAAN KAPAL PENGGEMPUR PANTAI (LCS) KALAU IA HANYA KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA (SGPVs)...KATA MP PR !

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Datuk Yb Saifuddin Nasution, Yb Zulkifli Muhammad dan Yb Tony Pua  telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Pertahanan serta menggesa agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS) bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9 billion.

"Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah, Kapal 'SGPVs' bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan... dan sangat berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara... namun begitu tidak bermakna ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang diwar-warkan menteri dan kerajaan".

Menurut kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua "Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai antara  RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit.... dan mendakwa memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit".

Beliau berkata "Semasa perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian berkenaan tidak memiliki LCS... yang merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut Amerika sahaja dan Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan".

Tambah nya lagi "Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga kapal penggempur US, kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu".

"MenurutWikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan".

"Sementara itu  menjelaskan, Defense Industry Daily turut mengesahkan LCS mempunyai 115 – 127 meter panjang serta 2,800 – 3,100 tan muatan dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar kedalaman air, namun begitu Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog tersebut bahawa SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya 40 knots seperti kelajuan LCS".

"Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan mempunyai kapasiti  2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil sahaja.

"Pengumuman oleh kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan kita akan memiliki ‘Gowind Class Corvettes’ yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang terlibat skandal DCNS, Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS".

Kadang-kadang terfikir juga dalam fikiran ni pemimpin Umno bodoh ke bangang atau nak menipu... kalau dah umum kan dalam budget dalam tahun tersebut harga kapal RM6 bilion kenapa boleh pulak kata ada tambahan RM3 bilion dan dimasukan dalam tahun berikut nya.

Dah tu umumkan kemampuan kapal lain dari kemampuan yang sebenarnya... diumumkan konon nya kapal tersebut Kapal Penggempur Pantai (LCS) yang cuma ada dua unit yang di gunakan oleh tentera Amerika... sedangkan ianya adalah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang kemampuan nya kurang dari LCS.

Kita tunggu apa hasil kajian yang akan diperolehi oleh Ahli Parlimen PR dari kaji selidik yang akan dibuat berkenaan harga sebenar yang meningkat 50 peratus dari harga asal yang diumumkan pada pembentangan budget dan tidak disebut akan ada penambahan kos juga akan dimasukan kedalam budget tahun hadapan nya.


hemmmmm..... sekarang ni.... apa yang umno cakap memang dah tak boleh percaya.... kena selidik betul-betul baru boleh diguna pakai... sebab memfitnah pun mereka sanggup ini kan pulak  menipu.... penyewengan dan penipuan umpama makanan harian bagi puak umno.... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeee......

DATUK IBRAHIM ALI BUAT LAWAK SEMPENA TAHUN BARU CINA... LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA LEMAH, KAH KAH KAH !!!.

Pertubuhan Pribumi Perkasam (Perkasam) melalui Presiden nya Datuk Yb Ibrehim Ali hari menyuruh  National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Menurut beliau "laporan itu hanya sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta dan juga tidak pada NFCorp, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala National Feedlot Corporation atau NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit".

"Beliau telah menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Auditor General Internal Report dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara, Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara iaitu Tan Sri Ambrin Buang memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka" katanya pada sidang media hari ini.

"Pembangkang menggunakan pelbagai media baru untuk mengelirukan semua orang sehingga tidak dapat membezakan mana satu syarikat milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan agensi kerajaan".

"NFC yang dimiliki kerajaan yang memperuntukkan RM75 juta untuk projek fidlot dan NFCorp yang dimiliki Mohamad Salleh hanya melabur RM13 juta dalam kemudahan infrastruktur, tidak timbul masalah pelaburan yang dilakukan NFCorp yang membeli kondominium mewah di Bangsar bernilai RM10 juta kerana perjanjian antara kedua-dua pihak tidak menyatakan syarat untuk membenar atau tidak berbuat demikian".

"Sebagai syarikat swasitu hak NFCorp kerana menggunakan wang poket sendiri dan tidak melibatkan wang kerajaan, Begitu juga dengan pusat penyembelihan dan ladang satelit telah dilakukan oleh pihak kerajaan (NFC) sebagaimana dalam perjanjian ditandatangani dan NFCorp (milik Mohamad Salleh) tidak mempunyai kuasa berbuat demikian".

Menyentuh  mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan kad kredit syarikat untuk tujuan pengembaraan dan hiburan... "Datuk Ibrahim Ali berkata " wang itu adalah milik NFCorp dan keluarga.... mereka berhak untuk berbelanja... kerana wang itu bukan diambil dari projek feedlot..... Lagipun anak-anaknya sendiri yang menguruskan syarikat di luar negeri menggunakan kemudahan ini dan tidak timbul mereka salah guna wang untuk urusan perniagaan".

Menurutnya nya lagi "Datuk Mohamad Salleh juga memberi penjelasan mengenai dakwaan memiliki kereta berjenama Ferari yang dibeli dengan wang kerajaan sebagai satu pembohongan.... mereka hanya ada sebuah kereta Mercedes Benz, itu pun didaftar atas nama syarikat, bukan individu dan kegunaan untuk tujuan perniagaan".

Ingatkan Timbalan Perdana yang akan bagi penjelasan atau pun Menteri Pertanian.... tiba-tiba aje Yb Ibrahim yang buat penjelasan ... umpama Peguam Bela kepada NFC.... Tapi hasil nya mula lah merapu tak tentu pasal... sejak dari mula Laporan Ketua Audit Negara hanya National Feedlot Copration atau singkatan nya NFC.... tiba-tiba hari ini ada lah pulak satu lagi NFCorp.... betul-betul merapu campur lawak lah perkasam ni... kah kah kah !!!.

Sebetul nya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dah tak tahu nak jawap apa.... nak tolak tak boleh... kerana yang bagi arahan adalah Datuk Seri Hj Najib.... jadi terpaksa lah biar kan Yb Ibrahim Ali yang jadi lawyer buruk bagi pihak NFC.

Ada ke Yb Ibrahim Ali kata Laporan Ketua Audit Negara silap dan ada kekeliruan....kah kah kah !!!... dia tak tahu ke... punya lah lama nak siapkan laporan tu.... sepatutnya laporan tu diberi pada masa Pembentangan Belanjauwan 2012.... tapi oleh kerana ketelitian Ketua Audit Negara.... laporan tersebut diberikan kemudian dan tidak seperti biasa iaitu pada hari Pembentangan Belanjauwan 2012.

Masa Jabatan Audit Negara beri lima bintang tak ada pulak kata silap.... sebenarnya masa dibagi lima bintang tu lah yang silap.... berniaga belum tiba-tiba nak bagi lima bintang.... kah kah kah !!!, otak Yb Ibrahim Ali ni kan sebiji macam otak pemimpin Umno zaman pra-sejarah.... yang masa tu letak calon katak atau taik lembu pun Umno/Bn boleh menang....kah kah kah !!!.


hemmmmm..... patutlah dalam seminggu ni beliau senyap aje... rupa nya dia ambil alih tugas muhyiddin yassin dan tugas noh omar untuk selesaikan kemelut nfc.... hasil nya betul-lawak lawak gila sempena tahun baru cina ni.... kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeeee.....

Ahad, 22 Januari 2012

SELEPAS HJ NAJIB LANCAR KURSI WASATIYAH, AKHBAR AUSTRALIA BUAT FITNAH LAGI... TUNGGU PERMOHONAN MAAF ? KAH KAH KAH !

Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib Tun Razak selepas melancarkan Kursi Wasatiyah dan Yayasan pergerakan Kesederhanaan Global iatu bermaksud kesederhanaan dalam kehidupan, sekali lagi Hajah Rosmah Mansur menarik perhatian sebagai "first lady of shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 bersamaan RM325,000 di sebuah butik di Sydney.

Pada Oktober lalu semasa masyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM), anak perempuan Najib beliau yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat tersebut berlangsung, Namun Akhbar itu kemudiannya membuat permohonan maaf kepada beliau atas laporan tersebut... selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.

Dalam laporan tersebut kolumnis itu melaporkan bahawa pelanggan terbesar Carl Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu percutian peribadi di sana sekitar dua minggu lalu, menurut kolum tersebut... Hj Najib dan Hajah Rosmah semasa cuti tersebut telah menginap di penthouse berharga A$20,000 bersamaan RM65,100 untuk satu malam.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya..... kah kah kah !!! kita tunggu permohonan maaf yang akan menyusul tak lama lagi dari Akhbar tersebut seperti yang sudah-sudah.

Permohonan maaf dari Akhbar luar sudah beberapa kali terjadi sebelum itu... dulu surat khabar Indonesia pun pernah memohon maaf kepada beliau... sama ada ini dirancang atau sebalik nya, tidak dapat dipastikan... cuma tetap ada keraguan apabila berita dikeluarkan dan disusuli permohonan maaf.

Mungkin kalau ianya dirancang... ini adalah untuk menidakan berita-berita yang lepas berkaitan Hajah Rosmah yang di khabarkan telah berbelanja mewah dengan pembelian perhiasan berharga jutaan ringgit, dan di akui beliau dengan mengatakan ianya dari simpanan tabungan dari kecil.


hemmmmm..... apa nak dikata... cakap simpanan tabungan dari untuk beli cincin dah dikeluarkan oleh utusan meloya dulu... tapi pengikut umno masih lagi percaya ianya tabungan dari kecil.... pelik-pelik... apa yang disayangkan sangat dengan umno perosak bangsa pun entah lah... nak kata jaga melayu tapi kerusi parlimen orang melayu dari 90% lebih pada pilihan raya yang pertama sekarang cuma ada 60% sahaja kerusi parlimen orang melayu..... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee.....

Sabtu, 21 Januari 2012

KATA NOH OMAR, DI SELANGOR ADA 300,000 KELUARGA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN, SEBELUM PR MEMERINTAH KELUARGA TERSEBUT KAYA RAYA ???

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, berkata Ceramah dan Program Umno semakin mendapat sambutan lebih-lebih lagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Menurut beliau "Umno Selangor sedang mendedahkan kelemahan Bajet Selangor 2012 berbanding belanjawan mesra rakyat kerajaan persekutuan".

Menurut nya lagi "nampaknya rakyat semakin menyambut baik program Kerajaan Persekutuan" semasa menyampaikan baucer tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 400orang penerima, beliau juga mengkritik rogram "Jom Shopping" yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor, sebagai tidak mememanafaatkan semua golongan sasar iaitu warga Emas.

"Hanya 20,000 daripada 160,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas menerima baucer membeli-belah bernilai RM100 di bawah program itu", tetapi untuk program ini kira-kira 100,000 daripada 300,000 permohonan BR1M diterima setakat ini di Negeri Selangor.... termasuk 20,000 di Tanjong Karang", kata beliau lagi.

Tetapi kenapa apabila program lain ianya begitu menghampakan... kerana rakyat Negeri Selangor ramai yang dibawah paras kemiskinan, dan mereka memerlukan bantuan sebegini, ia sepatut nya sudah dari dulu dirasai oleh rakyat.

Macam tak percaya boleh ada 300,000 keluarga dibawah paras kemiskinan di Negeri Selangor, satu Negeri yang dikatakan kaya dan menjadi tumpuan rakyat seluruh Malaysia.... apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) buat selama hampir empat tahun memerintah ?.

Kalau 3OO,OOO keluarga dikalikan dengan purata 5orang 1keluarga bersamaan dengan 1.5juta orang, itu keluarga yang berpendapatan RM3000.00 dan mungkin ada yang berpendapatan RM3100 atau pun kurang dari RM2000  .... apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar ialah jelas menunjukan kegagalan Umno/Bn yang selama ini telah memerintah Negeri Selangor hampir 50tahun.

Dan yang ramai rakyat tak berminat lagi dengan Umno/Bn yang dirasakan tidak membantu rakyat dengan keikhlasan, tetapi membantu hanya untuk mengizinkan mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 bagi menipu rakyat selepas memenangi PRU.

Ini tidak dapat dinafikan dengan akal yang waras... selepas boleh dikatakan kekalahan teruk Umno/Bn dalam PRU ke12...yang sepatutnya boleh memberi kesedaran dan dengan Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib....itu pun masih tak mampu memhakis perangai dan sikap sukakan penyelewengan.


hemmmmm.... nampak nya ahli parlimen tanjung karang ni semakin hari semakin meroyan ... apa kan tidak beliau sudah dapat merasakan yang ini mungkin satu-satu nya program yang terakhir yang mendapat sambutan dari rakyat tanjung karang sebelum fajar pru13 menjelma yang beliau dijangkan akan kalah.... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeeee.......

Jumaat, 20 Januari 2012

KETUA PENERANGAN UMNO KATA "FB HANYA SATU BATU KECIL DITENGAH LEBUH RAYA" SATU PENGHINAAN KEPADA HJ NAJIB DAN PENCACAI UMNO, HUH HUH HUH !!!

Sedangkan Datuk Seri Hj Najib pernah megatakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah PRU berkaitan Perang Siber, dan ia naya ditrerjemahkan dengan beliau mempunyai twitter dan face book (FB)... walau pun kadang-kadang dia yang tulis tapi kemudian kata orang fitnah.

Dan yang terbaru beliau telah melancarkan FB beliau dalam versi bahasa mandarin bertajuk "Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib"  dan mungkin tak lama lagi akan ada FB beliau dalam bahasa tamil yang bertajuk "Ajib Aney" kemudian di ikuti dalam bahasa Inggeris "Ajib Brother".

Kemungkinan tersebut agak besar memandangkan Umno/Bn sudah dipandang sepi oleh orang muda kedua-dua kaum ini, untuk bagi meraih sokongan orang muda dari kaum-kaum tersebut maka Hj najib nampak bijak dari Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mengatakan bahawa "cabaran di FB umpama cuma batu kecil di atas lebuh raya yang berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal menyambut semboyan perang", maksud nya beliau tak percaya bahawa perang siber adalah sebahagian perang dalam PRU 13.

Sebelum ini beliau pernah dikatakan menghina blogger dan pencacai Umno dengan mengatak sebagai sampah.... tapi itu dinafikan oleh beliau dan menurut nya... " Saya tak pernah membuat kenyataan bahawa blogger yang menyokong Umno/Bn sebagai sampah".

“Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan Bn, Saya tidak sebodoh itu dan saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya".

Memang tak kata sampah... tapi kalau dah menganggap "umpama cuma batu kecil di atas lebuh raya yang berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal menyambut semboyan perang"... apakah itu tidak menghina kepada blogger dan pencacai Umno yang dibayar... kah kah kah !!!.

Inilah cara pemikiran hampir kesemua pemimpin-pemimpin Umno walau pun tak semua... bloger dan pencacai hanya dihargai apabila untuk membuat fitnah... dan bila dirasakan fitnah tak membawa untung maka.... blogger dan pencacai akan di tinggal terkapai-kapai.


hemmmmm..... situasi terkapai-kapai ini akan lebih menyerlah apabila selesai nya pru 13 dan diisytiharkan Umno/Bn kecundang baik dinegeri-negeri mahu kerajaan pusat... maka pada masa itu... pemimpin umno entah kemana... puak-puak umno terpilih entah kemana.... dan tinggal lah blogger dan pencacai umno terkapai-kapai mencari nafas perlindungan.... kah kah kah !!!. umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeee.......

Khamis, 19 Januari 2012

SATU HELAH DARI MENTERI UMNO NI... " ISYTIHAR HARTA KEPADA RAKYAT BAHAYA ", KALAU TAKUT BAHAYA JANGAN JADI MENTERI... KAH KAH KAH !!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata "Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan, ini khususnya... jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka" pada sidang medianya di Putrajaya.

Menurut nya lagi... "mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka".

Apabila ditanya mengenai "bahaya" yang dimaksudkannya.... beliau berkata "pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka", tanpa menghuraikan lebih lanjut lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ha ha ha ..... kan dah pecah tembelang..... senang aje... kalau takut bahaya jangan jadi Menteri.... kalau tak jadi nak jadi apa? jadi lah Pencacai kepada Menteri... kah kah kah !!!... jawapan orang yang cuba mencari helah...  jawapan seperti itu sepatutnya tak keluar dari seorang yang benama Menteri.... jawapan yang diberi oleh Hj Najib nampak pandai sikit dengan mengatakan "kita pada dasarnya bersetuju".. tapi tak tahu lah apa yang dia setuju... apa pun cakap beliau tak pernah yang betul dan boleh dipakai...

Itu lah risiko yang patut diambil oleh Menteri-Menteri bagi mengelakkan jadi bahan fitnah dan kesangsian rakyat.... kalau rasa tak boleh ... jangan jadi Menteri... rakyat tak mengata.... awak pun bila dah tua hati tak risau macam Tun Madey.... sepatutnya bila bersara boleh menghabiskan sisa hidup dengan tenang.... sekarang dah jadi tak keharuan... mana tak nya... andai kata Umno/Bn terkubur dalam PRU 13.... Orang yang pertama akan mati terkejut ... rasa-rasa nya adalah Tun Madey.... Wallahuallam.


hemmmmm..... selepas semua exco kerajaan negeri pulau pinang menisytiharkan harta-harta mereka termasuk ketua menteri lim guan eng... apa yang kata menteri-menteri umno... tak boleh kata apa.... dap yang di benci oleh umno hingga sampai keusus pun berani isytihar harta.... umno 54tahun memerintah ada berani kah?.... umno-perkasa betul-betul meloyakan heeeeee......