DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 29 Januari 2012

DSAI SUDAH TAK RELEVAN KATA YB IBRAHIM ALI DAN UMNO TAK BOLEH DIHARAP MEMBANTU MELAYU CAPAI EKONOMI 30% !

Dengan nada yang tak malu dan tak sedar diri maka berkata lah Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali dengan menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.

Beliau berkata " rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar luar negara Wall Strait Journall baru-baru ini".

Tambah beliau lagi "Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar Ibrahim... beliau sudah sampai masanya untuk kita lupakan dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita... golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia lagi".

"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati... Anwar Ibrahim sudah tidak relevan kerana banyak sebab... kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat".

Sebelum itu didalam ucapan nya beliau meminta kaum Cina membantu kaum Bumiputra mencapai ekuiti ekonomi 30% yang disasarkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)... pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40% diperuntukkan kepada lain-lain kaum... 30% Melayu/Bumiputera dan 30 % untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan... Saya percaya hampir 50 % menguasai ekonomi negara... Ini membuktikan walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera dan orang-orang Melayu... tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu... saling bergantung antara satu dengan lain... masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

"Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus... ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia".

Kenapa tak suruh Umno yang capaikan DEB... kenapa minta kaum cina bantu.... minta lah kat Umno suruh capaikan ekuiti ekonomi Bumiputra 30%... kata Umno pandai memerintah.... kalau tak ada Umno Orang Melayu akan merempat...

Dasar muka tak malu menang kerusi MP atas tiket PAS... masa nak jadi calon merayu 7 hari 7 malam kat Tuan Guru Nik Aziz... konon-konon beliau sudah insaf dan tak kan melompat kedalam Umno semula... lepas tu boleh cakap situasi menang -menang... kah kah kah !!!.

Ada hati kata DSAI sudah tak sesuai dalam politik tanah air... kah kah kah !!! memang betul lah boleh dipanggil katak dalam politik... kerana malu nya tak ada langsung.... kalau tak malu tu jangan lah nampak kan sangat... konon-konon nya dia lah yang sesuai ganti tempat DSAI.... keh keh keh !!!.

Nampak sangat lah Umno tak ada panglima untuk melawan kemaraan Pakatan Rakyat... ialah ada Presiden takut berdebat.... ada Ketua Pemuda pun takut nak berdebat... yang ada panglima ludah dengan samseng taik lembu.... memang patut lah Umno dimasuk kan ke dalam Muzium.... kerana lagi lama ia ada dipersada politik Negara... tak dapat nak dibayangkan.... musibah apa yang akan menimpa rakyat Malaysia.


hemmmmm..... tapi apa-apa pun beliau antara ahli politik yang pandai buat provokasi... kalau ahli politik lain lah dah lama tenggelam.... tengok lah ezam sesumpah dan zul kulim.... mereka ini akan menggunakan ibrahim ali untuk terus bernyawa... seorang lagi yang diramalkan ialah hassan ali yang dah mula nampak letih dengan roodshaw nya... kah kah kah !!! umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee......

1 ulasan:

  1. Katak buat jamuan Hari Raya Cina, berapa ribu orang yang pukida jemput. MAMAK Penaung tak jemput ke? Kecil hati MAMAK itu nanti.Nanti peruntukan daripada UMporNO tak diberi baru tahu.Hidup dalam alam katak, apa apa bolih berlaku.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....