Perdana Menteri
Datuk Seri Hj Najib Tun Razak selepas melancarkan Kursi Wasatiyah dan Yayasan pergerakan Kesederhanaan Global iatu bermaksud kesederhanaan dalam kehidupan, sekali lagi Hajah Rosmah Mansur menarik perhatian sebagai "first lady of shopping' kerana dikatakan
telah membelanjakan A$100,000 bersamaan RM325,000 di sebuah butik di Sydney.
Pada Oktober
lalu semasa masyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM), anak
perempuan Najib beliau yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh
akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di
Perth semasa Mesyuarat tersebut berlangsung, Namun Akhbar itu kemudiannya membuat permohonan maaf kepada beliau atas laporan tersebut... selepas
Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.
Dalam laporan tersebut kolumnis itu melaporkan bahawa pelanggan terbesar Carl Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan
sewaktu percutian peribadi di sana sekitar dua minggu lalu, menurut kolum tersebut... Hj Najib dan Hajah Rosmah semasa cuti tersebut telah menginap di penthouse berharga A$20,000 bersamaan RM65,100 untuk satu malam.
Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya..... kah kah kah !!! kita tunggu permohonan maaf yang akan menyusul tak lama lagi dari Akhbar tersebut seperti yang sudah-sudah.
Permohonan maaf dari Akhbar luar sudah beberapa kali terjadi sebelum itu... dulu surat khabar Indonesia pun pernah memohon maaf kepada beliau... sama ada ini dirancang atau sebalik nya, tidak dapat dipastikan... cuma tetap ada keraguan apabila berita dikeluarkan dan disusuli permohonan maaf.
Mungkin kalau ianya dirancang... ini adalah untuk menidakan berita-berita yang lepas berkaitan Hajah Rosmah yang di khabarkan telah berbelanja mewah dengan pembelian perhiasan berharga jutaan ringgit, dan di akui beliau dengan mengatakan ianya dari simpanan tabungan dari kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....