Dilaporkan oleh MI berkenaan Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti PAS akan dipanggil Mengadap Baginda Sultan Selangor bermula hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir iaitu seorang demi seorang. Dikatakan ianya akan bermula dengan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad kemudian ke esokan nya dengan ADUN Sabak Sallehen Mukhyi serta seterusnya ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.
Menurut laporan tersebut lagi ianya berkaitan Perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang BAHARU dimana ketiga-tiga ADUN dari PAS tersebut adalah Nama-Nama ADUN yang dihantar oleh Presiden PAS dalam Surat Pertama beliau kepada Pihak Istana Selangor. Juga dikatakan selepas itu ada lagi Surat Kedua daripada Presiden PAS kepada Pihak Istana Selangor Senarai Nama-Nama ADUN yang lain sebagai MB Negeri Selangor yang Baharu.
Jika lihat dari Situasi ini jelas Krisis MB Negeri Selangor tidak akan Selesai kecuali hanya dengan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, selain dari itu hanya dengan Melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja mungkin dapat mengelakan dari DUN Selangor DIBUBARKAN. Oleh itu Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) boleh Merangka-Rangka Strategi bagaimana untuk menghadapi Lawan yang sebelum ini adalah Kawan... kah kah kah !.
Itulah sebab nya beb, lain kali Pesan kat Pemimpin lu orang tu supaya jangan buat kerja dengan menggunakan KEPALA LUTUT baik disebelah pihak PKR mahupun disebelah pihak PAS, tak kisah lah siapa Pemimpin tersebut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Kerana yang Untung dikala ini bukan nya lu orang semua tetapi Parti yang sudah berpuluh tahun Menipu Rakyat Malaysia iaitu Umno/Bn... kah kah kah !.
hemmmmm..... itu lah sebabnya kadang-kadang gua rasa sebenarnya dia orang ni lebih suka jadi pembangkang sampai mampossss dari menjadi kerajaan... selalu sahaja umno/bn disumbangkan dengan talian hayat secara free of charge... kah kah kah !.
Calon PAS tak cukup Majoriti DIBIMBANGI terdedah kepada UNDI tidak percaya.
BalasPadamSemua akan malu akhirnya.