Sebelum Soalan yang hendak ditanyakan kepada Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang terlebih dahulu Saya Memohon Maaf dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki kepada Tuan Guru, kiraanya ada Pertanyaan dan Soalan Saya dianggap sebagai Tidak Wajar atau pun dalam kata lain sebagai KURANG AJAR dan Tidak WALA' kepada Tuan Guru selaku Presiden Parti PAS.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru bahawa PAS pernah melalui saat-saat Getir dan lagi Mencabar dari apa yang dilalui oleh PAS dalam Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Selangor sekarang ini, namun persoalan nya apakah dengan Tuan Guru Menyuruh Ahli-Ahli PAS yang tidak Sependapat dengan Kepimpinan PAS supaya Keluar dari PAS dan Menubuhkan Parti Baru boleh dianggap Wajar.
Sedangkan Seorang Khalifah dalam Sejarah Islam bila mana dilantik menjadi Khalifah telah mengatakan bahawa jika beliau melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dalam Islam maka beliau mengatakan TEGUR lah beliau, terus sahaja orang yang mendengar kata-kata dari Khalifah tersebut menyahut dengan kata-kata jika Khalifah tersebut tidak betul maka Pedang ini akan membetulkan nya.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa keadaan Khalifah tersebut berbeza dengan keadaan dan situasi Tuan Guru Presiden, namun jika diamat-amati cerita tersebut tidak boleh kah orang yang hendak Menegur Khalifah tersebut dengan Pedang juga dianggap sebagai Kurang Ajar dan Tidak Taat kepada Khalifah. Bukan ke sewajarnya orang yang hendak Menegur Khalifah tersebut hanya mengatakan "Ya Khalifah".
Berbalik kepada Ucapan Tuan Guru Presiden kepada Ahli-Ahli PAS dengan kata-kata "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti
sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk
dalam"... apakah ini bermakna Tuan Guru Presiden merasakan yang apa juga Tindakan yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden Semua Betul dan tiada Cacat Cela nya ?.
Kenapa tidak Tuan Guru Presiden mengatakan bahawa sesiapa yang Berlainan Pendapat supaya Betanding Melawan Tuan Guru Presiden dalam Pemilihan Parti PAS dimasa akan datang, bukan kah itu lagi wajar dengan Parti PAS tidak BERPECAH dan DEMOKRASI menjadi SUBUR didalam PAS. Dengan menyuruh Ahli yang Tidak Sependapat supaya menubuhkan Parti Baru ianya seperti juga Memecah Belah kan PAS.
Andai kata itu yang terjadi boleh tak Tuan Guru Presiden memberi tahu Siapakah pula yang Untung dari Perpecahan akibat Ahli yang Tak Sependapat menubuhkan Parti Baru ?????... Siapa agaknya ya yang Untung akibat dari Keluarnya Ahli PAS dan menubuhkan Parti Baru !!!... bukan kah yang Untung akibat dari Perpecahan tersebut adalah Parti Umno yang sudah tentu Teramat Suka dengan Perpecahan dalam PAS !.
Akhir Kalam jika Pertanyaan dan Soalan yang Saya tujukan kepada Tuan Guru Presiden dianggap sebagai Kurang Ajar dan Tidak Beradap, Saya sekali lagi Memohon Ampun dan Maaf dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki kepada Tuan Guru Presiden. Kerana saya bukan lah seperti Penyokong-Penyokong dikalangan Ahli Umno yang apa sahaja keluar dari Mulut Longkang Pemimpin Umno semua nya Betul.
Sehinggakan Kenaikan Harga sesuatu Barangan pun dikatakan bukan nya Kenaikan Harga jika Pemimpin Umno mengatakan ianya bukan suatu Kenaikan tetapi Subsidi Dikurangkan. Rasanya Tuan Guru Persiden pun tidak mahu mempunyai Ahli-Ahli PAS serta Penyokong PAS yang BEBAL MELANTUN-LANTUN macam Getah Scrub seperti kebanyakkan Ahli-Ahli Parti Umno. Walallahualam... Takbir
hemmmmm..... buat ahli-ahli pas yang pro kepada persiden... lu orang komen lah apa lu orang nak komen beb... gua tak akan sekat komen lu orang cuma biarlah ianya sesuatu yang boleh membawa kebaikan buat pas... kah kah kah !.
Aku sebagai seorang ahli PAS pun merasakan bahawa wala yang sering dibangkitkan ada kalanya sudah mencapai tahap MENDEWAKAN PEMIMPIN, sehingga pemimpin tidak boleh ditegur dan dipersoal tindak tanduknya. Seolah-olah tanpa seseorang tu maka PAS akan hancur berkecai sedangkan pemimpin datang dan pemimpin boleh pergi.
BalasPadamDi dalam PAS kini tak banyak cakap hanya ada dua kumpulan. Satu kumpulan Pro Pakatan Rakyat sesuai dengan kehendak Muktamar dan gerakan semasa. Satu lagi Pro UMNO yang cenderung kepada Ketuanan Melayu yang menyalahi kehendak Muktamar dan penongkah arus semasa.
Hanya dua bentuk PAS yang akan wujud buat masa ini hingga salah satu disingkir di dalam Muktamar tahun hadapan sama PRO PAKATAN RAKYAT atau PRO UMNO/BN.
Satu kumpulan jika menang akan memberikan kejayaan besar buat PAS jika diikut kehendak semasa, sementara di satu pihak lagi jika menang akan kembali ke zaman di mana ada kerusi hilang wang pertaruh... itu kira lebih baik berbanding hanya diberi kerusi plastik untuk melangut mendengar temberang UMNO/BN di dalam kempen-kempen pilihanraya mereka.
Jadi ahli PAS sendiri fikirlah... ada pemimpin PAS telah isytihar, "Musuh aku hanya UMNO"... jadi pada aku jika musuhnya adalah UMNO, maka mereka yang di dalam PAS yang bersubahat dengan UMNO/BN untuk berUG adalah berkali-kali gandalah musuhnya.
Satu persoalan kepada anda sebagai ahli PAS....
APA PENDIRIAN ANDA TENTANG KERJASAMA DENGAN UMNO?
Jika masih tidak boleh terjawab maka saya kalih soalan tersebut:
APA PENDIRIAN ANDA TENTANG KERJASAMA DI DALAM MELAKUKAN MAKSIAT?
Jadi kumpulan mana yang kamu hendak pilih?
Bukan suka2 nak kritik atau hentam org macam macai umno tetapi sebagai penyokong PAS, saya tolak kerjasama dgn umno selama mana umno tolak Islam sbg dasar parti. Kami penyokong & ahli bawahan berkerja keras memenangkan kamu Adun/MP PAS atas nama PR, senang2 aje kamu nak berpakat dgn umno atas dasar Melayu.
BalasPadamDengan PKR & DAP kamu bertelagah, dgn ajk PAS pusat pun bertelagah. Sekarang cabar siapa yg tak sehaluan dgn kamu tubuh parti lain pula. Kamu ni pemimpin jenis apa? Inikah tarbiah Islam yg kamu ajarkan supaya pecah belahkan jemaah Islam?
Kami tolak umno dan sesiapa yg bersekutu dgnnya.
ABU- Asal Bukan Umno
game ni senang saja..lepas ni ada yg heboh kalu umno tukar perlembagaan islam maka kita bole join umno (sambil refer kata kata nik aziz,,) dan seterusnya umno pon panggillah berforum utk kerjasama,,,hadi pon lpas tu d panggil merasmikan forum yg ke 3 atau ke 4..ambik gambaq masok depan utusan hadi salam dgn TPM...(sbb islamik sikit nmpak nye..) maka kerjasama ini pon terjalin smbil mencabar pr memcat kita klu beraani...(Setiausaha agong yg akan kata).. demi perpaduan umah...lalu serulah semua pemimpin tertinggi perpaduan umah dengan tajuk bersatu berpadu kearah kedaulatan islam....smpai PRU14 (masa tu dah sempadan semula dahh)..lepas tu perbaduan umah + bn menang besar....maka bersoraklah ahli kita...tup tup president di beri jawatan menteri agama sbb ketokohan beliau dlm agama..hahaha...pi la resmi majlis tilawah quran...sesekali bg sibok sikit buat kejutan coklan kit kat haram...melayu pon riuh...lupa habih...hahhaaaaa gst dok perah habih..melayu dok nga nga..
BalasPadamKalau seorang presiden dalam Gabungan PR telah tidak yakin dengan kepimpinan presiden parti yang bekerjasama dengannya apakah maknanya berkerjasam hinggakan sanggup memburukan kelemahan presiden parti yang bersama-sama berjuang untuk kemenangan.Jika berlanjutan tuduh menuduh in kita tunggu dan lihatlah bagaimana bodohnya seorang presiden dengan mulut celuparnya hinggakan sanggup mencabar ahli dan pengikut sendiri untuk keluar parti dan tubuhkan parti baru , walau pun secara bergurau tapi kata-kata seorang presiden bukanlah tempatnya semasa bercakap dalam acara rasmi yang rakam dan dimuatnaikan dalam youtube yang boleh ditonton oleh belbagai media, itulah bodohnya sebagai preside.
BalasPadamrafizi cabar ahli pkr kuar pati..xder la plk kecoh...heran2... yg mulut celupar zuraida ketua wanita pkr.msa lps pru 13 tempohari pn xder sapa yg ulas...heran3
BalasPadamPresiden PAS menuduh Karpal Singh dinosaur yang ketinggalan zaman dan orang Borneo pakai cawat. Dia bukan pemimpin yang berjiwa global.
BalasPadamMasalah ini berpunca dari PKR bukan PAS atau UMNO. Mengapa pula nak kait dgn UMNO pulak. Puak PKR dan DAP kedua-duanya adalah sekular dan macam macam aliran lagi.
BalasPadamKelakuan puak yang menentang presiden mmg telah lama diketahui oleh Hj Hadi. Maka kalau mereka teringin nak keluar silakanlah, buat kacau saja dok dalam. Gabungan frenemies dlm pakatan pun bukannya mutlak, cuma bermusuh dengan UMNO sahaja mereka bersatu. prinsip perjuangan Islam telah diketepikan. Macam US dgn Iran boleh berpakat pulak serang ISIS. Tak menguntungkan islam juga sekiranya PR menang puak sekular penentang islam yang naik.
Sokong Admin...
BalasPadamTiada siapa yang maksum selepas Nabi MUhammad SAW. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesalahan. Wala' dalam PAS ni dah terlalu over. Teguran kepada pemimpin adalah perlu. Mereka pun kadang-kala ada melakukan kesilapan. Masalahnya, pengaruh orang terdekat yang menyukarkan usaha menegur pemimpin.
TGHA, memang ada ilmu tinggi dalam agama. Tapi dalam politik sangat la tidak sesuai. Tengok saja berapa banyak statement dan keputusan yang dibuat tanpa perfikir panjang. Saya harap TGHA boleh memberi laluan kepada orang lain menerajui PAS. TGHA bolehlah memberi lebih fokus untuk berdakwah dan berehat. Umur pun dah semakin lanjut, banyakkan berehat, menjawat jawatan banyak komitmen dan berat tanggungjawabnya.
SubhaAllah! Astaghfirullah!
BalasPadamketurunan aku dan aku tidak boleh dipisahkan. Siang mlm aku berusaha supaya org ramai memahami perjuangan PAS. Kerja aku bukan sahaja terhad disurau dan masjid, bahkan dikedai kopi dan tempat kerja. Mulut aku tak pernah sunyi menasihat anak-anak aku supaya belajar bersungguh-sungguh, menjadi org cerdik kemudian menjadi pendokong dan pejuang PAS. Semua ini aku lakukan kerana bapa aku juga melakukannya perkara yg sama.
Kerja yg aku buat ini adalah ikhlas dan penuh tanggungjawab. Tiada apa yg aku perolehi drpd PAS, bahkan disebab perjuang, aku telah menerima dan hukuman dari Umno. Dalam masa sama aku tidak sedikit pun cemburu apabila ramai kawan aku memperolehi pelbagai habuan setelah PAS memerintah Kelantan selama 24 tahun. Bahkan terdapat mereka yg terang2 menentang PAS pada awalnya, menikmati harta ghanimah PAS.
Namun tingkah laku dan gerak politik yang mulia guru aku TGHH Rahmatullah Alaih tidak aku gemari. Bahkan aku berdoa supaya kepimpinan PAS yg ada sekarang bertukar tangan. Otak aku sentiasa berpusing memikirkan siapa yg paling layak utk mengantikannya.
Perasaan ini tidak aku sembunyikan, bahkan aku secara terang-terangan meluahkannya, walaupun dihadapan qiyadah parti. Celupar lidah aku menyebabkan aku terasa diasing dalam geng ulama dan lebai madu 3 yg kebanyakan kawan2 aku.
Adakah org seperti aku sepatutnya dihalau drpd parti dan disaran menubuh parti sendiri utk menentang PAS?.
Adakah dosa besar kpd parti bila org seperti aku memberi wala' kpd parti lebih besar drpd wala' kpd presiden parti?.
Adakah aku yg siang malam melawan UMNO mesti dihalau drpd parti. Sedangkan org yg bercita-cita utk berseronok-seronok dgn UMNO dianggap perjuang dan tokoh dlm parti?.
Adakah salah dan durhaka bila aku beriktiqad bahawa PAS bukan milik presiden parti dan lebai jadian dalam parti. Bahkan PAS adalah milik semua ahlinya?.
Adakah aku pengkhianat bila aku rela seorg presiden parti ditukar. Dimana pertukaran ini dapat menyelamatkan parti dan menghalang pecah belah dalam parti?.
Itulah akibat kita menghina Presiden parti lain ... kan WAWI itu presiden PKR... apakah Presiden Pas tak sedar.. yang taraf mereka sama di dalam PR...kenapa kita hina dia kata dia tak layak.. kalau tak setuju dengan dia jadi MB.... kata jer lah tak setuju...kenapa pergi hina dia... kan kita ada akhlak ulamak... Islam tidak mengajar kita hina orang...sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.....
BalasPadamlu olang bole cakap apa pun selupa itu anjing menyalak bukit...lu olang bukan presiden maaa
BalasPadamlagi satu aaa....lu olang kalu duduk dlm pas mau main demoklasi aaa.......demoklasi itu srupaa olang bodo main majong maa
dan dalam pas...lu olang saja yg bodo.
Mungkin inilah yang di katakan ujian Allah terhadap semua peminpin PR.Peminpin melayu Islam berkecamuk mengeluarkan pendapat dan pandangan masing2.Semua nak tunjukkan ego dan kuasa.ttapi peminpin buykan Islam jarang yang mengeluarkan kenyataan yang bolih memecahbelahkan PR.Kini Tuan Hj hadi sebagai seorang Presiden Parti Islam telah melunturkan maruwah seorang Presidean Parti Pakatan yang sama.Apa maknaya ini.Mulis sangat ke kita dari orang lain?inikah sikap peminpin Islam , kalau masalah ini PKR yang mulakan apa? tidakah sebagai peminpin Islam cuba mengatasi dengan cara yang beradab.Dan ini menunjukakan bahawa bukan seorang betaraf ulamak sombong dan angkuh,egonya berlebihan sehingga tidak peduli keputusan yang orang laian buat.Tak ytau apa akan jadi pada Pas nanti
BalasPadamjangan cakap macam tu mat oii geng ulama UG lam pas ni semua maksum ooo.hanhntengok saja la.geng ug semua dari ganu darul runtuh.kes 2 adun x sokong khalid pun geng ug ganu yang sruh pecat,yang LGE nak saman pun dari ganu gak,yang duk maraah kat MP Sepang n Shah Alam pun asal ganu gak.Tak heran la kalu geng darul runtuh ni akan mendarul runtuhkan pas dari dalam.presiden suruh ahli2wala' pada pemimpin tapi adahah dia sendiri wala' pada ahli2nya.dia sendiri dulu terang2 sokong tski dipecat.dia sendiri kata bekas calon bukit besi juai pil kuda.mana pi akhlak dia sebagai tuan guru?masa tgna jadi mb kelantan dah tolak UG ni mai kat dia nak sambung balik UG.cukuplah tak leh komen banyak2 sakit hati.PRU14 nnti aku nak duduk di rumah ja main ngan anak bini.
BalasPadam