DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 12 September 2014

Mohon Diusulkan Dalam Muktamar Supaya LUHAM Dibubarkan Dan Perananya Diambil Oleh MSU


Buat apa lagi untuk ada nya LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM), jika Peranan nya hanya sekadar untuk Menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang dituduh di Mahkamah. Sedangkan untuk Mentafsir Perlembagaan PAS mengikut apa yang diketahui oleh LUHAM pun dikatakan TIDAK LAYAK melainkan Majlis Syura Ulama' (MSU) dan Presiden PAS serta yang sama Selera dengan nya.

Jelas lagi Bersuluh bahawa LUHAM yang dianggotai oleh Para Peguam yang Boleh dan Mampu Mentafsirkan Perlembagaan Negara tetapi dikatakan Tidak Layak untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS, apa lagi guna nya Ujud LUHAM didalam PAS jika sudah ada MSU yang Lebih Arif untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS. Tak kan LUHAM hanya Ujud untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS.

Jika hanya untuk menjadi Peguam kepada Pemimpin PAS yang didakwa di Mahkamah, mulai sekarang Disarankan supaya MSU yang lebih ARIF berkaitan Perlembagaan PAS menjadi Peguam bila saja ada Pendakwaan dikenakan terhadap Pemimpin-Pemimpin PAS. Tiada Gunanya LUHAM Ujud jika hanya untuk Mentafsirkan Perlembagaan PAS Mengikut SELERA Tekak Segelintir Pemimpin PAS.

Adalah sesuatu yang Mendukacitakan setiap kali dibangkitkan berkaitan Perlembagaan maka setiap kali jugalah dikatakan PAS mengikut Al-Qur'an, Hadis, Ijmak Ulama' dan Qias oleh yang disebelah MSU. Sedangkan apa terjadi adalah sebaliknya dengan Membelakangkan Persetujuan yang dibuat dalam SYURA (Masyuarat), Menuduh Orang Tanpa Bukti dan lebih DASYAT lagi Menikam Kawan Dari Belakang.

Mungkin betul jika ada yang Mengatakan bahawa Kemelut Krisis Menteri Besar (MB) Negeri Selangor adalah DIMULAKAN oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun WAJARKAH segelintir Pemimpin Parti PAS turut sama Menambahkan PERISA supaya Krisis boleh bertambah Sukar untuk diselesaikan. Apakah Segelintir Pemimpin PAS mahu mengikut Jejak Langkah Pemimpin PKR dengan Memanjangkan Krisis.

Hari ini SEJARAH telah Tercipta dengan Muktamatnya Perjanjian Air diantara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat dibawah seorang Menteri Besar (MB) BEBAS, dimana dikatakan Perjanjian tersebut telah Menjimatkan Pemegang Saham iaitu Rakyat Negeri Selangor sebanyak 2 Billion lebih. Betul ke apa yang dikatakan oleh MB Bebas tersebut atau hanya Sembang Kencang.

Tanpa menyertakan Butir-Butir Perjanjian atau dalam kata lain hanya Sesedap Mulut MB Bebas tersebut sahaja yang menyebutnya, juga Perjanjian tersebut walaupun bernilai Berbillion Ringgit namun tiada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari ADUN PAS yang turut serta didalam Perjanjian tersebut. Jadi apa Peranan ADUN-ADUN PAS yang masih menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Jangan diingat apabila seseorang itu bergelar Ulama' maka seseorang tersebut TAHU dan PANDAI segala nya di atas Dunia ini, Sejarah telah Mengatakan di mana Kerajaan Negara Islam ANDALUSIA yang kini di panggil SEPANYOL boleh RUNTUH akibat dari Salah Takbir Pemimpin nya. Mustahil Kerajaan Andalusia dimasa tersebut tidak ada Ulama'-Ulama' di dalam nya. Wallahualam... Takbir... Takbir... Takbir...


hemmmmm..... apabila ahli menegur maka ianya dikatakan seperti anak tidak menghormati bapa... satu perumpamaan yang kurang tepat kerana anak dan bapa punya pertalian darah yang tidak putus sampai ke akhirat. namun ahli dan ketua adalah dalam satu jemaah yang datang dan pergi... kah kah kah !.

4 ulasan:

  1. letak al-Qur'an sbg undang2 tertinggi, tapi tak ada sepotong ayat dari al-Qur'an pun yang dijadi rujukan.

    yg dirujuk hanyalah fasal2 buatan manusia.

    oleh krn msu dan unit amal diciplak dari iran, eloklah ambil perlembagaan iran ini sbg contoh:

    Article 7
    In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies ...

    Article 8
    In the Islamic Republic of Iran, al-'amr bilma'ruf wa al-nahy 'an al-munkar is a universal and reciprocal duty that must be fulfilled by the people with respect to one another, by the government with respect to the people, and by the people with respect to the government. The conditions, limits, and nature of this duty will be specified by law. (This is in accordance with the Qur'anic verse; "The believers, men and women, are guardians of one another; they enjoin the good and forbid the evil" [9:71]).

    Article 11
    In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation...

    BalasPadam
  2. Tuang Presideng pun dah tak tumpah seperti perangai Shah Iran.

    BalasPadam
  3. Nilah akibat bila tuan presidennya telambil pil kuda....habis huru hara.
    Patut tuan prediden nya letak jawatan lah....bagilah pd orang muda yg bertenaga.

    Sedih aku tengok....berjuang2..last2..nak berpeluk dgn musih tradisi politik.

    Letak jawatan ajalah wahai TGHH

    BalasPadam
  4. Kata-kata MSU dan Presiden PAS ialah mengikat dari segi undang-undang Islam. Apa sahaja yang dilakukan oleh MSU dan Presiden PAS halal walaupun ianya perbuatan seperti membelakangkan persetujuan yang dibuat dalam SYURA (Masyuarat), menuduh orang tanpa bukti dan menikam kawan dari belakang. Semua ahli PAS mesti wala' kepada MSU dan Presiden PAS walaupun mereka melakukan perbuatan seperti membelakangkan persetujuan yang dibuat dalam SYURA (Masyuarat), menuduh orang tanpa bukti dan menikam kawan dari belakang. Malah ahli PAS wajib patuh sekiranya mereka diarahkan oleh MSU dan Presiden PAS untuk menuduh orang tanpa bukti dan bersekongkol dengan perbuatan itu.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....