DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 10 Januari 2012

RAYUAN BELUM DIBUAT... TAPI RASA NYA DATUK HASSAN ALI DAH BOLEH ISI BORANG UMNO/APCO ATAU PERKASAM/PERKOSA ....

Dengan menyalahkan orang lain ekoran Pemecatan Keahlian dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) rasanya Datuk Hassan Ali (DHA) seperti menganggap Ahli Majlis Syuara adalah bodoh dan tidak mengikuti perkembangan Politik dan Isu terkini.

Bermula dari isu pergabungan PAS dan UMNO, Penyerbuan Gereja terhadap orang yang telah murtad,  Negara Kebajikan sehinggalah kepada "Perhimpunan Bebas Anwar 901", semua nya DHA tidak sehaluan dengan dengan Pucuk Pimpinan PAS dan ada kalanya DHA bercakap seolah-olah beliau bukan Ahli PAS apakan lagi dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ucapan selepas pemecatan keahlian dalam PAS beliau dengan terang telah menyalahkan Orang lain sebagai punca dan orang tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) juga campur tangan orang luar dalam rumahtangga PAS iaitu Timbalan Presiden PKR Saudara Azmin Ali.

Kalau kita dengar ucapan dirumah nya pada malam selepas Pemecatan tersebut yang turut dihadir oleh sebahagian besar ahli Umno/Apco dan ahli Perkasam/Perkosa kalau ada pun ahli PAS tak lain ialah sahabat sejati beliau Ustad Nasharudin Mat Isa bekas Timbalan Presiden, jelas menunjukan kebencian beliau kepada DSAI umpama Pemimipin Umno/Apco dan Pemimpin Perkasam/Perkosa sedang berucap.

Kata beliau "Saya tidak mahu beliau Anwar mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, dan ini yang saya perjuangkan, saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri".

Tambahnya lagi "Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali Timbalan Presiden PKR untuk spaya saya dipecat, apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS.... apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini".... kah kah kah !!!... DHA dah pandai buat lawak sejak cium-cium bau Umno... bagus lah tu Datuk... Umno pun dah ramai palawak yang kalah menjadi ahli... kah kah kah !!!.

Tiada siapa pun melarang Datuk berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini, berjuang lah terus sebagaimana yang Datuk mahukan .... Tetapi kalau Datuk didalam PAS kena lah Ikut peraturan sebagai ahli PAS... jangan ikut perangai Umno/Apco yang membuat sesuatu tanpa ikut peraturan.

Dengan nada yang tiada rasa bersalah atas segala tindak tanduk dan perlakuan Datuk, baik kepada PAS mahu pun PR dan masih mengaku diri betul, rasa nya Datuk sudah boleh mengisi borang keahlian Umno/Apco atau pun Perkasam/Perkosa.


hemmmmm.... kita nak tengok seorang lagi yang pernah jadi timbalan presiden pas... esok lusa... bagaimana dia cuba nak memperbodohkan ahli pas dengan menyatakan bercakap dimedia arus perdana tidak salah dan bukan nya nak masuk umno.... masih lagi bodoh dan tak faham akan penipuan umno atau saja-saja buat tak faham... kerana dah nak ikut datuk hassan ali ciui-cium bau umno..... betul-betul meloyakan  heeeeee...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....