Negeri yang dikatakan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Muzium kepada Umno nampak kemungkinan tidak akan menjadi dan Pemimpin PR kena menarik balik kata-kata tersebut, petunjuk awal telah menggambarkan betapa Ketua Badan Perhubungan Umno Negeri Johor DT telah memecah tradisi sebagai Menteri Besar dengan turun padang empat kali seminggu biar pun Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada tahun 2013.
Dalam satu rencana yang disiarkan oleh The Malaysia Insider, penulis telah menyatakan bagaimana Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman telah membuat lawatan kawasan dan mendengar taklimat dari jentera pilihan Barisan Nasional (BN) sebanyak empat kali seminggu sejak dari bulan October 2011.
Kemungkinan angin perubahan yang dimahukan oleh rakyat Negeri Johor telah dirasai bayu nya oleh Menteri Besar dan ini membuat beliau telah memecah tradisi tersebut, kalau semasa zaman dahulu di masa letakan katak dengan lembu pun Umno/Bn boleh menang.... usahkan empat kali seminggu... empat tahun sekali pun belum tentu rakyat sesuatu kawasan dapat melihat kelibat Menteri Besar disesuatu kawasan.
Menurut penulis lagi kawasan-kawasan yang diberi tumpuan adalah kawasan-kawasan yang penduduk nya seimbang atau pun kawasan pengundi kaum Cina 40 peratus lebih, juga dikatakan Pengerusi DAP Johor telah bersetuju Jawatan Menteri Besar disandang oleh Orang Melayu.
Difahamkan formula sewaktu Negeri Perak dibawah PR akan digunakan dalam Jawatan Menteri Besar, ini kerana formula tersebut sangat berkesan semasa Negeri Perak dibawah PR sebelum dirompak oleh Umno/Bn. Maka terdengar lah suara-suara pengundi melayu pun sudah seakan bersetuju untuk mengubah dan memberi sokongan kepada PR.
Kalau ini terjadi kemungkinan Umno hanya akan ada dalam lipatan Sejarah dan dikenang sebagai Parti yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah tanpa diketahui siapa ibunya, konon nya Pejuang Melayu dan Islam tetapi sebenarnya untuk menipu Melayu Islam bagi menjaga kepentingan bapa Umno... Inggeris Penjajah.
hemmmmm..... panas-panas ...kalau dah yang dikatakan tempat simpanan tetap pun dah tak boleh diharapkan..... maka kemungkinan umno/bn berkubur amat lah cerah.... umno betul-betul meloyakan heeeee....
DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)
SAHABAT
.
.
.
.
Terkini
Rabu, 11 Januari 2012
UMNO JOHOR MAKIN TERTEKAN... BELUM PERNAH DALAM SEJARAH MB TURUN PADANG SEMINGGU 4 KALI... PANAS !!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Amin Ya Rabb...Aku mmg berdoa tiap kali solat mintak PR menang PRU 13.
BalasPadamSetuju...saya pun sama...masa doa antara dua khutbah jumaatpun saya berdoa mintak Allah ubah kepimpinan negara ni...
BalasPadam