DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 9 Januari 2012

DATUK IBRAHIM ALI TAWARKAN JAWATAN PRESIDEN PERKASAM KEPADA DATUK HASSAN ALI... BETUL-BETUL LAWAK LA PERKASAM NI, KAH KAH KAH !!!

Pertubuhan Kebangsaan Perkasam (Perkasam) melalui Presiden nya Datuk Yb Ibrahim Ali sedia menerima dan menawarkan jawatan kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat dari Pas berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.

Menurut nya "Sekiranya Datuk Hasan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya kepada pemberita di sini dalam sidang akhbar di Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur, bersempena Majlis Khiamulai yang diadakan malam ini.

Menurut nya lagi Perkasam menunaikan solat hajat bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok, solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang, Perkasa katanya akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai esok.

"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang", beliau juga turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Ini menurut nya hanya akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara, "Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam".

Kah kah kah !!! hari tu cakap bukan main lagi....  hari lagi hebat siap nak tolong polis jaga keselamatan.... memeng pandai buat lawak lah Presiden Perkasam ni, tak sia-sia jadi Presiden Perkasam.... siap nak bagi jawatan Presiden kat Datuk Hassan Ali... kah kah kah !!!


hemmmmm..... nampaknya hujan yang ditunggu-tunggu mungkin akan tiba oleh katak-katak yang kepanasan, apa-apa pun kita tunggu apa jawapan datuk hassan ali..... perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....