DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 31 Mac 2012

EH EH !... YANG BERANGAN NAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR NI BUAT RAMALAN PULAK DAH, KAH KAH KAH !

Sedangkan Isu NFC yang dibongkarkan oleh Pakatan Rakyat (PR) memang jelas ada penyelewengan pun Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar pada mula nya dikatakan fitnah oleh PR... dan sekarang beliau cuba pula meramalkan yang BN akan berjaya merampas kembali Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) akan datang... jadi macam mana rakyat nak percaya cakap beliau... benda yang terang dan pun beliau salah... ini kan pula benda yang belum terjadi, kah kah kah !!!.

Sama ada ianya hanya untuk membakar semangat jentera Pilihan Raya Umno/Bn atau pun bagi menutup kerisauan beliau... hanya beliau saja yang tahu, tapi yang pasti ramalan beliau yang mengatakan keyakinan beliau yang Umno/Bn akan memenangi 36 kerusi dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor... langsung tidak menepati situasi dan keadaan semasa Umno/Bn Negeri Selangor keseluruhan dan Kawasan Parlimen Tanjong Karang tempat beliau wakili khas nya.

Menurut sahabat-sahabat yang berada disekitar Parlimen Tanjong Karang tempat juga bersebelahannya adalah Parlimen Kuala Selangor di Selatan dan Parlimen Sungai Besar di Utara nya... difahamkan keadaan beliau dengan Parlimen Tanjong Karang pun belum tentu beliau boleh pertahankan jikalau beliau di calonkan, inikan pula untuk memenangi Kerajaan Negeri... jauh panggang dari api berdasarkan situasi Politik Semasa Negeri Selangor yang lebih memihak kepada PR dari sambutan program yang dianjurankan.

Kalau menoleh kesekitar program Sambutan Empat Tahun Pakatan Rakyat menerajui Negeri Selangor bertempat di Parlimen Kuala Selangor yang bersebelahan Parlimen Tanjong Karang tempat Datuk Seri Noh Omar wakili dan dikhabarkan Datuk Seri Noh Omar ada didalam Bangunan Umno Kuala Selangor dimasa Program PR yang lebih kurang 2 kilometer dari tapak Stadium program PR yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri nya pada masa itu.

Sekira nya betul beliau yakin seperti yang diramalkan... sudah pasti Umno Kuala Selangor ataupun Umno Tanjong Karang akan mengadakan program bagi menyaingi program PR... dan itu tidak dilakukan kerana beliau tahu kalau dilakukan ianya hanya memberi malu kepada Umno akibat dari kurang nya sambutan penduduk sekitar Kuala Selangor dan Tanjong Karang... oleh itu beliau hanya memilih untuk duduk di dalam Bangunan Umno Kuala Selangor... serta menunggu khabar berita apakah hasil provokasi yang cuba di cetuskan, kah kah kah !!!.

Kau Orang nak tahu tak !... Datuk Seri Noh ni terselamat dari Tsunami Politik tahun 2008 adalah tempias dari Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo yang bersebelahan Parlimen Tanjong Karang... tapi dengan terkuburnya Politik Datuk Seri Khir Toyo ia juga menandakan terkuburnya Politik Datuk Seri Noh Omar yang lebih kepada budaya samseng dari budaya mengambil hati pengundi-pengundi Parlimen Tanjong Karang serta kawasan sekitarnya... dan dikhabarkan juga calon PR yang bakal menewaskan beliau jauh lebih muda dan berwatakan Pemimpin masa kini yang lebih disenangi semua golongan, tak kira muda atau tua.


hemmmmm..... sebelum hari pembuangan undi pru12... datuk seri khir toyo meramalkan negeri selangor akan sifar pembangkang... namun yang terjadi umno/bn telah kalah... kah kah kah !!!... hari ini datuk seri noh omar cuba membuat ramalan yang akan menghasil keputusan terbalik sekali lagi yang kali ini dirasakan dengan beliau sekali akan terkubur dalam pru13 insya'allah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Khamis, 29 Mac 2012

KALAU PENGERUSI SPR RASA PILIHANRAYA NEGERI PR BERASINGAN MENJADI BEBAN, ELOK LAH LETAK JAWATAN !

Mengikut kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof, yang berharap negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13... sebagai langkah menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Menurut beliau "Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya dalam temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri hari ini.

Ini berikutan kata-kata dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan bahawa pemimpin PR masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan Kerajaan Persekutuan.

Kalau lah itu dirasakan menjadi beban kepada beliau... adalah dinasihatkan supaya beliau agar meletakkan Jawatan sahaja sebagai Pengerusi SPR yang memerlukan seseorang yang bertugas mengikut garis panduan sebagai Pengerusi SPR dan bukan nya sebagai pihak yang mengkaji wajar atau tidak sesuatu Pilhanraya yang hendak di adakan.

Sudah la Penambahbaikan yang dicadangkan PSC disanggah yang mana sepatutnya diterima tanpa banyak soal... ini kerana beliau mewakili pengendali iaitu SPR dan bukan mewakili sesebuah Parti... namun nada beliau selalunya umpama mewakili sesuatu pertubuhan yang sedang menurun kedudukan nya.

Sepatutnya banyak lagi benda lain yang sepatutnya dilakukan oleh SPR umpamanya bagaimana menambah baik Sisitem Pilihan Raya Negara ini seperti yang dicadangkan PSC... atau bagaimana cara menambah bilang pengundi kerana ramai yang belum berdaftar walaupun layak... dan bukan nya bercakap soal perbelanjaan dan kesulitan jika Pilihanraya berasingan dibuat.


hemmmmm..... tapi yang pelik bila pengerusi spr bersara... nada nya mula berubah kepada semacam rakyat yang mahukan demokrasi sebenar yang berlawanan semasa mereka menjadi pengerusi spr... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

HANYA UNTUK UBAHSUAI PEJABAT HARGA RM329,000... JELAS IMR ( INDIVIDU MEROMPAK RAKYAT ), BETUL-BETUL GILA !

Beliau tidak menafikan yang beliau telah mengubahsuai pejabat dengan harga RM329,000... bahkan mendakwa pula ada Exco dalam Negeri Selangor yang melebihi apan beliau gunakan, namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya.

Dengan Pendedahkan perkara itu di sidang DUN Negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid berkenaan perbelanjaan Datuk Hasan Ali yang mendahului senarai perbelanjaan iaitu RM329,000 diikuti Yb Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Yb Rodziah Ismail (RM119,000), Serta Exco lain yang disenaraikan termasuk Yb Xavier Jeyakumar (RM70,000), Yb Ronnie Liu (RM53,000), Yb Yaakob Sapari (RM32,000), Yb Teresa Kok dan Yb Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) serta Yb Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Dengan ini ianya merupakan satu tamparan hebat terhadap Datuk Hasan Ali yang sebelum ini mendakwa Yb Xavier dan Yb Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka... namun pada hari yang sama juga Yb Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Yb Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Siapa yang menipu... Tan Sri Khalid ke atau Datuk Hassan... andai kata betul pun yang didakwa oleh Datuk Hassan Ali yang ada Exco lain yang melebihi harga ubahsuai pejabat beliau yang dikatakan RM329,000... rasa nya beliau tak payahlah lagi nak memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja ) lagi.

Ini kerana kalau Exco Pejuang IMR sanggup mengubahsuai Pejabat dengan harga ratusan ribu apakan lagi Exco yang bukan Pejuang IMR... walaupun bukan membenarkan namun mereka semua bukan Pejuang IMR... tak kan perangai Pejuang IMR nak samakan dengan perangai yang bukan Pejuang IMR.

Seharusnya sebagai Pejuang IMR beliau mencontohi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperjuangkan Wassatiyah... dan bukan membazirkan duit Rakyat hanya untuk pejabat Exco, tidakah beliau terasa akan pembaziran tersebut hanya untuk ubahsuai pejabat dengan ratusan ribu... untuk itu kamu semua fikir-fikirkan lah adakah layak beliau mendakwa beliau Pejuang IMR, kah kah kah !.


hemmmmm..... kepada exco yang lain... duit yang ada dalam perbendaharaan negeri selangor adalah duit rakyat negeri selangor... dalam kata lain ianya bukan duit pusaka bapak kau orang... dan semesti nya duit tersebut digunakan untuk kesejasteraan rakyat negeri selangor dan tak guna duit yang banyak tapi tak digunakan untuk rakyat negeri selangor... harus di ingatkan lagi jangan cuba-cuba nak mengikuti perangai pemimpin umno yang terdahulu... kelak kamu juga akan terkubur macam mana umno dan pemimpin nya terkubur... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Selasa, 27 Mac 2012

MENTERI KDN DARI UMNO NI LEBIH BAIK JADI MENTERI KEBUDAYAAN TANPA SUKAN LAH, KAH KAH KAH !

Cuba lah kau orang dengar kenyataannya Menteri Umno ni... beliau ialah Datuk Seri Hishammudin Husien selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang juga sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib... yang berkata Ahli Politik perlu melaporkan pada pihak Polis sekiranya merasakan diri mereka terancam... betul ke apabila dibuat laporan tindakkan akan diambil... atau pun laporan hanya akan tinggal laporan.

Bukan nya aku saja-saja kata beliau ni patut jadi Menteri Kebudayaan Tanpa Sukan tapi tindakkan beliau yang lembab dan terhegih-hegih (itu kalau pun ada niat nak ambil tindakkan) menyebabkan Samseng Mengganggu Ceramah umpama tiada jalan Penyelesaian... sedangkan kalau mengikut kata sepupu beliau yang orang kata takut bini tu ialah demokrasi terbaik bersesuaian dengan Wassatiyah.

Apakah ini Demokrasi Terbaik ala Wassatiyah seperti yang di laungkan oleh Sepupu beliau... sehari selepas beliau mengatakan berkenaan Jenayah Siber... tapi sehari selepas itu beliau pula menyuruh Ahli politik di negara ini melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam... dan berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

Macam mana nak siasat Jenayah Siber yang pelakunya entah dimana... yang samseng didepan mata pun masih tanpa ditangani ada hati nak tangani Jenayah Siber yang pelakunya Umpama Hantu Raya yang tak pasti asal usul nya.. kah kah kah... menurut beliau "Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan".

Jaminan apa yang beliau boleh berikan kalau kenyataan dan perbuatan tak pernah sama dan berbelit-belit... mungkin pihak polis boleh berlaku adil kalau orang yang memberi arahan... memberikan arahan yang betul dan bukan arahan songsang yang membelakangkan keadilan dan keselamatan rakyat... cuba bayangkan program yang dilakukan didalam stadium masih boleh diganggu... dengan balingan objek batu dan kayu dari luar stadium... ianya umpama rangkaian siri gangguan terancang yang diberi kebenaran.

Inilah yang dikatakan pepapatah melayu Tuah Ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu... mungkin beliau bertuah dapat menjadi seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri kalau dibandingkan dengan perwatakkan beliau yang lembab dan terhegih-hegih... tapi jangan lah tuah yang ada pada diri itu menjadikan rakyat mangsa ketidak adilan hanya kerana untuk mengekalkan Tuah Badan yang ditakuti akan berakhir menjelang PRU13.


hemmmmm..... sebenarnya tuah ada yang didapati secara halal dan secara haram... kalau mengikut sejarah kemerdekaan negara, ramai pejuang kemerdekaan tidak bertuah badan untuk merasai nikmat kemerdekaan yang mereka perjuangkan... tapi lagi tak bertuah badan mereka apabila nama mereka sebagai pejuang telah dinafikan oleh orang yang tak berjuang tapi mengaku pejuang dan bertuah badan kerana diangkat sebagai pejuang walaupun secara haram... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

terimakasih kepada sumber gambar.

Isnin, 26 Mac 2012

PERGGHH !!!... MENTERI UMNO NI BERCAKAP SOAL JENAYAH SIBER BEB... KAH KAH KAH !!!.

Dengan mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baru perlakuan jenayah... serta jenayah siber kini semakin meningkat... manakala jenayah jalanan dan indeks perlu terus diberi perhatian terutamanya dalam aspek pencegahan begitulah mengikut apa kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Hishammudi Husein.

Menurut beliau "Kerajaan amat prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa... pihak polis sedar bahawa rata-rata pengguna Internet adalah golongan remaja atau Generasi Y, iaitu terma yang merujuk kepada golongan itu... mereka merupakan golongan yang tampil membuat laporan polis mengenai penipuan dalam transaksi jualan secara dalam talian menggunakan Internet".

"memang diakui kadangkala wujud insiden yang tidak menyenangkan rakyat terhadap sesuatu tindakan polis yang dilakukan dalam kapasiti profesional mereka... namun kesilapan profesional tetap berlaku dalam mana-mana saja organisasi di dunia ini... cuma magnitud atau implikasinya sahaja yang berubah mengikut keadaan dan masa" katanya katanya pada majlis sempena Peringatan Hari Polis ke-205, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Yang hendak diperkatakan disini ialah bagaiman beliau hendak menyelesaikan masalah Jenayah Siber sedangkan Jenayah Terang-Terangan pun beliau gagal atau memilih untuk mengambil tindakkan... kalau mengikut makna Jenayah ianya apabila sesuatu yang memberi kemudaratan kepada rakyat... tak kira sama ada ianya pembangkang atau penyokong kerajaan... dan ini dapat dilihat dari kes-kes samseng dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR).

Sedangkan Jenayah Samseng yang dikenal pasti ini pun beliau tak mampu untuk selesaikan... ini kan pula Jenayah Siber yang pelakunya entah dimana duduknya... bukan tak boleh dan tak mampu beliau lakasanakan... akan tetapi beliau tidak mempunyai kesungguhan untuk kearah itu... umpama Isu salah guna kuasa Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwa oleh MalaysiaKini ada mempunyai bukti... tapi apa tindakkan beliau ?.

Suruh aje lah beliau letak jawatan kalau tak mampu untuk melaksanakan tugas... beri jawatan tersebut kepada yang mampu... jangan menyusahkan rakyat tak kira ianya penyokong pembangkang atau penyokong kerajaan... ini kerana mereka semua rakyat malaysia yang berhak mendapat keadilan sebenar, dan semesti nya tiada pilih bulu demi menegakkan keadilan... yang bukan hanya dilaungkan tanpa usha kearah itu.


hemmmmm..... kalau mengikut penyokong umno tegar dikawasan beliau... menteri ni hanya layak menjadi menteri kebudayaan tanpa dicampurkan dengan sukan... kalau lu orang tak percaya cuba tanya penyokong umno kawasan sembrong tempat beliau wakili... sebab itu samseng tumbuh macam cedawan di kawasan beliau, keh keh keh !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Ahad, 25 Mac 2012

PEMIKIRAN ADUN PERMATANG UMNO NI SAMA DENGAN MP TANJONG KARANG DS NOH OMAR, KERANA CUBA BERSIHKAN TAIK YANG HASSAN ALI TINGGALKAN... KEH KEH KEH !

Semasa Perbahasan Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, yang ketika itu perbahasan sedang disampaikan oleh ADUN N19 Bukit Antrabangsa Yb Azmin Ali... yang  menyentuh perihal bekas Exco Kerajaan Negeri Yb Datuk Hassan Ali yang melalukan ketidak telusan dalam pemberian Tender Pembaikkan Jalan di Negeri Selangor.

Dengan mengemukakan bukti sahih melalui surat yang dihantar oleh Setiausha Politik Datuk Hassan Ali dan ini menyebabkan ADUN N9 Permatang telah bangun dan mengatakan kenapa pendedahan ini dibuat setelah ADUN N17 Gombak Setia tidak lagi menjadi Exco... dan kalau intergreti Kerajaan Negeri  sepatutnya iannya tak mengira kawan atau lawan...selepas itu beliau meminta penjelasan dari Yb Azmin Ali mengenai perkara itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Umno yang mendapat rakan baru... Yb Azmin Ali mengatakan "memang seharusnya rakan dan sahabat wajar disokong atas dasar setia kawan... namun kalau pun nak disokong biarlah ia sesuatu yang benar lagi sahih dan berkenaan kenapa ianya dikeluarkan masa kini dan bukan dipersidangan DUN yang lepas".

Yb Azmin Ali berkata "Saya bersetuju kalau dokumen berkenaan ada pada awal-awal lagi dan tak jadi masalah pada Saya sama ada kawan atau lawan... kerana sy tak mahu mendedahkan sesuatu tanpa bukti sahih yang boleh menyebabkan ianya menjadi bahan fitnah... apa yang mahu ditekan disini ialah... orang mahu kononya memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja melakukan perkara tersebut dan cuba pula mahu mendepani Isu Islam, Melayu dan Raja".

Untuk pengetahuan semua DUN N9 Permatang adalah salah satu DUN yang ada didalam Parlimen Tanjong Karang P95 yang diwakili oleh Datuk Seri Noh Omar... yang juga Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani... dan sudah semestinya otak pemikiran ADUN Permatang ini boleh dikatakan lebih kurang dengan otak Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini juga cuba mempertahankan penyelewengan dalam Isu NFC yang melibatkan Keluarga Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat DatukSeri Sharizat Abdul Jalil.

Disini menampakkan pemikiran beliau yang cuba mengalihkan Isu perihal kelakuan Yb Hassan Ali dengan kegagalan Isu tersebut diketengahkan dari awal yang beliau kata ianya kejadian tahun 2010 dan sekarang persidangan DUN 2012... menurut beliau sudah 2 tahun kejadian tersebut... apakah metametik semua Yb Umno/Bn ni lemah... dengan mengatakan 2 tahun kejadian... sedangkan kalau perkara tersebut terjadi di hujung tahun 2010 ini bermakna kejadian tersebut baru 1 tahun... dan ianya bukan sesuatu yang lama bagi sesuatu pendedahan asalkan ianya bukti sahih.

Sedangkan kejadian video palsu tahun 2001 pun puak Umno cuba ketengahkan sebagai bukti tak kan perkara tahun 2010 dengan bukti sahih tak boleh diketengahkan sebagai bukti... dan dalam Isu rakaman suara yang kononya suara Mat Sabu dan Normah pada tahun 1993 pun puak jadikan Isu walaupun bunyinya macam radio perang dunia pertama yang terpaksa dibuat sari kata kerana tak diketahui apa yang dicakapkan.

Kepada pengundi Muda yang mempunyai Ibubapa dan Saudara yang berumur... cubalah terangkan perihal ADUN dan Ali Parlimen Umno/Bn yang metamatik mereka langsung tak mencapai yang sepatutnya ada pada ADUN dan Ahli Parlimen... terangkan juga kepada mereka segala penyelewengan Umno/Bn yang membuat Harta Negara dan Rakyat umpama Harta Pusaka Inggeris Penjajah Bapa Kepada Umno... keh keh keh !!!.


hemmmmm..... sebenarnya umno sekitar tanjong karang selamat dari kecundang dalam pru12 hanya kerana ianya berjiran dengan kawasan menteri besar selangor pada masa itu... namun peratusan undi umno/bn yang diterima boleh dikatakan cukup-cukup makan aje dan parlimen tanjung karang serta dun-dun dibawahnya dijangka akan dapat di menangi pr dalam pru13 nanti... umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Jumaat, 23 Mac 2012

DEMI NAK HALAL KAN PROJEK LYNAS TAK PASAL-PASAL MENTERI SAHABAT UMNO NI BUAT LAWAK GILA, KAH KAH KAH !


Rasanya lah kan... kalau adalah ketegori Raja Lawak Gila, inilah adegan yang akan mendapat undian paling tinggi tahap gila... sesiapa pun kalau dengar mesti gelak punya... kalau tak gelak memang lah pemikiran nya sama dengan puak-puak umno serta sewaktu dengan nya... kah kah kah !.

Cuba la bayang apabila beliau yang berucap sambil memegang alat pengukur radiasi dan mengatakan ukuran tersebut menunjukkan yang Bangunan Parlimen pun tak selamat kerana ada bacaan Radiasi yang lebih kurang sama dengan bacaan pelepasan radiasi berbahaya di loji terbiar Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Perak kah kah kah !.

Kalau yang bercakap yang bercakap tu hanya pencacai tak lah dihairankan sangat tapi apabila ianya bertahap seorang Menteri itu yang membuat kita gelak macam nak terputus urat kentut... dan ini lah yang dilakukan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata bahawa yang ada bersamanya  ini ialah alat pemantau radiasi yang untuk membuat bacaan yang diperakui.


Menurut kata beliau Sambil memegang Identifinder - alat yang digunakan untuk mengukur tahap radiasi - Ongkili berkata "yang beliau mengambil bacaan di Parlimen - di luar pintu bacaannya 0.22 microsievert/jam dan di dalam dewan 0.1 microsievert/jam... dan jika dakwaan pergerakan alam sekitar Selamatkan Malaysia Stop Lynas '(SMSL) mengenai  adalah tepat, maka bangunan Parlimen pun dalam bahaya... kah kah kah !.

"Ini kerana kadar yang direkodkan oleh SMSL semasa lawatan ke tapak loji berkenaan diperoleh berdasarkan perbandingan dengan bacaan latarbelakang Malaysia dan bukannya bacaan latar belakang lokasi itu.... bacaan 0.19 microseivert/jam di tapak bekas kilang di Bukit Merah dan 0.2 di loji sisa buangan di Bukit Kledang adalah lebih tinggi kerana perbandingan dibuat berdasarkan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu 0.05 microseivert/jam".

"Sebaliknya ia perlu membuat perbandingan dengan bacaan latar belakang di lokasi itu iaitu 0.2-0.75 microseivert/jam.... dan bacaan di kawasan itu lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di Malaysia kerana ia merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah yang menghasilkan amang yang mengandungi torium dan uranium... berdasarkan fakta itu, adalah tidak wajar Yang Berhormat Batu Gajah (Fong Po Kuan (DAP) berasa bimbang dan risau berkenaan tahap keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan itu".


"Kita turut menolak dakwaan SMSL bahawa bacaan yang direkod pada kadar 1.6 microseivert/tahun adalah melebihi tahap selamat bagi orang awam dari segi undang-undang....bacaan 0.2 microseivert/jam bersamaan 1.6 miliseivert/tahun... tetapi bacaan ini apabila ditolak bacaan latar belakang yang juga 1.6 miliseivert/tahun, bacaan akhir adalah sifar".

"Kita berjaya mengurus dan mengurangkan tahap radiasi di kawasan itu. Kita sedang pantau secara luas setiap bacaan oleh mesin-mesin Sistem Pengawasan Radiasi Alam Sekitar (ERMS) dan kita ada data bagi kawasan dalam lingkungan dua hingga 10km dari situ... kerajaan banyak belajar daripada sejarah peristiwa Bukit Merah dan Bukit Kledang dan telah melaksanakan pemantauan berkala di kawasan berkenaan sejak Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dikuatkuasakan pada 1984".

Lawak betul Menteri Sahabat kepada Umno ni... sanggup menyamakan bacaan Radiasi di Bangunan Parlimen yang terhasil dari alam semulajadi dengan bacaan Radiasi dibekas tapak loji terbiar Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Perak... yang mana banyak sudah kes-kes penduduk tempat yang mengalami kesan kecacatan akibat dari Radiasi tersebut dan sanggup membawa alat yang kononya diperakui kesahihan nya umpama lambang dacing Barisan Nasional yang sudah ketinggalan zaman, kah kah kah !


hemmmmm..... umno sanggup mengadakan apa saja kononya bukti sahih walaupun jelas kesahihan nampak tak sahih... umpama mengadakan bukti yang dikatakan video tahun 2001... tapi mutu filem macam filem perang dunia pertama, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeeee..... a b u.

Khamis, 22 Mac 2012

SBPA SENDIRI YANG BUAT PUN TAK BETUL, INI KAN PULA MOU PEMBANTU RUMAH... LU ORANG PIKIR LAH SENDIRI, KAH KAH KAH !

Kalau mengikut kandungan memorandum persefahaman (MOU) tidak timbul soal pihak Indonesia melaksanakan sesuatu di luar kandungan MOU dan perkara itu telah dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu... mengikut apa yang di tunjukkan oleh pegawai Kedutaan Indonesia di Malaysia mengenai dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu.

Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan MOU serta perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu oleh Pasukan Petugas Bersama yang dibentuk bagi membincangkan perincian MOU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.

Katanya lagi "pada mesyuarat 10 Januari lalu pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah... pengasuh... penjaga orang tua dan memasak... di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas".

"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan...mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama antara majikan dan pembantu rumah... dan ini telah dipersetujui pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.

Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu Suryana Sastradiredja berkata "saya sendiri tidak faham dengan perkembangan atau kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri".

Perkara ini timbul minggu lalu apabila Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman mengulas berkenaan kemasukan pertama Pembantu Rumah selepas diberhentikan penghantarannya oleh Kerajaan Indonesia yang " berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia serta hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah".

Inilah satu contoh apabila membuat kerja tak memikirkan keadaan rakyat yang kalau diteliti  ianya serupa dengan apa yang terjadi kepada Sistem Baru Penjawat Awam (SBPA)... kalau SBPA boleh terjadi walaupun ianya dirangka tanpa penglibatan orang lain... macam mana lah MOU pembantu rumah yang dirangka dengan melibatkan orang lain tak jadi bercelaru... kerana membuat kerja hanya melepaskan batuk ditangga tanpa memikirkan keadaan rakyat.

Kalau betul lah isi kandungan MOU yang dikemukakan oleh Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia tersebut... rasa-rasanya apa jawapan yang akan diberi oleh Menteri-Menteri Umno/Bn serta Perdana Menteri khas nya yang sebelum ini menyalahkan pihak Indonesia dan mendakwa yang perkara-perkara tersebut tiada dalam MOU.

Kalau pun betul pihak Indonesia mengikut apa yang ada dalam MOU... tak kan mungkin pihak Malaysia mengakui ianya seperti yang ada dalam MOU... mesti mereka akan mengatakan ianya kesilapan lah atau pun terlepas pandang dan bukan atas kecuaian... dan ini lah yang terjadi kepada SBPA yang dirangka oleh Kerajaan Umno/Bn... yang hampir-hampir menginaya Penjawat Awam Rendah kalau tidak ditentang oleh sebahagian Penjawat Awam yang di sokong oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).


hemmmmm..... kenapa aku kata sebahagian penjawat awam dan hanya ahli parlimen pakatan pembangkang... kerana sebahagian penjawat awam dan ahli parlimen umno/bn ada yang jenis pandai tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh diajar dan kebanyakan yang mewakili nya kaki ampu dan kaki bodek serta main angguk aje apa pemimpin umno/bn cakap... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
.

Rabu, 21 Mac 2012

HASSAN ALI BOLEH JADI RAKAN DATUK T, APABILA MENGATAKAN DSAI TAK LAYAK JADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR KERANA MORAL !

Kalau dah bersahabat dengan Umno sedikit sebanyak perangai bangsat Umno sudah ada pada Datuk Hassan Ali, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak wajar diangkat sebagai pemimpin untuk membantu pembangunan ekonomi di negeri itu ekoran berdepan dengan pelbagai masalah moral.

Ini lah pemimpin yang kononya memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR)... yang apabila bercakap serupa nada nya dengan Pemimpin Umno yang memang bangsat... sebelum ini pun "Datuk T" yang dianggotai oleh Rahim Thamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl pun pernah mengatakan begitu sewaktu menayangkan video sex yang kononya di lakukan oleh DSAI.

Kononya mereka menayangkan video yang kualitinya macam cerita perang dunia pertama atau cerita lawak Charlie Charpelin untuk memberitahu rakyat malaysia siapa DSAI yang sebenarnya, yang menurut mereka seorang yang tidak bermoral dan tidak memimpin Negara... jadi dimana bezanya ucapan Datuk Hassan Ali dengan apa yang diucapkan oleh "Datuk T" yang terkenal mempunyai moral yang terpuji.

Walaupun tidak menyebut nama DSAI tetapi itu jelas ditujukan kepada DSAI... menurutnya "Saya tidak tuju kepada sesiapa namun sama sekali saya tidak setuju jika kita lupakan aspek moral seseorang yang menjaga ekonomi Negeri Selangor... sedangkan cabaran pembangunan adalah untuk 20 hingga 30 tahun akan datang dan ia melibatkan cabaran moral, akhlak dan kemanusiaan... nampaknya orang ini tidak mampu memimpin dan menerajui pembangunan ekonomi Selangor".

Cakap nampak macam berlapik tapi bunyi macam lebih kurang Bangsat yang ada dalam Umno... kenapa beliau tak cakap biar beliau saja dilantik jadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan elaun RM1 seperti yang diterima DSAI... beliau kan pandai berniaga menggunakan air liur saja boleh buat duit dengan menganjurkan motivasi kepada budak sekolah.

Cakap pada beliau kenapa tak masuk aje Umno kalau dah Umno/Bn lebih baik dari Pakatan Rakyat... dan kenapa pula Umno tidak mempelawa beliau menyertai Umno... kerana beliau masih nak berselindung kononya beliau pejuang IMR... sebenar beliau dan Umno tahu betapa majoriti Orang Melayu Islam paling menyampah dengan Umno, Pemimpin Umno dan Penyokong terpilih Umno... atas dasar itu lah beliau tak menyertai Umno dan Pemimpin Umno tak mempelawa beliau.


hemmmmm..... imr,jati dan jalur tiga... nama pun dah nampak berserabut... belum cerita pasal lambang lagi... sebab ada kata logo jati macam logo lucius... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

ISU LYNAS... HJ NAJIB CIPTA LIRIK LAGU BARU UNTUK LYNAS BERTAJUK "TAK FAHAM" KAH KAH KAH !

Siapa tak faham siapa sebetulnya ni Datuk Seri Hj Najib... kami rakyat yang menentang projek lynas lagi tak faham dengan sikap Kerajaan yang mengkaji sesuatu perkara hanya apabila sesudah satu Demo Besar dianjurkan oleh rakyat... akan tetapi sebelum nya itu segala bantahan hanya umpama masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan atau umpama bercakap dengan Orang Pekak.

Dengan mengatakan tidak faham dengan sikap pembankang yang membantah usul penububuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PAC) Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam... yang mana isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian dan perlu ditangani semua pihak... kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

Menurut beliau "Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan... ini bukan soal politik... ini soal kepentingan rakyat dan negara... kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian... saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik" katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini.

Wah wah wah... kalau benda yang tak menguntung Umno/Bn dikatakan Bipartisan tapi kalau menguntungkan Umno/Bn yang dalam kain orang tak apa asal Pemimpin Umno untung... inilah sikap Pemimpin Umno yang hanya tahu keuntungan pada diri... sedangkan  Isu Lynas sudah lama dibantah keujudan nya oleh Pakatan Rakyat (PR) serta beberapa parti-parti yang ada didalam Bn kecuali Umno dan Pemimpin nya... tapi hanya selepas Demo Besar yang dihadiri ribuan rakyat baru nak ditubuhkan PAC untuk kaji Projek Lynas.

Adakah kerana kebodohan... ketidak pandaian Pemimpin Umno/Bn banyak isu yang dilakasanakan dahulu...lepas tu baru nak kaji dan tubuh PAC... kenapa sebelum ianya diluluskan tidak ditubuhkan PAC terlebih dahulu... bukan kah elok sebelum masa, tenaga dan kewangan dibuang akibat menetang dan menyokong ianya di tubuhkan... umpamanya Isu Bersih dan SBPA.

Atau sebenarnya Pemimpin Umno/Bn tak peduli kalau kerugian masa, tenaga dan kewangan yang bukan milik mereka... yang mereka pedulikan apabila sesuatu projek boleh membawa keuntungan kepada mereka sahaja... nasib rakyat hanya diambil kira apabila Umno/Bn ada keuntungan... kalau tiada keuntungan kan dikatakan Bipartisan... kah kah kah !.

Memang jelas dan terang Pemimpin Umno ni mewarisi perangai Inggeris Penjajah sebagai Bapa yang melahirkan Umno tanpa diketahui siapa Ibunya... yang suka mengadu dumba serta pecah perintah sehingga boleh menjajah Nagara ini tanpa perlu bekerja keras... kesudahan nya mengaku diri baik tapi kebaikan cuba diminta iktirafkan pada orang yang dijajah... dan seperti Umno tanpa berjuang tapi mengaku pejuang Kemerdekaan Negara dan menghilangkan terus orang yang benar-benar berjuang untuk Kemerdekaan.


hemmmmm..... tubuhkan pac bukan kerana menjaga nasib rakyat tapi nak jaga nyawa pemimpin umno yang dah nazak dalam politik negara... yang dijangkakan malaikat maut akan tiba pada pru13 bagi mencabut nyawa umno kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

HASSAN ALI KATA SAYA TIADA MASALAH JADI WAKIL BEBAS, TAPI SEISI PERBAHASAN BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK, KAH KAH KAH !

Kalau Menurut kata Datuk Hassan Ali, beliau tiada masalah menjadi Ahli bebas dan berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Persidangan Dewan Undangan kali kelima yang pertama kali beliau menjadi Adun Bebas dalam Persidangan DUN Selangor yang bermula semalam.

Akan tetapi selepas dua hari DUN bersidang beliau belum pernah muncul didalam seisi soal jawap persidangan... dan mengikut kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman dimasa Majlis Santapan Diraja pun beliau tidak menghadirkan diri... ini berlawanan sekali dengan konsep perjuangan Islam. Melayu dan Raja (IMR) yang beliau perjuangkan.

Menurut Dr Rani "Saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang... Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua... Yb Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan IMR".

Majlis Santapan Diraja pun beliau tak sanggup menghadapi Adun PR... ini kan pula hendak menghadiri seisi soal jawap... mungkin alasan berpuasa diberi untuk mengelak dari hadir... tapi kalau kononya Pejuang IMR tak salah beliau datang dan menyertai sekali atas seorang yang berpuasa... semesti nya Pejuang IMR punya ketahanan menahan nafsu yang berlainan dari orang yang bukan Pejuang IMR.

Macam mana beliau nak menghadapi suasana baru yang bila beliau bercakap ianya akan dibangkang oleh orang yang kenal akan beliau... kalau berceramah memang nampak hebat kerana orang hanya mendengar saja apa yang beliau katakan... disitu beliau akan kelihatan seperti tiada orang lain yang layak memperjuangkan Islam melainkan beliau dan JATI.... macam Hj Najib lah juga yang nampak hebat bila bercakap dengan penyokong Umno.... tapi bila disoal dalam Dewan Rakyat... lain orang tanya bukan lain dijawap... tapi langsung tak jawap... kah kah kah !.


hemmmmm..... tunggu lah beliau sedang berfikir apa alasan yang beliau akan beri kerana tidak hadir seisi soal jawap sejak persidangan dun bermula... mungkin beliau ada di kawasan beliau wakil untuk mendengar masalah rakyat... bukan ke beliau seorang wakil rakyat yang perihatin terhadap rakyat yang diwakilinya... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

terima kasih kepada sumber gambar

Selasa, 20 Mac 2012

KATA HJ NAJIB, RAKYAT SEMAKIN BIJAK DAN BUKAN MUDAH MENDAPAT 2/3 BERBANDING DULU... MUNGKIN SEMASA RAKYAT BODOH KOT !

Dengan mengakui yang senario politik semasa Datuk Seri Hj Najib mengatakan kemenangan majoriti 2/3 kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini... serta mengakui tugas mendapatkan majoriti 2/3 bukan sesuatu yang mudah.

Menurut beliau "kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial... rakyat juga semakin bijak (mungkin beliau maksudkan rakyat dulu bodoh) selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur.

Akan tetapi beliau silap apabila memberi amaran sekiranya Umno/Bn gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa  ketidaktentuan politik kepada negara... cakap ini kebiasaan nya selalu di ucap semasa rakyat bodoh.

Mungkin kata-kata tersebut kalau diucapkan semasa zaman rakyat bodoh mungkin akan diterima... tapi kerana ianya di ucapkan zaman rakyat dah cerdik maka kata-kata beliau umpama orang tua menakutkan orang dewasa yang sesuatu tempat itu ada hantu... mana mungkin mejoriti orang dewasa akan takut... walaupun diakui ada orang dewasa yang takut kerana masih berfikiran budak-budak  kah kah kah !!!.

Berbeza di masa lalu yang dikatakan zaman rakyat bodoh oleh Datuk Seri Hj Najib... Umno/Bn tidak perlu berkerja keras dalam kempen Pilihan Raya... hanya yang perlu sediakan kemah dan buat bihun goreng sudah cukup menjamin kemenang Umno/Bn dan pernah dikatakan letak calon katak atau tahi lembu pun Umno/Bn boleh menang.

Disebabkan Rakyat semakin bijak itu lah sebenarnya membuatkan majoriti 2/3 tidak mudah diperolehi oleh Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang (itu pun kalau masih boleh menang)... dan sudah tentunya Umno/Bn mengharapkan rakyat supaya bodoh untuk mudah rakyat diperbodohkan.

Namun keadaan itu semuanya dah jadi sejarah yang tak akan berulang lagi... rakyat sekarang mahukan ketelusan yang sahih... bukan nya ketelusan yang masuk bakul angkat sendiri... dan hasil tiada nya majoriti 2/3 Umno/Bn... rakyat diberi bermacam imbuhan terus... yang pertama kali dirasai selepas 54 tahun Umno/Bn memerintah.

Apa yang belum dirasai oleh rakyat ialah keadaan yang mungkin lebih baik kalau Umno/Bn menjadi Pembangkang atau pun dilenyapkan terus dari Politik Negara... kerana salah guna kuasa yang telah diamanahklan oleh orang terdahulu... dimasa Umno/Bn tiada majoriti 2/3 pun banyak salah urus takbir Negara dilakukan... cuba bayangkan apa akan terjadi kepada Negara kalau Umno/Bn mempunyai majoriti 2/3 ?.


hemmmmm..... di sebelah pakatan rakyat cukup sekadar dapat memerintah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat... sekarang pun umno/bn tiada mejoriti 2/3 tapi negara masih aman untuk perompak merompak harta rakyat... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

GERAN KERAJAAN CARA PEROMPAKAN TERBARU HARTA RAKYAT OLEH UMNO !!!


Apabila sesuatu projek kerajaan yang ditenderkan yang termasuk dalam kelulusan tender ialah Geran Kerajaan... Geran bermaksud ianya diberi secara percuma oleh Kerajaan dalam sesuatu nilaian bantuan kepada Syarikat yang mendapat projek dan adakah wajar selepas tender di beri maka Geran juga diberi?.

Dalam kata lain Syarikat yang dianugerahkan projek juga akan mendapat Geran Percuma dari Kerajaan... isu Geran ini timbul apabila Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Hj Najib mengesahkan samada geran bernilai RM976.7 juta akan dikembalikan semula kepada rakyat selaku pembayar cukai atau tidak dikembalikan.

Menurut Rafizi Ini "geran itu diberi pentadbiran Najib kepada Maju Holdings Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya.... dan Maju Holdings yang juga syarikat kroni Umno bagaimanapun menjual projek itu kepada EP Manufacturing Berhad baru-baru ini dengan urusniaga itu dilapor bernilai RM1.7 bilion".

"Saya menganggar suntikan dana yang dibuat Maju Holdings Sdn Bhd (dalam projek itu) hanya sekitar RM60juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan... oleh itu penjualan RM1.7 bilion ini bakal memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd jika geran kerajaan RM976.6 juta tidak dikembalikan".

"Dan Jika itu berlaku katanya Maju Holdings bakal membuat untung atas angin sekitar RM1.33 bilion dengan urusniaga itu penuh rahsia... jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan Maju Holdings Sdn Bhd apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno?" soal Rafizi.


Disini persoalan nya bukan penyokong kuat Umno atau penyokong kuat Pembangkang... yang dipersoalkan ialah Harta Rakyat sebanyak RM976.7 juta diberi secara percuma selepas dianugerahkan tender... kalau dalam isu NFC, geran nya cuma RM75 juta tak termasuk pinjaman mudah RM250 juta mungkin kerana pijaman mudah lebih besar dan RM75 juta tak diperbesarkan sangat.

Syarikat yang akan terbaru mendapat geran ialah Europlus untuk Projek Lebuh Raya Banting-Taiping yang mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.

Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri dengan konsesi 60 tahun... sudah lah geran kerajaan dari Harta Rakyat dapat... konsesi 60 tahun Tol akan dikutip dari Rakyat... memang boleh dipanggil Perompakan Alah Baru tahap gila !.

Dengan pemberian Geran ia adalah cara perompakan terbaru Harta Rakyat yang lebih halus dan tidak akan didakwa, kerana ia telah dihalalkan atas nama Geran... kalau ini tak dibendung maka harta Rakyat akan hilang dengan lebih besar lagi kerana ianya dibuat dengan cara yang sungguh indah didengar dan tidak salah disisi Undang-Undang... memang bijak betul Umno ni menipu... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... 22 tahun tun madey memerintah kerugian harta rakyat dianggarkan hampir rm100 bilion... rasanya lepas beliau ni kerugian akan lebih besar kerana umno telah membuka satu lagi lorong kerugian iaitu geran... bermakna sekarang ada dua lorong kerugian penyelewengan dan geran... satu halal satu haram... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Isnin, 19 Mac 2012

TAN SRI KADIR SAHKAN BELIAU MAHU MENCABUT NYAWA UMNO... KAH KAH KAH !

Akhirnya Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti... ini setelah dakwaan beliau yang Umno membeli undi telah dijadikan bahan kecaman oleh ahli dan pemimpin Umno terhadap beliau.

Menurut nya "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini" katanya dalam satu kenyataan media ringkas... beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti Umno sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau juga pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan beliau juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri... antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk Penerangan dan Pelancongan.

Sekarang beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang Presiden nya ialah Tengku Razaligh Hamzah (Ku Li) merangkap Ahli Parlimen Gua Musang-Kelantan yang juga bekas Naib Presiden Umno serta bekas Menteri Kewangan Malaysia... Amanah juga dianggotai oleh Ahli Parlimen Pandan-Selangor yang juga bekas Presiden MCA serta bekas Menteri Pengangkutan Malaysia.

Apa kesan dan akibat dari keluar Umno oleh beliau kepada Umno kususnya Umno Negeri Kedah belum dapat dipastikan... namun yang pasti cita-cita Umno untuk menawan kembali Negeri Kedah dari Pakatan Rakyat (PR) boleh dianggap impian terkubur yang hanya impian dan angan-angan yang jauh dari jangkauan Umno... mungkin yang patut Pemimpin Umno fikirkan sekarang ialah bagaimana hendak mempertahankan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi dalam PRU12... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... perkembangan ini membuatkan tun madey tak tidur malam memikirkan nasib anak beliau dalam pru13 nanti... yang hajat dihati mahukan anak menjadi perdana menteri sebelum beliau menutup mata... namun nampak nya mata beliau mungkin tak tertutup kerana dik hajat yang tak kesampaian... sedih... hu hu hu !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

PERRRGGGH...SALEPAS KATA MOHON MAAF, HARI NI HJ NAJIB KATA YAKIN MENANG PULAK DAH... KAH KAH KAH !

Kalau semasa lawatan Datuk Seri Hj Najib terdahulu, beliau telah memohon maaf  kepada Rakyat Negeri Selangor atas kesilapan yang dilakukan oleh Umno/BN dan mohon diberi kepercayaan untuk memerintah kembali... namun hari ini kenyataan mohon maaf tersebut tidak diulangi tetapi terus menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional BN boleh menang terhadap Negeri-Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR), kah kah kah !.

Kalau beliau bercakap mengenai kerusi Parlimen Pekan atau Negeri Johor mungkin cakap Datuk Seri Hj Najib tersebut boleh dipertimbangkan... tapi bila beliau mengatakan hari ini yang beliau yakin dengan keupayaan  BN untuk merampas Negeri-Negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13)... baik suruh aje beliau ambil cermin dan tengok muka beliau, kah kah kah!.

Kenapa dikatakan begitu... kerana mana ada Negeri kalau diyakini menang akan dilawati kerap kali macam dah tiada Negeri lain dalam Malaysia ni, kecuali lah Negeri Kelantan dan Pulau Pinang yang beliau yakini kalah... ini menunjukkan beliau tidak yakin boleh menang dan lawatan beliau di Negeri Selangor hari ini hanya untuk memberi motivasi kepada Jentera Pilihan Raya BN supaya tidak lesu menghadapi PRU13 nanti.

Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatan beliau ke Negeri Selangor hari ini... yang kalau dikira entah berapa kali semenjak awal tahun 2012, begitu juga hal nya dengan Negeri Perak yang beliau lawati umpama beliau akan bertanding di negeri tersebut... dan berlainan dengan Negeri Johor yang hanya sekali beliau lawati kerana keyakinan beliau yang BN boleh menang di negeri tersebut walau pun keadaan nya belum tentu.

Sama ada beliau sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau tersebut hanya menunjukkan ketidak upayaan Pemimpin Umno/BN untuk memenangi kembali Negeri-Negeri tersebut... yang tewas mengejut dalam PRU12... ianya sesuatu tidak disangka berdasarkan serba kekurangan yang ada didalam jentera pilihan raya PR, namun ianya boleh terjadi... ini kan pula dengan keselesaan rakyat dibawah PR yang dilihat lebih Telus dan Amanah maka angan-angan Pemimpin Umno/BN boleh dianggap sebagai Angan-Angan Mat Jenin, kah kah kah !.


hemmmmm..... umno/bn teringin sangat untuk menawan kembali negeri selangor... manakan tidak bila melihat hasil negeri yang bertambah berdasarkan simpanan negeri yang mencecah hampir rm 2 bilion... serta hasil pasir yang banyak walaupun baru empat tahun pr menerajui negeri selangor berbanding 50 umno/bn memerintah, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee..... a b u.

Sabtu, 17 Mac 2012

TAN SRI ABDUL KADIR TOLONG MALAIKAT MAUT CABUT NYAWA UMNO... KAH KAH KAH !!!

Dengan nada yang bersahaja campur keyakinan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan... parti Umno dan juga Barisan Nasional (BN) tidak pernah dan tidak ada keperluan untuk membeli undi pada pilihan raya umum... ye ke... kita gelak dulu mendengarkan kata-kata Setiausaha Agung Umno ni kah kah kah !!!.

Beliau hari ini menafikan dakwaan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang juga bekas Menteri Penerangan... dan masih menjawat Jawatan Bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baru... Tengku Adnan berkata... "bekas anggota Kabinet itu seharusnya mengadakan perbincangan dengan parti jika ada sesuatu yang tidak kena".

Menurut beliau lagi "Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu  Tan Sri Abdul Kadir yang dilaporkan mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008... siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut... kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan".

Apa pulak tak betulnya... dah memang Tan Sri Abdul Kadir yang mengaku berkata begitu... dan kata-kata itu juga di ulangi beliau semasa pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno Bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu... yang sudah tentu adik beliau Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim- Bandar Baru turut ada bersama.

Sebenarnya Umno bukan nak siasat betul ke tidak kata-kata Tan Sri Abdul Kadir... yang Umno nak siasat ialah apa risiko nya kalau Tan Sri Abdul Kadir di jatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno... 1Malaysia dah tahu yang beliau mengeluarkan kata-kata tersebut... tapi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kata nak siasat... kah kah kah !!!.

Kenapa lah Umno ada Setiausaha Agung yang macam ni... lambat dengar berita... orang lain dah tahu dia masih nak siasat... ataupun saja-saja buat kata tak tahu kot... ialah yang nak dikenakan tindakkan pun ada pengikut mungkin tak seramai pengikut Datuk Hassan Ali... kerana pengikut Datuk Hassan telah menentukan kemenangan PAS dalam PRU12... kalau tak kerana beliau PAS tak menang di Selangor... patut pun beliau perasan habis... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... hanya ada dua pilihan untuk lembaga disiplin umno... gantung atau buang... tapi lantak hampa lah umno oiii... kerana lagi hampa bergaduh lagi cepat lah umno terkubur terkubur... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b  u.

YB UMNO PASIR SALAK NI PATUT JUAL BUAH SALAK AJE !.

Adakah patut kerana kegigihan Rakyat Kelantan berniaga Tom Yam diluar Negeri Kelantan boleh dikatakan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan peluang Ekonomi kepada Rakyat Kelantan... dan inilah yang didakwa oleh AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi mangsa kecaman bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana Rakyat Kelantan berniaga Tom Yam.

Memang patut beliau menjadi bahan kecaman kerana kenyataan tersebut langsung tidak menggambarkan kenyataan sebenar... ini memandangkan kemahiran memasak Tom Yam yang ada pada Rakyat Kelantan boleh di umpamakan seperti makanan-makanan lain yang popular dari negeri-negeri dalam negara... umpamanya mee rebus Muar... nasi kandar Pulau Pinang... masak cili api Negeri Sembilan dan sebagainya.

Cuba amati kata-kata beliau tersebut "Saya kata kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada Rakyat Kelantan... bukan hina penjual tomyam Kelantan... Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” kata nya berulang kali... yang ini dianggap cuba menghina Rakyat Negeri Kelantan oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Yb Salahuddin Ayub PAS-Kubang Kerian menyangkal dengan kata "Jangan hina orang Melayu berniaga Tom Yam... harta dia halal... jangan hina Orang Kelantan "... namun Ahli Parlimen Pasir Salak itu cuba menafikan bahawa itu kata penghinaan... menurutnya" jangan nak belit-belit... Saya tak hina penjual Tom Yam... tetapi kerajaan PAS gagal (sediakan peluang pekerjaan)... Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita... kita dah buat... Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?"

Adakah kerana Rakyat Negeri Johor berniaga Mee Rebus Muar di Kuala Lumpur ianya boleh didibaratkan kegagalan Kerajaan Negeri Johor gagal menyediakan peluang ekonomi... dan banyaknya Restauran Nasi Kandar Pulau Pinang mengambarkan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan peluang ekonomi... macam mana Ahli Parlimen Umno/Bn ni boleh mengeluarkan kata-kata umpama cakap kedai kopi... kah kah kah !.

YANG NI AKU KENA PUJI BELIAU

hemmmmm..... lain kali kalau nak berbahas buat lah rujukkan dulu supaya tak merapu kehulu kehilir... bila orang lain cuba  menyanggah kenyataan awak nanti dikatakan menyentuh peribadi... tapi bila buat kenyataan mengalahkan cakap orang jual buah salak... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Jumaat, 16 Mac 2012

PINJAMAN NFC FAEDAH 2 %, PINJAMAN RUMAH RAKYAT MISKIN FAEDAH 6.5 %, BACA APA KATA MENTERI UMNO YG TAK BERTANDING NI !

Mungkin bila Pemimpin Umno dan Penyokong Terpilih Umno merangkap pencacai megatakan RM82 tidak berapa memberi kesan jika penurunan kadar faedah dibuat keatas pijaman Rumah Rakyat Termiskin... jelas ini menunjukkan sikap dan perangai mereka yang sebenar terhadap permasalahan rakyat miskin... Sedangkan projek NFC untuk menjadi kaya raya ala Maha-Firaun hanya dikenakan kadar faedah 2% manakala Perumahan Rakyat Miskin dikenakan kadar faedah 6.5% dan pemimpin Umno ni masih boleh lagi mengatakan kalau turun kadar faedah kepada 2.5% bezanya cuma RM82 sahaja dan ianya terlalu kecil.

Tidak kah pemimpin Umno tahu beza antara Perumahan Rakyat Miskain dengan Projek Untuk Jadi Kaya Raya Ala Maha-Firaun... atau pemimpin Umno hanya mengaku perihatin nasib rakyat miskin hanya sekadar hendak menipu rakyat miskin demi mendapatkan kuasa... apa beza antara perangai Along dengan sikap Pemimpin Umno... Along juga mengatakan mereka menolong orang... dan kata tolong mesti ada upah maa... wajar  mereka berkata begitu sebab mereka Along dan gunakan Wang Mereka Sendiri untuk menolong orang walaupun kesudahanya ada unsur penindasan.

Akan tetapi Pemimpin Umno adalah mewakili rakyat yang kalaupun tak semua namun sebahagian adalah rakyat yang memilih mereka... dan mereka sepatut menjalankan tanggungjawap sejajar dengan keperluan rakyat kerana apa yang mereka gunakan adalah hak rakyat dan bukan Harta Pusaka Inggeris Penjajah Bapa Kepada Umno Yang Punya.

Cubalah amati kata-kata Pemimpin Umno yang wajar ditolak oleh rakyat walau dimana pun beliau bertanding... Menurutnya "Sekiranya kadar tersebut diturunkan kepada 2.5 peratus, ia akan berkurangan RM161. perbezaan cuma RM82... ini hanyalah helah pembangkang... jika mereka hanya bayar RM124 sebulan... ia akan mengambil masa 50 tahun dan ada masa itu mereka mungkin sudah meninggal dunia sebelum dapat menikmati kelebihannya".

Kalau diamati kata-kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu di Parlimen Raja Nong Chik Raj Zainal Abidin  ini memang beliau tidak tahu atau buat-buat tak tahu tentang metametik... yang mana lagi tinggi kadar faedah lagi tinggi bayaran nya... dan kalau pun lama baru rakyat miskin dapat menyelesaikan hutang rumah... apa masalah nya kalau dah memang mereka rakyat miskin.

Kononya pemimpin Umno pandai dan berjiwa rakyat... tak kan masalah rakyat yang 20,000 penyewa rumah DBKL pun tak boleh ditolong yang hanya melibatkan perbelanjaan RM1.5 bilion... sedangkan kerugian di zaman Tun Madey selama 22 tahun dianggarkan hampir RM100 bilion lebih yang diketahui... belum lagi yang tak diketahui... dan hanya baru sekarang BR1M RM500 dirasai Rakyat Miskin setelah 50 tahun Umno/Bn memerintah itu pun setelah keadaan Umno/Bn tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sebab itu juga lah DEB yang mensasarkan 30 % pegangan ekuiti bumiputra tak pernah tercapai walaupun RM1.3 trilion dihabiskan dalam masa 20 tahun... kerana kata-kata untuk membasmi kemiskinan kaum bumiputra hanya drama dan lakonan... sedangkan kekayaan negara yang banyak mendapatnya hanyalah Pemimpin Umno/Bn dan Penyokong Terpilh Merangkap Pencaci sahaja.


hemmmmm..... cuba kau orang bahagikan berapa jawapan kalau rm500 bahagi 50 tahun... jawapan nya rm10 1 tahun (365 hari)... bahagikan pulak rm10 dengan 365 hari... jawapan nya rm0.028 sen 1 hari... 3 sen 1 hari pun tak sampai... itu pun pemimpin umno masih berbangga macam duit pusaka inggeris penjajah bapa umno yg punya... dan sudah tentu rm82 satu nilai besar kepada rakyat miskin didalam bandar kuala lumpur...  kena suruh pemimpin umno masuk kelas metametik lagi... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Khamis, 15 Mac 2012

HASIL PASIR NEGERI SELANGOR BUAT PEMIMPIN UMNO TELAN AIR LIUR... KAH KAH KAH !!!.

WAJAR BELIAU DIGELAR RAJA PASIR

Diucapkan setinggi taniah buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan kerana telah menjadikan Pasir sebagai hasil Negeri Selangor yang menarik minat Pemimpin Umno serta Penyokong Terpilih merangkap Pencacai Umno Tegar yang rata-ratanya orang melayu... hinggakan terlupa pepatah melayu yang tak suka didengar iaitu "mencampakkan pasir kedalam periuk nasi" kah kah kah !.

NASIB PASIR DIHARGAI UMPAMA LEMBU NFC

Kalau sebelum ini pasir hanya hasil sampingan yang tak diketahui berapa sebenar sumbanganya untuk pendapatan Negeri Selangor... namun selepas empat tahun Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri hasil Pasir cukup memberangsangkan... hingga membuat Pemimpin Umno Selangor serta Penyokong merangkap Pencaci Umno Tegar terliur dan termimpi-mimpi dengan hasil yang begitu banyak... kah kah kah !.

MACAM MANA AIR LIUR UMNO TAK MELELEH

Walaupun Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)... namun Pemimpin Umno Selangor tetap mendakwa ia gagal menyelesaikan masalah kerana tiada tindakan diambil selepas sesi pendengaran awam selesai.

ANGGOTA SELCAT

Dalam perkembangan terbaru Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Jamal menyatakan sudah tiba masanya Kerajaan Negeri jujur dengan rakyat khususnya di Selangor dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SIC)... untuk menyiasat isu penyelewengan pasir di Negeri Selangor... mungkin yang tak sejujur semasa Umno/Bn menerajui Negeri Selangor dengan Pemimpinnya jujur-jujur belaka... kah kah kah !.

Menurut beliau "jika Kerajaan Negeri jujur... mereka patut setuju dengan kita supaya tubuhkan SIC untuk siasat semua perkara yang menjadi tanda tanya rakyat supaya masyarakat tidak berasa tertipu... sehingga hari ini SELCAT tidak cukup telus dan mereka hanya jawab masih dalam siasatan... sedangkan isu pasir itu sudah tiga tahun" katanya kepada Sinar Harian.

BADAN YANG DITUBUHKAN UMNO/BN

Pada dasarnya aku bersetuju dengan saranan Pemimpin Umno Selangor ni... namun begitu seharus nya Pemimpin-Pemimpin Umno Selangor terlebih dahulu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kalau benar mereka mempunyai bukti kukuh dalam Isu Pasir... dan bukan hanya melaungkan mereka ada bukti atas dasar mencari nafas yang tinggal nyawa-nyawa ikan... kah kah kah !.

Sebagai Pengundi di Negeri Selangor... aku juga mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang Amanah, Jujur dan Telus... dan semesti aku tak mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang semacam Umno/Bn yang selama hampir 50tahun menerajui Kerajaan Negeri Selangor berulang... yang mana ianya penuh dengan Kesalahan Guna Kuasa umpama Negeri Selangor Pusaka Bapak Inggeris Penjajah Umno yang punya... kah kah kah !

KAU ORANG NILAILAH SENDIRI

Untuk itu Pemimpin Pakatan Rakyat yang menerajui Negeri Selangor harus sedar... yang kuasa diamanahkan rakyat tidak dipersiakan dengan penyelewengan... dan nasib anda Pemimpin Pakatan Rakyat akan sama Terkubur seperti Pemimpin Umno/Bn jikalau budaya Penyelewengan dijadikan amalan seperti Pemimpin Umno menjadikanya amalan.


hemmmmm..... buat pemimpin-pemimpin umno... rakyat selangor dah serik ditipu oleh kamu... kamu hanya sekarang hanya layak menjadi pembangkang... oleh itu gunakan lah kuasa membangkang itu dengan sebaik-baik nya... sebab ditakuti suatu masa nanti jadi pembangkang pun umno tak ujud dinegeri selangor... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... A B U.

Terimakasih kepada sumber gambar.