DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 17 Mac 2012

YB UMNO PASIR SALAK NI PATUT JUAL BUAH SALAK AJE !.

Adakah patut kerana kegigihan Rakyat Kelantan berniaga Tom Yam diluar Negeri Kelantan boleh dikatakan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan peluang Ekonomi kepada Rakyat Kelantan... dan inilah yang didakwa oleh AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi mangsa kecaman bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana Rakyat Kelantan berniaga Tom Yam.

Memang patut beliau menjadi bahan kecaman kerana kenyataan tersebut langsung tidak menggambarkan kenyataan sebenar... ini memandangkan kemahiran memasak Tom Yam yang ada pada Rakyat Kelantan boleh di umpamakan seperti makanan-makanan lain yang popular dari negeri-negeri dalam negara... umpamanya mee rebus Muar... nasi kandar Pulau Pinang... masak cili api Negeri Sembilan dan sebagainya.

Cuba amati kata-kata beliau tersebut "Saya kata kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada Rakyat Kelantan... bukan hina penjual tomyam Kelantan... Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” kata nya berulang kali... yang ini dianggap cuba menghina Rakyat Negeri Kelantan oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Yb Salahuddin Ayub PAS-Kubang Kerian menyangkal dengan kata "Jangan hina orang Melayu berniaga Tom Yam... harta dia halal... jangan hina Orang Kelantan "... namun Ahli Parlimen Pasir Salak itu cuba menafikan bahawa itu kata penghinaan... menurutnya" jangan nak belit-belit... Saya tak hina penjual Tom Yam... tetapi kerajaan PAS gagal (sediakan peluang pekerjaan)... Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita... kita dah buat... Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?"

Adakah kerana Rakyat Negeri Johor berniaga Mee Rebus Muar di Kuala Lumpur ianya boleh didibaratkan kegagalan Kerajaan Negeri Johor gagal menyediakan peluang ekonomi... dan banyaknya Restauran Nasi Kandar Pulau Pinang mengambarkan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan peluang ekonomi... macam mana Ahli Parlimen Umno/Bn ni boleh mengeluarkan kata-kata umpama cakap kedai kopi... kah kah kah !.

YANG NI AKU KENA PUJI BELIAU

hemmmmm..... lain kali kalau nak berbahas buat lah rujukkan dulu supaya tak merapu kehulu kehilir... bila orang lain cuba  menyanggah kenyataan awak nanti dikatakan menyentuh peribadi... tapi bila buat kenyataan mengalahkan cakap orang jual buah salak... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

2 ulasan:

  1. patutlah BN tak boleh menang di kelantan. mana tidaknya,mereka ini asyik dok hina orang kelantan jeee sediakala.

    Pemimpin BN selalunya akan berhujah2 macam2 seperti Org kelantan miskin,tak maju,teruk dan macam lagi label dikenakan kp rakyat kelantan.

    carilah hujah lain utk menawan hati orang kelantan,hujah yg pro dan berhemah mengapa BN diperlukan di Kelantan......

    senang jeee cari dan tonjolkan pemimpin2 yg terdiri dr kalangan Muslim beriman dan benar2 bertaqwa dgn Allah swt...Insyaallah kalau pemimpin2 BN sebegini tentu orang kelantan akan menerimanya....

    BalasPadam
  2. Hello I am Alisharesidennce,
    Could you please link my blog http://alisharesidence.blogspot.com/ to yours?
    Hope you are kind,

    Alisha

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....