DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 20 Mac 2012

KATA HJ NAJIB, RAKYAT SEMAKIN BIJAK DAN BUKAN MUDAH MENDAPAT 2/3 BERBANDING DULU... MUNGKIN SEMASA RAKYAT BODOH KOT !

Dengan mengakui yang senario politik semasa Datuk Seri Hj Najib mengatakan kemenangan majoriti 2/3 kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini... serta mengakui tugas mendapatkan majoriti 2/3 bukan sesuatu yang mudah.

Menurut beliau "kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial... rakyat juga semakin bijak (mungkin beliau maksudkan rakyat dulu bodoh) selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur.

Akan tetapi beliau silap apabila memberi amaran sekiranya Umno/Bn gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa  ketidaktentuan politik kepada negara... cakap ini kebiasaan nya selalu di ucap semasa rakyat bodoh.

Mungkin kata-kata tersebut kalau diucapkan semasa zaman rakyat bodoh mungkin akan diterima... tapi kerana ianya di ucapkan zaman rakyat dah cerdik maka kata-kata beliau umpama orang tua menakutkan orang dewasa yang sesuatu tempat itu ada hantu... mana mungkin mejoriti orang dewasa akan takut... walaupun diakui ada orang dewasa yang takut kerana masih berfikiran budak-budak  kah kah kah !!!.

Berbeza di masa lalu yang dikatakan zaman rakyat bodoh oleh Datuk Seri Hj Najib... Umno/Bn tidak perlu berkerja keras dalam kempen Pilihan Raya... hanya yang perlu sediakan kemah dan buat bihun goreng sudah cukup menjamin kemenang Umno/Bn dan pernah dikatakan letak calon katak atau tahi lembu pun Umno/Bn boleh menang.

Disebabkan Rakyat semakin bijak itu lah sebenarnya membuatkan majoriti 2/3 tidak mudah diperolehi oleh Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang (itu pun kalau masih boleh menang)... dan sudah tentunya Umno/Bn mengharapkan rakyat supaya bodoh untuk mudah rakyat diperbodohkan.

Namun keadaan itu semuanya dah jadi sejarah yang tak akan berulang lagi... rakyat sekarang mahukan ketelusan yang sahih... bukan nya ketelusan yang masuk bakul angkat sendiri... dan hasil tiada nya majoriti 2/3 Umno/Bn... rakyat diberi bermacam imbuhan terus... yang pertama kali dirasai selepas 54 tahun Umno/Bn memerintah.

Apa yang belum dirasai oleh rakyat ialah keadaan yang mungkin lebih baik kalau Umno/Bn menjadi Pembangkang atau pun dilenyapkan terus dari Politik Negara... kerana salah guna kuasa yang telah diamanahklan oleh orang terdahulu... dimasa Umno/Bn tiada majoriti 2/3 pun banyak salah urus takbir Negara dilakukan... cuba bayangkan apa akan terjadi kepada Negara kalau Umno/Bn mempunyai majoriti 2/3 ?.


hemmmmm..... di sebelah pakatan rakyat cukup sekadar dapat memerintah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat... sekarang pun umno/bn tiada mejoriti 2/3 tapi negara masih aman untuk perompak merompak harta rakyat... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....