DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 20 Mac 2012

GERAN KERAJAAN CARA PEROMPAKAN TERBARU HARTA RAKYAT OLEH UMNO !!!


Apabila sesuatu projek kerajaan yang ditenderkan yang termasuk dalam kelulusan tender ialah Geran Kerajaan... Geran bermaksud ianya diberi secara percuma oleh Kerajaan dalam sesuatu nilaian bantuan kepada Syarikat yang mendapat projek dan adakah wajar selepas tender di beri maka Geran juga diberi?.

Dalam kata lain Syarikat yang dianugerahkan projek juga akan mendapat Geran Percuma dari Kerajaan... isu Geran ini timbul apabila Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Hj Najib mengesahkan samada geran bernilai RM976.7 juta akan dikembalikan semula kepada rakyat selaku pembayar cukai atau tidak dikembalikan.

Menurut Rafizi Ini "geran itu diberi pentadbiran Najib kepada Maju Holdings Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya.... dan Maju Holdings yang juga syarikat kroni Umno bagaimanapun menjual projek itu kepada EP Manufacturing Berhad baru-baru ini dengan urusniaga itu dilapor bernilai RM1.7 bilion".

"Saya menganggar suntikan dana yang dibuat Maju Holdings Sdn Bhd (dalam projek itu) hanya sekitar RM60juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan... oleh itu penjualan RM1.7 bilion ini bakal memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd jika geran kerajaan RM976.6 juta tidak dikembalikan".

"Dan Jika itu berlaku katanya Maju Holdings bakal membuat untung atas angin sekitar RM1.33 bilion dengan urusniaga itu penuh rahsia... jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan Maju Holdings Sdn Bhd apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno?" soal Rafizi.


Disini persoalan nya bukan penyokong kuat Umno atau penyokong kuat Pembangkang... yang dipersoalkan ialah Harta Rakyat sebanyak RM976.7 juta diberi secara percuma selepas dianugerahkan tender... kalau dalam isu NFC, geran nya cuma RM75 juta tak termasuk pinjaman mudah RM250 juta mungkin kerana pijaman mudah lebih besar dan RM75 juta tak diperbesarkan sangat.

Syarikat yang akan terbaru mendapat geran ialah Europlus untuk Projek Lebuh Raya Banting-Taiping yang mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.

Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri dengan konsesi 60 tahun... sudah lah geran kerajaan dari Harta Rakyat dapat... konsesi 60 tahun Tol akan dikutip dari Rakyat... memang boleh dipanggil Perompakan Alah Baru tahap gila !.

Dengan pemberian Geran ia adalah cara perompakan terbaru Harta Rakyat yang lebih halus dan tidak akan didakwa, kerana ia telah dihalalkan atas nama Geran... kalau ini tak dibendung maka harta Rakyat akan hilang dengan lebih besar lagi kerana ianya dibuat dengan cara yang sungguh indah didengar dan tidak salah disisi Undang-Undang... memang bijak betul Umno ni menipu... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... 22 tahun tun madey memerintah kerugian harta rakyat dianggarkan hampir rm100 bilion... rasanya lepas beliau ni kerugian akan lebih besar kerana umno telah membuka satu lagi lorong kerugian iaitu geran... bermakna sekarang ada dua lorong kerugian penyelewengan dan geran... satu halal satu haram... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....