DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 27 Mac 2012

MENTERI KDN DARI UMNO NI LEBIH BAIK JADI MENTERI KEBUDAYAAN TANPA SUKAN LAH, KAH KAH KAH !

Cuba lah kau orang dengar kenyataannya Menteri Umno ni... beliau ialah Datuk Seri Hishammudin Husien selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang juga sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib... yang berkata Ahli Politik perlu melaporkan pada pihak Polis sekiranya merasakan diri mereka terancam... betul ke apabila dibuat laporan tindakkan akan diambil... atau pun laporan hanya akan tinggal laporan.

Bukan nya aku saja-saja kata beliau ni patut jadi Menteri Kebudayaan Tanpa Sukan tapi tindakkan beliau yang lembab dan terhegih-hegih (itu kalau pun ada niat nak ambil tindakkan) menyebabkan Samseng Mengganggu Ceramah umpama tiada jalan Penyelesaian... sedangkan kalau mengikut kata sepupu beliau yang orang kata takut bini tu ialah demokrasi terbaik bersesuaian dengan Wassatiyah.

Apakah ini Demokrasi Terbaik ala Wassatiyah seperti yang di laungkan oleh Sepupu beliau... sehari selepas beliau mengatakan berkenaan Jenayah Siber... tapi sehari selepas itu beliau pula menyuruh Ahli politik di negara ini melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam... dan berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

Macam mana nak siasat Jenayah Siber yang pelakunya entah dimana... yang samseng didepan mata pun masih tanpa ditangani ada hati nak tangani Jenayah Siber yang pelakunya Umpama Hantu Raya yang tak pasti asal usul nya.. kah kah kah... menurut beliau "Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan".

Jaminan apa yang beliau boleh berikan kalau kenyataan dan perbuatan tak pernah sama dan berbelit-belit... mungkin pihak polis boleh berlaku adil kalau orang yang memberi arahan... memberikan arahan yang betul dan bukan arahan songsang yang membelakangkan keadilan dan keselamatan rakyat... cuba bayangkan program yang dilakukan didalam stadium masih boleh diganggu... dengan balingan objek batu dan kayu dari luar stadium... ianya umpama rangkaian siri gangguan terancang yang diberi kebenaran.

Inilah yang dikatakan pepapatah melayu Tuah Ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu... mungkin beliau bertuah dapat menjadi seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri kalau dibandingkan dengan perwatakkan beliau yang lembab dan terhegih-hegih... tapi jangan lah tuah yang ada pada diri itu menjadikan rakyat mangsa ketidak adilan hanya kerana untuk mengekalkan Tuah Badan yang ditakuti akan berakhir menjelang PRU13.


hemmmmm..... sebenarnya tuah ada yang didapati secara halal dan secara haram... kalau mengikut sejarah kemerdekaan negara, ramai pejuang kemerdekaan tidak bertuah badan untuk merasai nikmat kemerdekaan yang mereka perjuangkan... tapi lagi tak bertuah badan mereka apabila nama mereka sebagai pejuang telah dinafikan oleh orang yang tak berjuang tapi mengaku pejuang dan bertuah badan kerana diangkat sebagai pejuang walaupun secara haram... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

terimakasih kepada sumber gambar.

7 ulasan:

  1. Pada pandangan ku menteri bukan saja tidak layak jadi menteri KDN tetapi dia SANGAT LAYAK UNTUK TIDAK MENJADI MENTERI.

    BalasPadam
  2. Dia buat kenyataan itu sama ada dia sedar atau tidak? Inilah jenis menteri lembu yg dipilih oleh umno dan penyokong mereka. Buat malu org johor aje, bingai betul.

    BalasPadam
  3. betul lah tu bro abuamir... yang kesian rakyat johor yang menyokong dan tahu apa-apa.

    BalasPadam
  4. tulisan saudara nampaknya kelam kabut dan tidak tersusun.. ternyata saudara bukan dilahirkan untuk menjadi penulis.. but that's another matter..

    what i really want you to explain is your claim that MDN is 'lembab & terhegeh-hegeh'..

    do elaborate pls. tq

    BalasPadam
  5. KAMI WAKIL DARI KELAB PONDAN SATU MALAYSIA akan terus berdiri teguh di belakang datuk hishammuddin tau...

    BalasPadam
  6. Saudara Johan Junaidy...
    Mungkin apa yang saudara katakan kelam kabut dan tidak tersusun itu benar.
    juga bukan dilahirkan sebagai penulis mungkin benar, namun tak salah sekiranya saya mencuba untuk menulis apa yang sy rasa dan saya fikirkan.
    Berkenaan lembab dan terhegeh-hegeh, pada fikiran saya jikalau beliau mahu mengambil tidakkan dan ada niat untuk mengambil tindakkan terhadap permasalahan berkenaan... tapi tindakkan beliau terlalu lambat dan sampai sekarang belum ada samseng yang didakwa walaupun bukti kecederaan dan laporan polis telah dibuat.
    sekali terima kasih atas teguran saudara.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....