DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 26 Mac 2012

PERGGHH !!!... MENTERI UMNO NI BERCAKAP SOAL JENAYAH SIBER BEB... KAH KAH KAH !!!.

Dengan mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baru perlakuan jenayah... serta jenayah siber kini semakin meningkat... manakala jenayah jalanan dan indeks perlu terus diberi perhatian terutamanya dalam aspek pencegahan begitulah mengikut apa kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Hishammudi Husein.

Menurut beliau "Kerajaan amat prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa... pihak polis sedar bahawa rata-rata pengguna Internet adalah golongan remaja atau Generasi Y, iaitu terma yang merujuk kepada golongan itu... mereka merupakan golongan yang tampil membuat laporan polis mengenai penipuan dalam transaksi jualan secara dalam talian menggunakan Internet".

"memang diakui kadangkala wujud insiden yang tidak menyenangkan rakyat terhadap sesuatu tindakan polis yang dilakukan dalam kapasiti profesional mereka... namun kesilapan profesional tetap berlaku dalam mana-mana saja organisasi di dunia ini... cuma magnitud atau implikasinya sahaja yang berubah mengikut keadaan dan masa" katanya katanya pada majlis sempena Peringatan Hari Polis ke-205, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Yang hendak diperkatakan disini ialah bagaiman beliau hendak menyelesaikan masalah Jenayah Siber sedangkan Jenayah Terang-Terangan pun beliau gagal atau memilih untuk mengambil tindakkan... kalau mengikut makna Jenayah ianya apabila sesuatu yang memberi kemudaratan kepada rakyat... tak kira sama ada ianya pembangkang atau penyokong kerajaan... dan ini dapat dilihat dari kes-kes samseng dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR).

Sedangkan Jenayah Samseng yang dikenal pasti ini pun beliau tak mampu untuk selesaikan... ini kan pula Jenayah Siber yang pelakunya entah dimana duduknya... bukan tak boleh dan tak mampu beliau lakasanakan... akan tetapi beliau tidak mempunyai kesungguhan untuk kearah itu... umpama Isu salah guna kuasa Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwa oleh MalaysiaKini ada mempunyai bukti... tapi apa tindakkan beliau ?.

Suruh aje lah beliau letak jawatan kalau tak mampu untuk melaksanakan tugas... beri jawatan tersebut kepada yang mampu... jangan menyusahkan rakyat tak kira ianya penyokong pembangkang atau penyokong kerajaan... ini kerana mereka semua rakyat malaysia yang berhak mendapat keadilan sebenar, dan semesti nya tiada pilih bulu demi menegakkan keadilan... yang bukan hanya dilaungkan tanpa usha kearah itu.


hemmmmm..... kalau mengikut penyokong umno tegar dikawasan beliau... menteri ni hanya layak menjadi menteri kebudayaan tanpa dicampurkan dengan sukan... kalau lu orang tak percaya cuba tanya penyokong umno kawasan sembrong tempat beliau wakili... sebab itu samseng tumbuh macam cedawan di kawasan beliau, keh keh keh !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....