Beliau tidak menafikan yang beliau telah mengubahsuai pejabat dengan harga RM329,000... bahkan mendakwa pula ada Exco dalam Negeri Selangor yang melebihi apan beliau gunakan, namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata
bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal
daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya.
Dengan Pendedahkan
perkara itu di sidang DUN Negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid berkenaan
perbelanjaan Datuk Hasan Ali yang mendahului senarai perbelanjaan iaitu RM329,000 diikuti Yb Ean Yong
Hian Wah (RM146,000) dan Yb Rodziah Ismail (RM119,000), Serta Exco lain
yang disenaraikan termasuk Yb Xavier Jeyakumar (RM70,000), Yb Ronnie Liu
(RM53,000), Yb Yaakob Sapari (RM32,000), Yb Teresa Kok dan Yb Elizabeth Wong (di
bawah RM25,000) serta Yb Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Dengan ini ianya merupakan
satu tamparan hebat terhadap Datuk Hasan Ali yang sebelum ini mendakwa Yb Xavier dan Yb Halimah
membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat
mereka... namun pada hari yang sama juga Yb Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Yb Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.
Siapa yang menipu... Tan Sri Khalid ke atau Datuk Hassan... andai kata betul pun yang didakwa oleh Datuk Hassan Ali yang ada Exco lain yang melebihi harga ubahsuai pejabat beliau yang dikatakan RM329,000... rasa nya beliau tak payahlah lagi nak memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja ) lagi.
Ini kerana kalau Exco Pejuang IMR sanggup mengubahsuai Pejabat dengan harga ratusan ribu apakan lagi Exco yang bukan Pejuang IMR... walaupun bukan membenarkan namun mereka semua bukan Pejuang IMR... tak kan perangai Pejuang IMR nak samakan dengan perangai yang bukan Pejuang IMR.
Seharusnya sebagai Pejuang IMR beliau mencontohi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperjuangkan Wassatiyah... dan bukan membazirkan duit Rakyat hanya untuk pejabat Exco, tidakah beliau terasa akan pembaziran tersebut hanya untuk ubahsuai pejabat dengan ratusan ribu... untuk itu kamu semua fikir-fikirkan lah adakah layak beliau mendakwa beliau Pejuang IMR, kah kah kah !.
hemmmmm..... kepada exco yang lain... duit yang ada dalam perbendaharaan negeri selangor adalah duit rakyat negeri selangor... dalam kata lain ianya bukan duit pusaka bapak kau orang... dan semesti nya duit tersebut digunakan untuk kesejasteraan rakyat negeri selangor dan tak guna duit yang banyak tapi tak digunakan untuk rakyat negeri selangor... harus di ingatkan lagi jangan cuba-cuba nak mengikuti perangai pemimpin umno yang terdahulu... kelak kamu juga akan terkubur macam mana umno dan pemimpin nya terkubur... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....