Kalau mengikut kandungan memorandum persefahaman (MOU) tidak timbul soal pihak Indonesia melaksanakan sesuatu di luar
kandungan MOU dan perkara itu telah dipersetujui
oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu... mengikut apa yang di tunjukkan oleh pegawai Kedutaan Indonesia di Malaysia mengenai dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran
gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada
mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu.
Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana
Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar
kandungan MOU serta perkara yang dipersetujui
oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu oleh Pasukan Petugas Bersama yang dibentuk bagi membincangkan perincian MOU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.
Katanya lagi "pada mesyuarat 10 Januari lalu pasukan tersebut telah
mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis
latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah... pengasuh... penjaga orang
tua dan memasak... di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas".
"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan...mereka
perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang
dipersetujui bersama antara majikan dan pembantu rumah... dan ini telah dipersetujui pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil
antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan
itu," katanya.
Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia
tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu Suryana
Sastradiredja berkata "saya
sendiri tidak faham dengan perkembangan atau kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak
memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk
menteri".
Perkara ini timbul minggu lalu apabila Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja,
Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman mengulas berkenaan kemasukan pertama Pembantu Rumah selepas diberhentikan penghantarannya oleh Kerajaan Indonesia yang "
berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia
yang bekerja di Malaysia serta hanya akan melakukan satu
tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang
tua atau pengemas rumah".
Inilah satu contoh apabila membuat kerja tak memikirkan keadaan rakyat yang kalau diteliti ianya serupa dengan apa yang terjadi kepada Sistem Baru Penjawat Awam (SBPA)... kalau SBPA boleh terjadi walaupun ianya dirangka tanpa penglibatan orang lain... macam mana lah MOU pembantu rumah yang dirangka dengan melibatkan orang lain tak jadi bercelaru... kerana membuat kerja hanya melepaskan batuk ditangga tanpa memikirkan keadaan rakyat.
Kalau betul lah isi kandungan MOU yang dikemukakan oleh Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia tersebut... rasa-rasanya apa jawapan yang akan diberi oleh Menteri-Menteri Umno/Bn serta Perdana Menteri khas nya yang sebelum ini menyalahkan pihak Indonesia dan mendakwa yang perkara-perkara tersebut tiada dalam MOU.
Kalau pun betul pihak Indonesia mengikut apa yang ada dalam MOU... tak kan mungkin pihak Malaysia mengakui ianya seperti yang ada dalam MOU... mesti mereka akan mengatakan ianya kesilapan lah atau pun terlepas pandang dan bukan atas kecuaian... dan ini lah yang terjadi kepada SBPA yang dirangka oleh Kerajaan Umno/Bn... yang hampir-hampir menginaya Penjawat Awam Rendah kalau tidak ditentang oleh sebahagian Penjawat Awam yang di sokong oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
hemmmmm..... kenapa aku kata sebahagian penjawat awam dan hanya ahli parlimen pakatan pembangkang... kerana sebahagian penjawat awam dan ahli parlimen umno/bn ada yang jenis pandai tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh diajar dan kebanyakan yang mewakili nya kaki ampu dan kaki bodek serta main angguk aje apa pemimpin umno/bn cakap... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....