Rasanya lah kan... kalau adalah ketegori Raja Lawak Gila, inilah adegan yang akan mendapat undian paling tinggi tahap gila... sesiapa pun kalau dengar mesti gelak punya... kalau tak gelak memang lah pemikiran nya sama dengan puak-puak umno serta sewaktu dengan nya... kah kah kah !.
Cuba la bayang apabila beliau yang berucap sambil memegang alat pengukur radiasi dan mengatakan ukuran tersebut menunjukkan yang Bangunan Parlimen pun tak selamat kerana ada bacaan Radiasi yang lebih kurang sama dengan bacaan pelepasan radiasi berbahaya di loji terbiar Asian Rare
Earth (ARE) di Bukit Merah Perak kah kah kah !.
Kalau yang bercakap yang bercakap tu hanya pencacai tak lah dihairankan sangat tapi apabila ianya bertahap seorang Menteri itu yang membuat kita gelak macam nak terputus urat kentut... dan ini lah yang dilakukan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri
Maximus Ongkili berkata bahawa yang ada bersamanya ini ialah alat pemantau radiasi yang untuk membuat bacaan yang diperakui.
Menurut kata beliau Sambil memegang Identifinder - alat yang digunakan untuk mengukur tahap
radiasi - Ongkili berkata "yang beliau mengambil bacaan di Parlimen - di luar
pintu bacaannya 0.22 microsievert/jam dan di dalam dewan 0.1
microsievert/jam... dan jika dakwaan pergerakan alam sekitar Selamatkan Malaysia Stop Lynas
'(SMSL) mengenai adalah tepat, maka bangunan Parlimen
pun dalam bahaya... kah kah kah !.
"Ini kerana kadar yang
direkodkan oleh SMSL semasa lawatan ke tapak loji berkenaan diperoleh
berdasarkan perbandingan dengan bacaan latarbelakang Malaysia dan
bukannya bacaan latar belakang lokasi itu.... bacaan 0.19
microseivert/jam di tapak bekas kilang di Bukit Merah dan 0.2 di loji
sisa buangan di Bukit Kledang adalah lebih tinggi kerana perbandingan
dibuat berdasarkan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu
0.05 microseivert/jam".
"Sebaliknya ia perlu membuat
perbandingan dengan bacaan latar belakang di lokasi itu iaitu 0.2-0.75
microseivert/jam.... dan bacaan di kawasan itu lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain
di Malaysia kerana ia merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah
yang menghasilkan amang yang mengandungi torium dan uranium... berdasarkan
fakta itu, adalah tidak wajar Yang Berhormat Batu Gajah (Fong Po Kuan
(DAP) berasa bimbang dan risau berkenaan tahap keselamatan dan kesihatan
penduduk di kawasan itu".
"Kita turut menolak dakwaan
SMSL bahawa bacaan yang direkod pada kadar 1.6 microseivert/tahun
adalah melebihi tahap selamat bagi orang awam dari segi undang-undang....bacaan
0.2 microseivert/jam bersamaan 1.6 miliseivert/tahun... tetapi bacaan ini
apabila ditolak bacaan latar belakang yang juga 1.6 miliseivert/tahun,
bacaan akhir adalah sifar".
"Kita berjaya mengurus dan
mengurangkan tahap radiasi di kawasan itu. Kita sedang pantau secara
luas setiap bacaan oleh mesin-mesin Sistem Pengawasan Radiasi Alam
Sekitar (ERMS) dan kita ada data bagi kawasan dalam lingkungan dua
hingga 10km dari situ... kerajaan
banyak belajar daripada sejarah peristiwa Bukit Merah dan Bukit Kledang
dan telah melaksanakan pemantauan berkala di kawasan berkenaan sejak
Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dikuatkuasakan pada 1984".
Lawak betul Menteri Sahabat kepada Umno ni... sanggup menyamakan bacaan Radiasi di Bangunan Parlimen yang terhasil dari alam semulajadi dengan bacaan Radiasi dibekas tapak loji terbiar Asian Rare
Earth (ARE) di Bukit Merah Perak... yang mana banyak sudah kes-kes penduduk tempat yang mengalami kesan kecacatan akibat dari Radiasi tersebut dan sanggup membawa alat yang kononya diperakui kesahihan nya umpama lambang dacing Barisan Nasional yang sudah ketinggalan zaman, kah kah kah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....