Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Datuk Yb Saifuddin Nasution, Yb Zulkifli Muhammad dan Yb Tony Pua telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian
Pertahanan serta menggesa agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS)
bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang
sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9
billion.
"Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak
berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah, Kapal 'SGPVs' bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan... dan sangat
berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara... namun
begitu tidak bermakna ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang
diwar-warkan menteri dan kerajaan".
Menurut kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua "Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal
dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan
bernilai antara RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit.... dan mendakwa
memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit".
Beliau berkata "Semasa perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian
berkenaan tidak memiliki LCS... yang merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut
Amerika sahaja dan Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang
digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan".
Tambah nya lagi "Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah
dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga
kapal penggempur US, kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai
kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu".

"MenurutWikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck
penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit
helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan
mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil
penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan".
"Sementara itu menjelaskan, Defense Industry Daily
turut mengesahkan LCS mempunyai 115 – 127 meter panjang serta 2,800 –
3,100 tan muatan dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar
kedalaman air, namun begitu Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog
tersebut bahawa SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya
40 knots seperti kelajuan LCS".
"Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan
kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman
awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan
mempunyai kapasiti 2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit
Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil sahaja.
"Pengumuman oleh
kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan
lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan kita akan memiliki
‘Gowind Class Corvettes’ yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang
terlibat skandal DCNS, Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan
ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap
LCS".
Kadang-kadang terfikir juga dalam fikiran ni pemimpin Umno bodoh ke bangang atau nak menipu... kalau dah umum kan dalam budget dalam tahun tersebut harga kapal RM6 bilion kenapa boleh pulak kata ada tambahan RM3 bilion dan dimasukan dalam tahun berikut nya.
Dah tu umumkan kemampuan kapal lain dari kemampuan yang sebenarnya... diumumkan konon nya kapal tersebut Kapal Penggempur Pantai (LCS) yang cuma ada dua unit yang di gunakan oleh tentera Amerika... sedangkan ianya adalah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang kemampuan nya kurang dari LCS.
Kita tunggu apa hasil kajian yang akan diperolehi oleh Ahli Parlimen PR dari kaji selidik yang akan dibuat berkenaan harga sebenar yang meningkat 50 peratus dari harga asal yang diumumkan pada pembentangan budget dan tidak disebut akan ada penambahan kos juga akan dimasukan kedalam budget tahun hadapan nya.
hemmmmm..... sekarang ni.... apa yang umno cakap memang dah tak boleh percaya.... kena selidik betul-betul baru boleh diguna pakai... sebab memfitnah pun mereka sanggup ini kan pulak menipu.... penyewengan dan penipuan umpama makanan harian bagi puak umno.... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeee......