Selepas seminggu tentang dua blogger terkenal umno berminat dengan Parti DAP, maka hari ini rasmi lah sudah kemasukan dua blogger terkenal tersebut iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian Umno Pekan juga terkenal dengan blog nya SakmongkoL46.
Dan beliau disertai oleh pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias dan orang yang rapat kepada Tengku Razaligh Hamzah, juga terkenal dengan blog nya Aspan Alias telah menyerahkan borang keahlian DAP kepada Setiausha Agong Parti DAP Yb Lim Guan Eng.
Mereka berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan dan ketika di tanya tentang keahlian mereka didalam Umno, jawap mereka dengan penyerahan borang keahlian DAP ini maka serta merta keahlian Umno mereka terbatal.
Dengan ini Umno mendapat satu lagi tamparan dengan penyertaan dua Ahli Umno yang mana DAP selalu dianggap Parti kaum Cina dan Anti Melayu, ia nya juga mungkin akan menyumbang kepada kemasukan lebih ramai Kaum Melayu kedalam Parti DAP.
Maka hari ini terbukti lah bahawa apa yang diperkatakan oleh Umno hanya untuk menakut-nakutkan Orang-Orang Melayu bahawa Parti DAP adalah untuk Orang-Orang Cina sahaja dan Anti Orang Melayu, tujuan nya bagi menipu melayu untuk terus dilihat sebagai Pembela Kaum Melayu.... kah kah kah !!!.
hemmmmm..... umno oh umno yang tinggal dalam umno hanya mereka yang masih boleh ditipu dan dicucuk hidung.... isya'allah akan ada lagi mereka yang akan mengikuti jejak kedua-dua ahli umno diatas..... umno betul-betul meloyakan heeeee......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....