
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee hari ini cuba mendapatkan perhatian dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam (BC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang membisu berhubung kedegilan Pakatan Rakyat untuk terus mengadakan perhimpunan pada 9 Januari 2012 ini.
Ini menurut nya jelas menunjukkan sikap kedua-dua badan itu yang turut bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan demonstrasi jalanan bagi membersihkan dirinya yang menghadapi tuduhan liwat.

Beliau juga mengecam sikap double standard BC dan Suhakam telah menghakis keyakinan orang ramai terhadap fungsi dan peranan sebenar badan berkenaan, juga tak ketinggalan beliau juga mengecam keras sikap pemimpin Pas yang kononnya digelar ulama tetapi tidak berani menjelaskan kepada umum sama ada perhimpunan haram digalakkan oleh ajaran Islam..... eh eh !!! sejak bila pulak dia nak dengar cakap Pemimpin Pas ni... kih kih kih !!!
Sebab Ketua Bahagian Cheras ni macam pandai aje pasal undang-undang.... cuba tanya Datuk ni..... "Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 (b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dgn tidak bersenjata" yang itu apa makna nya.
Itu lah pasal buat kerja separuh jalan.... kalau nak suruh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil letak jawatan berhubung Isu National Feedlot Copration (NFC) teruskan lah sampai selesai..... Ini tidak bila Sharizat hantar orang gempar sikit dah kecut telor.... kah kah kah !!!
hemmmmm..... inilah contoh terpuji pemimpin umno yang munafik, buat sesuatu untuk mendapat perhatian pemimpin atas dan bukan kerana rakyat... umno-umno betul-betul meloyakan... heeeeee....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....