DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Isnin, 14 April 2014

Blog Ini Dengan Rasminya Menyokong Saifuddin Nasution Ismail Sebagai Timbalan Presiden PKR


Walaupun gua ni bukan nya Ahli kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun secara Peribadi gua agak RAPAT dengan Sahabat-Sahabat dari PKR sejak dari 15 Tahun yang lalu, mungkin atas sebab itu segala Perkembangan yang berlaku didalam PKR akan gua ikuti dengan penuh Perhatian ditambah lagi bila PKR akan mengadakan Pemilihan Pucuk Pimpinan dari Peringkat Ranting, Cabang hinggalah lah ke Peringkat Tertinggi dalam masa terdekat ini.

Berbalik kepada kenapa Blog ini MENYOKONG Datuk Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR, kenapa tidak Blog ini Menyokong dua lagi Calon Timbalan Presiden iaitu Penyandang Timbalan Presiden PKR sekarang Saudara Yb Azmin Ali atau pun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi gua ini adalah antara Jalan TERBAIK bagi Meredakan KEMELUT yang ada didalam PKR khususnya di Negeri Selangor.

Bukan nya gua Tidak Akui akan Kepimpinan yang dimiliki oleh dua lagi Calon selain dari Saifuddin Nasution, namun Kemelut yang MELANDA PKR Negeri Selangor yang bukan lagi RAHSIA adalah BERPUNCA dari kedua-dua Pemimpin PKR tersebut. Kemelut yang mereka CETUSKAN seolah-olah TIDAK BERKESUDAHAN dan BERPENGHUJUNG, dan ini DITAKUTI akan membawa BENCANA kepada PKR Khasnya dan Pakatan Rakyat (PR) Am nya.

Mungkin kepada kedua-dua Penyokong Pemimpin tersebut tidak akan BERSETUJU dengan apa yang gua katakan, namun harus DIINGAT serta DIFIKIRKAN bahawa tiada satu pun Kemelut akan membawa kepada KEBAIKAN dan  KEJAYAAN. Ditambah lagi bila Penyokong yang Menyokong PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun 2008 serta PRU13 Tahun 2013 bukan nya seperti Penyokong yang DIMILIKI oleh Umno/Bn iaitu MEMBUTA TULI.

Tetapi Penyokong yang Menyokong PR adalah Rakyat yang MAHU BERFIKIR serta TAHU Menggunakan AKAL FIKIRAN dan Bukan nya KEPALA LUTUT, berbeza dengan Penyokong yang Menyokong Umno /Bn walaupun bagaimana sekali pun Kemelut DICETUSKAN oleh Pemimpin HATTA sampai Umno itu sendiri MAMPOS pada Tahun 1987 mereka tetap akan Mennyokong Umno/Bn. Melainkan Terkena Batang Hidung baru lah dia orang akan SEDAR.

Sekali lagi gua MENYERU kepada Ahli-Ahli PKR yang akan MEMILIH dalam Pemilihan PKR Tahun 2014 ini, tidak Memilih Pemimpin KESUKAAN bukan nya tidak Sayangkan Pemimpin tersebut. Namun yang PALING UTAMA ialah PERASAAN RAKYAT Keseluruhan yang Memilih PR dalam dua PRU terdahulu. Harus di ingat yang MENGUNDI dan MEMILIH PR pada dua PRU tersebut bukan hanya Penyokong PR tetapi Pengundi Atas Pagar.

Harapan gua buat Calon-Calon Yang Bertanding serta Kepada  JENTERA Calon-Calon Yang Bertanding, segala TINGKAH LAKU dan PERBUATAN lu orang sedang DIPERHATI dan DI IKUTI oleh Rakyat. Untuk itu lu orang kena BERHATI-HATI dan BERWASPADA supaya ada PERBEZAAN KETARA antara Pemilihan dalam PKR dengan Pemilihan dalam Umno, kerana Pemilihan dalam Umno walaupun dikatakan Demokrasi Terbaik namun ia nya masih TAK BERTELOR... kah kah kah !.


hemmmmm..... dengan lu orang memilih saifuddin nasution sebagai timbalan presiden pkr maka harapan untuk melihat kemelut yang dicetuskan oleh dua lagi calon timbalan pkr akan dengan sendiri nya reda... tak percaya ke beb... kalau tak percaya lu orang kena undi dulu saifuddin nasution ok... kah kah kah... A B U.

3 ulasan:

  1. Saya pun sokong...lgpun Saifuddin merupakan speaker hebat lagi lantang wajib diberi peluang menduduki jawatan kedua tertinggi dalam PKR.

    Kedua gergasi termaklum masing2 orang kaya lagi berada bahkan sudah ada jawatan bergaji tetap. Biarlah masing2 berkhidmat sepenuh masa untuk rakyat seperti dijanji.

    PKR perlu diperkukuhkan oleh orang seperti Saifuddin yang kalah dalam medan berpilihan raya namun semangat tak luntur. Mudah2an kekalahan telah sedikit sebanyak menyedarkan Saifuddin kemana hala tuju nak dibawa PKR.

    Barang diingat jangan lagi Saifuddin lupa diri. Mungkin jadi YB dulu membuat dia sedikit alpa sehingga lupa pada akar umbi. PKR lahir dari hasil perjuangan membela anak bangsa bukan lahir untuk merebut kuasa dan mengumpul kroni.

    Dulu- dulu Saifuddin lain, pertengahan sudah jadi lain, mudah2an kemenangan bagi dia kali ini menjadikan Saifuddin kembali seperti mula2 dulu.

    Berilah kemenangan pada Saifuddin. InsyaAllah kita sama- sama mendoakan.

    BalasPadam
  2. Saifuddin kami rasa adalah saorang setia dalam Reformasi yang bergerak dari awal2 lagi dan amat fokus matlamat perjuangan Reformasi.
    Saifuddin tidak membina kelompok2 porochial dalam politiknya.
    Biarlah Saifuddin yang jadi Timbalan dan memberi fokusnya terhadap menegohkan parti dan PR kapada kemenangan pada GE 14.
    Saya doakan Saifuddin diberi mandate teguh sabagai Tim.Presiden.
    Didoakan Saifuddin tidak lupa tika hanya pakai moto buruk bila mula berjuang menegak KeAdilan.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....