Walaupun gua ni bukan nya Ahli kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun secara Peribadi gua agak RAPAT dengan Sahabat-Sahabat dari PKR sejak dari 15 Tahun yang lalu, mungkin atas sebab itu segala Perkembangan yang berlaku didalam PKR akan gua ikuti dengan penuh Perhatian ditambah lagi bila PKR akan mengadakan Pemilihan Pucuk Pimpinan dari Peringkat Ranting, Cabang hinggalah lah ke Peringkat Tertinggi dalam masa terdekat ini.
Berbalik kepada kenapa Blog ini MENYOKONG Datuk Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR, kenapa tidak Blog ini Menyokong dua lagi Calon Timbalan Presiden iaitu Penyandang Timbalan Presiden PKR sekarang Saudara Yb Azmin Ali atau pun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi gua ini adalah antara Jalan TERBAIK bagi Meredakan KEMELUT yang ada didalam PKR khususnya di Negeri Selangor.
Bukan nya gua Tidak Akui akan Kepimpinan yang dimiliki oleh dua lagi Calon selain dari Saifuddin Nasution, namun Kemelut yang MELANDA PKR Negeri Selangor yang bukan lagi RAHSIA adalah BERPUNCA dari kedua-dua Pemimpin PKR tersebut. Kemelut yang mereka CETUSKAN seolah-olah TIDAK BERKESUDAHAN dan BERPENGHUJUNG, dan ini DITAKUTI akan membawa BENCANA kepada PKR Khasnya dan Pakatan Rakyat (PR) Am nya.
Mungkin kepada kedua-dua Penyokong Pemimpin tersebut tidak akan BERSETUJU dengan apa yang gua katakan, namun harus DIINGAT serta DIFIKIRKAN bahawa tiada satu pun Kemelut akan membawa kepada KEBAIKAN dan KEJAYAAN. Ditambah lagi bila Penyokong yang Menyokong PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun 2008 serta PRU13 Tahun 2013 bukan nya seperti Penyokong yang DIMILIKI oleh Umno/Bn iaitu MEMBUTA TULI.
Tetapi Penyokong yang Menyokong PR adalah Rakyat yang MAHU BERFIKIR serta TAHU Menggunakan AKAL FIKIRAN dan Bukan nya KEPALA LUTUT, berbeza dengan Penyokong yang Menyokong Umno /Bn walaupun bagaimana sekali pun Kemelut DICETUSKAN oleh Pemimpin HATTA sampai Umno itu sendiri MAMPOS pada Tahun 1987 mereka tetap akan Mennyokong Umno/Bn. Melainkan Terkena Batang Hidung baru lah dia orang akan SEDAR.
Sekali lagi gua MENYERU kepada Ahli-Ahli PKR yang akan MEMILIH dalam Pemilihan PKR Tahun 2014 ini, tidak Memilih Pemimpin KESUKAAN bukan nya tidak Sayangkan Pemimpin tersebut. Namun yang PALING UTAMA ialah PERASAAN RAKYAT Keseluruhan yang Memilih PR dalam dua PRU terdahulu. Harus di ingat yang MENGUNDI dan MEMILIH PR pada dua PRU tersebut bukan hanya Penyokong PR tetapi Pengundi Atas Pagar.
Harapan gua buat Calon-Calon Yang Bertanding serta Kepada JENTERA Calon-Calon Yang Bertanding, segala TINGKAH LAKU dan PERBUATAN lu orang sedang DIPERHATI dan DI IKUTI oleh Rakyat. Untuk itu lu orang kena BERHATI-HATI dan BERWASPADA supaya ada PERBEZAAN KETARA antara Pemilihan dalam PKR dengan Pemilihan dalam Umno, kerana Pemilihan dalam Umno walaupun dikatakan Demokrasi Terbaik namun ia nya masih TAK BERTELOR... kah kah kah !.
hemmmmm..... dengan lu orang memilih saifuddin nasution sebagai timbalan presiden pkr maka harapan untuk melihat kemelut yang dicetuskan oleh dua lagi calon timbalan pkr akan dengan sendiri nya reda... tak percaya ke beb... kalau tak percaya lu orang kena undi dulu saifuddin nasution ok... kah kah kah... A B U.
