DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 6 Oktober 2012

BERITA YANG BUAT NAIB PRESIDEN UMNO DS ZAHID HAMIDI TERKENCING-KENCING BEB... KAH KAH KAH !


Sebelum ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor DT ada menegur Kementerian Pertahanan yang Menteri nya Datuk Seri Zahid Hamid (DSZH) berkenaan pembelian Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang sepatutnya berharga RM150 ribu tapi telah dibeli dengan harga 5 kali ganda lebih iaitu dengan harga RM690 ribu... bersamaan lebihan RM540 ribu ataupun tambahan RM20 ribu dari nilai nombor plet WWW1 yang Baginda bida dengan harga RM520 ribu... kalau bidaan Baginda tersebut membawa kepada Wang bidaan kembali kepada Kerajaan yang boleh digunakan untuk kegunaan Rakyat... kemana perginya Wang lebihan belian oleh Kementerian Pertahanan yang DSZH mengetuai nya... memang patut pun Baginda Murka apabila nilaian Wang Bidaan Baginda RM520 ribu ditambah lagi RM20 ribu dibelanjakan pada barangan yang bukan nilaian nya... kah kah kah !.


Menteri Pertahanan ni pada riaksi awal akan teguran Baginda Sultan Johor mengatakan akan menyiasat berkenaan perkara tersebut... namun masih sempat Bermadah dengan kata-kata mungkin Klasifikasinya Berbeza... tapi beb sampai sekarang pun masih belum lagi ada khabar berita tentang apa yang beliau kata akan siasat... dan gua rasalah beb siasatan tersebut tak akan ada kesudahan nya... atas sebab orang sepatutnya kena siasat tapi beliau pula nak menyiasat... jawapnya pakat tak ada kesudahan nya sampai la ni dan bila-bila pun... kah kah kah... tapi kalau dah barah busuk sampai ke usus sukar dan payah untuk bau nya disembunyikan... untuk itu satu lagi berita yang boleh membuat Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno TERKENCING-KENCING telah dikeluarkan oleh Transparency International UK... kah kah kah !.


Berita tersebut ialah berkenaan dua Syarikat Pertahanan Malaysia Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Kumpulan Sapura, menerima markah rendah dalam Indeks Pencegahan Rasuah Syarikat Pertahanan 2012 oleh Transparency International UK... Syarikat ini masing-masing mendapat 2.94 dan 13.24 markah, daripada 100... indeks mengukur sejumlah 129 syarikat pertahanan kelemahan kepada rasuah, dalam 34 kategori... bagi setiap kategori dua markah diberikan satu berdasarkan maklumat awam yang tersedia dan satu lagi pada butiran yang dilaporkan sendiri... untuk ringkasnya Boustead Naval Shipyard memenangi perjanjian RM9 bilion (yang harga asalnya RM6 bilion) pada akhir tahun 2011 daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membina dan menyampaikan enam kapal rondaan/kapal tempur pesisir (LCS) generasi kedua tamat pada tahun 2017.


Untuk Kumpulan Sapura pula ianya berkaitan Penganugerahan Kementerian Pertahanan kepada Kumpulan Sapura dengan kontrak berjumlah RM2 bilion tahun lepas untuk Operasi Rangkaian Centric (NCO)... yang mana Kumpulan Sapura boleh diibaratkan seperti Keluarga 69 yang telah terbabit dalam persengketaan keluarga pada awal tahun ini selepas satu cabaran undang-undang telah difailkan di Mahkamah Tinggi. Pengasas syarikat tersebut Tan Sri Shamsuddin Kadir menuntut dua orang anaknya untuk mengembalikan saham dan hartanah bernilai sehingga RM450 juta... markah diberikan dalam indeks Transparency International UK meliputi lima bahagian, dengan markah diberikan untuk bukti anti-rasuah dalam kepimpinan, kakitangan, dasar, latihan dan pengurusan risiko... risiko disini bermaksud Anggota Keselamatan tidak dibekalkan Peralatan yang bukan pada NILAIAN SEBENAR.


Apalah agaknya yang akan dipusing 360 darjah oleh DSZH selaku Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Umno iaitu antara tiga calon Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno jika terjadi kekosongan pada dua jawatan tertinggi Parti Umno... kekosongan tersebut bermaksud mungkin letak jawatan atau disingkirkan ke ataupun macam-macam lagi lah beb yang gua rasa lu orang tahu apa jawapan nya... kah kah kah... persoalan nya apakah mereka ini yang dikehendaki oleh Rakyat Malaysia sebagai Pemimpin seandainya Umno/Bn ditakdirkan terus menjadi Kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)... selisih MALAIKAT 44 beb... cukuplah selama 55tahun Umno/Bn MENIPU RAKYAT dengan berbagai JANJI-JANJI MANIS... yang hakikatnya JANJI DITEPATI APABILA DAH RASA-RASA DAH NAK MATI...  KAH KAH KAH !. sumber baca sini


hemmmmm..... kemungkinan  ds zahid ni diperangkap atas perbuatan beliau oleh musuh-musuh beliau didalam umno juga ada kemungkinan besar... pada pandangan gua perkara ini dijalankan dengan terperinci... selepas teguran baginda sultan johor yang menyentap telor zahid... dua hari lepas perdana menteri yang juga sepupu kepada salah seorang naib persiden umno telah mengatakan putrajaya mengiktiraf keperluan untuk kerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha-usaha anti-rasuah dalam negara... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....