DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 20 Mei 2012

SEJAK SALAHUDDIN AYOB NAK BERTANDING DI JOHOR... DAH TIMBUL PULAK FIRASAT BAPA MUHYIDDIN, KAH KAH KAH !.



Sejak Yb Salahuddin Ayob menyatakan kesediaan untuk bertanding di Negeri Johor Darul Takzim (DT) dalam Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13)... sudah mula timbul cerita yang bapa kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang Ulama yang berjuang menyebarkan Islam dengan Ikhlas mengikut kata Mufti Kerajaan Negeri Johor DT... Tak cukup dengan itu Mufti tersebut juga mengatakan tentang firasat bapa TPM bahawa seorang daripada 47 orang anaknya akan menjadi seorang terkenal dan orang penting negara.


Dan menurut Mufti Johor DT ianya telah menjadi kenyataan apabila Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri... akan tetapi mungkin Mufti tersebut tak mendengar akan kata-kata bapa TPM seterusnya... iaitu walaupun anak menjadi orang penting Negara tapi anaknya tak mengikut jejak beliau yang berjuang Islam dengan Ikhlas... dan bukan nya berjuang Islam hanya apabila merasa diri nya tersepit... ataupun merasa tergugat dengan kehadiran YB Salahuddin yang akan bertanding di Negeri Johor DT dalam PRU13...  kah kah kah !.


Mungkin juga Mufti tersebut tak terdengar kata-kata bapa TPM... yang cucu beliau juga menjadi orang terkenal seperti bapa nya dengan menjadi Penghibur tersohor tanah air... dengan anugerah-anugerah yang cucu beliau menangi... sungguh sayang kerana Mufti tersebut tidak mendengar habis akan kata-kata bapa TPM iaitu Ustad Mohd Yassin salah seorang pengasas Sekolah Maahad di Jalan Joned pada 1946... sebelum sekolah itu diambil alih pentadbirannya oleh Jabatan Agama Johor pada tahun 1966 dan kemudian diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.


Sememang nya betul bapa kepada TPM tersebut adalah seorang Ulama yang Ikhlas berjuang menyebarkan Islam... tapi apa ada kena mengena dengan TPM Tan Sri Muhyiddin... seorang yang telah menukar cuti mingguan Negeri Johor pada hari Jumaat kepada hari Ahad... walaupun dibantah oleh sebahagian besar orang Islam Johor DT... dan jikalau bapa beliau ada... bapa beliau pun akan membantah kerja gila yang dibuat oleh anak beliau... dan sebab itu lah dikatakan Mufti Negeri Johor DT tidak mendengar sehabisnya setiap kata-kata dari arwah bapa TPM... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... pada gua rasanya masih bersangka baik dengan mufti johor ni.... kerana gua anggap beliau terlepas dengar akan kata-kata bapa tpm yang selebihnya... namun yang dicurigai ialah penerimaan tpm yang boleh membuat beliau perasan habis kerana kata-kata mufti tersebut... kah kah ka... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

3 ulasan:

  1. Kekadang naik geli hati nengok gelagat katun mereka2 yang bergantung hidup bukan dengan Allah, tapi dengan UMNO. Nampak benar diorang ni berlawan2 tiup belon bodek, masing2 nak tiup lebih besar. Lepas ni pulak mari kita tengok mufti negeri mana tiup lagi besar sampai pecah perut.

    BalasPadam
  2. geng jual agama tidak boleh dipisahkan dengan kerja membodek.
    mimpi semasa tertidur ditandas pun telah dijadikan fakta dan hujah untuk membodek.

    BalasPadam
  3. Firasat atau tilik nasib?? Pesan ulama, 'petunjuk/mimpi/firasat yg baik jgn beritahu org, nanti tak menjadi. petunjuk yg tak baik, jgn bagitau org, nanti menjadi'.
    Percayakan firasat tentang Udin takde faedah utk rakyat malaysia. hanya undi tipu anjuran spr saja yg menangkan amno. rakyat tak mau amno lagi dah.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....