DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 20 Mei 2012

CERITA DARI NEGERI MAJU DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNGOK... KAH KAH KAH !



Rumah yang diduduki sepasang suami isteri dari Kuala Sungga didalam daerah Alor Gajah Melaka Negeri Maju di sini telah menunggu hampir setahun bagi mendapatkan bantuan Bencana Alam seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Umno Pembela Bangsa Melayu di Negeri Maju dalam Malaysia... selepas rumah mereka dihempap pokok durian berusia 50 tahun dalam satu kejadian ribut awal tahun 2011... inilah yang dikatakan dimana Umngok kuat disitulah Melayu melarat dan merempat... sedih kerana ada melayu yang masih tak tahu siapa Umngok sebenarnya... kah kah kah !.

Menurut Salamah Sulaiman, 59, penduduk tersebut "Kejadian ribut pada petang Mac tahun lalu menyebabkan sebahagian rumah pusaka kedua orang tuanya ranap selain terpaksa berputih mata apabila kebanyakan peralatan dapur rosak terkena hujan... dan sehari selepas kejadian, dia dan suaminya, Muhamad Kutik, 75, dikunjungi pemimpin berkenaan yang meninjau keadaan rumahnya ketika itu... atap zink di bahagian dapur dan di dua bilik yang diterbangkan ribut masih belum dibaiki sehingga kini".

"Semasa kunjungan pemimpin itu beliau meminta saya mengisi borang untuk mendapatkan peruntukan membaik pulih kerosakan dan beliau memberi sumbangan sebanyak RM200 sebagai bantuan awal bagi membaiki serba sedikit kerosakan... selepas permohonan berkenaan diusulkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini, peruntukan awal yang dicadangkan sebanyak RM2,000 kemudian dinaikkan kepada RM5,000... bagaimanapun menurutnya, selepas kunjungan itu, tiada khabar berita mengenai bantuan berkenaan".

"Dan setiap kali ditanya pihak berkaitan, mereka hanya menerima jawapan yang sama iaitu sedang berunding... namun tidak lama selepas itu pemimpin terbabit beri saya RM500 sebagai tambahan... jika saya ada duit saya akan baiki sendiri tetapi saya sendiri tidak bekerja begitu juga suami yang mengidap angin ahmar... kami kesal kerana kejadian itu sudah setahun berlalu dan hingga kini saya terpaksa memasak di dapur yang hanya ditutupi beberapa keping zink lama... selain bimbang haiwan berbisa memasuki rumah dari lubang-lubang yang terdedah" katanya.

Tapi seperti biasalah apabila berita tersebut sudah keluar didalam akhbar.... mula pemimpin Mca/Bn sahabat Umngok memberi jawapan umpama penuh tanggungjawap... menurut ADUN Mca/Bn Machap, Datuk Lai Meng Chong, ketika dihubungi sinarharian berkata " Beliau terkejut dengan perkara itu dan meminta mangsa menghubunginya untuk menyelesaikan masalah berkenaan... pihak Dewan Undangan Negeri (Dun) sudah memberi bantuan bencana alam sebanyak RM700 kepada mangsa dan selebihnya diuruskan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk tinda­kan selanjutnya... mangsa tidak pernah berjumpa saya dan saya harap mangsa dapat hubungi saya atau datang ke Pejabat Dun untuk menyelesaikan masalah berkenaan".

Apa perlu nya penduduk tersebut pergi berjumpa beliau... bukan kah beliau sendiri sudah mengetahui kejadian yang berlaku... sepatutnya beliau terus mengarahkan MPGA menyegerakan perkara yang hampir satu tahun berlaku... dan sepatutnya juga ada pemantauan dari beliau atau pun JKKK bagi peruntukkan tersebut sampai dengan segara... juga yang menghairankan di mana lah badan-badan seperti Baitulmal, Pusat Zakat, Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka... kenapa perkara bantuan kepada keluarga tersebut seolah-olah tidak diambil peduli oleh badan-badan yang berkenaan... apakah mereka-mereka dah tak tahu membezakan menjaga kebajikan orang Islam dengan buat badan tersebut macam harta mak bapak dia orang.

Seperti biasa lah gua ingatkan lu orang... duit yang ada didalam simpanan badan yang lu orang kerja tersebut adalah untuk kegunaan orang Islam yang berada didalam kesusahan... itu duit bukan harta pusaka mak bapak lu orang punya... kalau rasa-rasa lu orang tak boleh buat kerja tersebut... lebih baik lu orang berhenti aje... jangan lu orang ikut perangai pemimpin Umngok yang buat harta rakyat macam harta mak bapak dia orang... mungkin lu orang akan kata lu orang jaga amanah dan tak boleh keluarkan duit sesuka hati... itu betul... tapi lu kena lah cari setiap keluarga Islam yang memerlukan bantuan dan bukan menunggu orang cari lu orang minta bantuan macam itu harta lu orang.

Kalau Adun Mca/Bn sahabat Umno tu tak hiraukan atau tak ambil berat masalah penduduk Islam tersebut ia mungkin boleh dimaafkan kerana belaiu bukan seorang Islam... tapi pada lu orang yang bekerja di Badan-Badan Islam dibawah Kerajaan itu tak boleh dimaafkan kerana kerja tersebut lu orang dibayar gaji untuk menjaga kebajikan orang Islam... kalau Badan-Badan Kristian boleh menjelajah kepelusuk Negara mencari orang yang memerlukan bantuan... kenapa lu orang tak boleh buat ?... apakah lu orang boleh buat apabila ada Badan-Badan Kristian terlebuih dahulu menghulurkan bantuan... kalau tidak lu orang duduk pejabat Goyang Teloq... kah kah kah !.

Lepas tu lu orang pun menyalak macam Datuk Hasan Ali Jati sahabat Umngok... dan mendakwa adanya Gerakan Murtad lah... Gerakan Kristianisasi Lah... tapi lu sendiri tak bertanggungjawap atas kerja lu orang... yang lu orang sebok seminar sana sina dan habiskan peruntukkan hujung tahun atas nama Jabatan... sudah-sudah lah bekerja cara Pemimpin Umngok Anak Inggeris Penjajah... sekarang sudah tahun 2012... maklumat dan berita ada dihujung jari dan tiada alasan untuk tidak mengetahui keadaan orang Islam yang memerlukan bantuan diluar sana... kalau kekurangan kakitangan menjadi masalah... tambah kakitangan... sebab duit yang terkumpul adalah untuk mereka yang memerlukan. sumber klik sini


hemmmmm..... mungkin negeri melaka memerlukan orang seperti hasan ali jati... yang memperjuangkan islam, melayu... tapi raja pulak dah tak ada... tak cukup syarat untuk beliau berjuang di negeri ni... kah kah kah... umngok perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....