DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Khamis, 8 Mac 2012

MUNGKIN KERANA TIADANYA LAMARAN DARI PAKATAN RAKYAT MAKA ZAID ISYTIHAR BERTANDING ATAS TIKET KITA DI KOTA BAHRU !

HALA TUJU POLITIK NYA SUKAR DIRAMALKAN
Datuk Zaid Ibrahim memang tak asing bagi kita dalam persada Politik Negara... perjalanan politik beliau kadang-kadang susah hendak dijangka kerana terlalu banyak perkara yang tak dijangka akan beliau buat... selepas ura-ura hendak membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan mengatakan akan menyokong Pakatan Rakyat (PR)... namun hari ini Beliau telah keluar lagi dengan satu kejutan apabila menyatakan akan bertanding di Parlimen Kota Bahru atas tiket Parti KITA.

Mungkin tak salah atau juga salah bila ada yang menyatakan bahawa cubaan beliau untuk kembali kepangkuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menambat hati ahli PKR... selepas keluar kerana tidak berpuas hati akan perjalanan Pemilihan Timbalan Presiden... walaupun ada ura-ura untuk membawa beliau kembali namun tidak dizahirkan oleh penyokong-penyokong beliau yang masih didalam PKR.

LOGO PARTI YANG DATUK  ZAID AKAN BERTANDING
Ditambah lagi dengan tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui blog beliau yang mengatakan perpecahan dalam PKR semakin parah akibat dari Pemilihan Parti tersebut boleh dianggap cubaan membawa kembali Zaid kepangkuan PKR... serta kenyataan Zaid sendiri yang mengatakan bahawa langkah beliau bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR adalah satu kesilapan yang tak sepatutnya di lakukan... ini juga boleh dianggap hendak kembali kepada PKR.

Namun begitu persepsi terhadap beliau yang dikatakan terlalu gelojoh untuk merebut Jawatan Timbalan sukar dikikis untuk jangka masa terdekat ini... ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan beliau selepas meninggalkan PKR... yang seolah-olah menjadi jurucakap kepada kepada Umno/Bn yang langsung tiada cacat celanya... inilah antara faktor yang membuat kebanyakkan penyokong PR kurang senang dengan beliau selepas beliau meninggalkan PKR.

RAKAN DAN PENYOKONG SETIA DATUK ZAID
Juga ada desas desus yang mengatakan bahawa PAS akan menawarkan sebarang kerusi bagi beliau bertanding dalam PRU13... namun kebanyakkan ahli didalam PAS menyatakan ketidak senangan hati apabila PAS cuba hendak menawarkan sebarang kerusi di atas tiket Parti PAS... ini bagi tidak mengulangi kesilapan membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS namun kesudahan nya menentang PAS dan menjadi Lawyer Buruk kepada Umno... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... dengan mengatakan akan bertanding atas tiket parti kita... mungkin membuat pemimpin pr tersentak seketika dengan pengumuman beliau tersebut... namun masih mempunyai masa mengatasi perpecahan undi sekiranya zaid benar-benar bertanding diparlimen kota bahru atas tiket parti kita... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....