Bermulanya di Jalan Kebun Klang dan kini satu persatu program ceramah Pakatan Rakyat (PR) diganggu oleh Samseng-Samseng Umno yang seolah-olah kebal terhadap undang-undang... dan kejadian terbaru ialah di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) N27 Rantau di dalam Parlimen Rembau P131 yang juga diwakili oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia Yb Khairy Jamaluddin.
Program Ceramah yang akan dibuat di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dun
Rantau dan Parlimen Rembau... namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut... sekitar
jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh Ketua Kampung Kuala
Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.
Yang paling mendukacitakan ialah kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300
meter dari Balai Polis Kuala Sawah... ada anggota polis datang tetapi selepas
bercakap dengan ketua kumpulan penyerang yang juga Ketua Kampung disitu... anggota
polis tersebut terus beredar dari kawasan tersebut.
Sedangkan serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga
bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan
memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama...
termasuk ugut mandi darah terhadap pertugas PKR tersebut.
Apakah Samseng-Samseng ini mendapat perlindungan sehingga boleh mengugut bukan saja dengan kata-kata bahkan menggunakan senjata... dan bukan lah kejadian pertama bahkan akan ada lagi ugutan seperti ini yang seolah-olah dibenarkan oleh Pemimpin -Pemimpin Umno selepas mula terasa tergugat menjelang PRU 13.
Sudah berkali-kali Ceramah diganggu gugat oleh Samseng Umno... namun tiada satu pun yang didakwa atas gangguan dan ugutan tersebut... dan semasa gangguan ceramah PR dikawasan Parlimen Sembrong Johor yang juga Kawasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hisyammuddin juga tiada Samseng yang didakwa... apakah ini yang dikatakan demokrasi terbaik dari Datuk Seri Hj Najib ?.
Bila diadakan ceramah dikatakan mengumpat... dan bila diajak berdepan dengan berdebat dikatakan budaya barat... tapi mengganggu ceramah dengan ugutan seolah-olah di izinkan seumpama ianya Budaya Timur yang dianuti oleh pengikut-pengikut mazhab Umno... kah kah kah... memang memalukan apabila Parti konon nya pejuang Melayu tapi berperangai macam Inggeris Penjajah.
hemmmmm.....menteri kesalamatan dalam negeri tidak berbuat apa-apa untuk menghalang Samseng dari terus mengancam keselamatan rakyat di setiap ceramah pr... rasanya adalah lebih baik saja lah beliau letak jawatan kalau rasa tak mampu menggalas tugas tersebut... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee,.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....