DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 5 Februari 2012

TANYA HASSAN ALI KALAU 72% KEPIMPINAN PAS ADALAH SEKULAR, BERAPA PERATUS SEKULAR DALAM KEPIMPINAN UMNO ?

Dengan memberikan peratusan yang yang boleh dikatakan anggaran tepat dalam perkiraan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Yb Hasan Ali... yang mendakwa mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular... cuba kita bertanya kepada beliau berapa pula peratusan sekular yang ada dalam kepimpinan Umno ?.

Apabila beliau boleh memberikan peratusan sekular yang ada didalam kepimpinan PAS sudah tentu beliau boleh memberikan peratusan sekular yang ada didalam kepimpinan Umno... ini kerana sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang konon nya memperjuangkan Islam ,Melayu dan Raja (IMR), sudah tentu beliau boleh memberi peratusan sekular dalam kepimpinan Umno kerana beliau tidak terikat dalam mana-mana parti politik.

Sambil mengatakan golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13... Beliau juga turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan Pakatan Rakyat (PR) berkuasa di negara ini.

Dakwaan beliau tersebut telah diucapkan pada satu ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning Muar Johor... yang dikatakan dihadiri oleh kira-kira 3500 orang, dan ini adalah antara ceramah beliau yang mendapat sambutan hangat sejak bemula nya Roadshaw beliau.

Apa yang pasti ucapan Beliau tersebut dengan tak secara langsung telah menempelak golongan Ulama yang ada didalam PAS... kerana tak bertindak menghalang kerjasama dalam PR yang disertai oleh parti-parti yang anti kan IMR, dan boleh dikatakan perjuangan beliau lebih mulia dari tokoh-tokoh Ulama seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din serta seluruh kepimpinan Ulama yang ada dalam PAS.


hemmmmm..... mula sekarang boleh lah dipanggil beliau dengan Tuan Guru Hassan Ali, memandangkan perjuangan beliau lebih hendakan Islam dari tokoh-tokoh ulama yang ada dalam pas... kah kah kah !!!. umno-perkasam-jati  betul-betul meloyakan  heeeee.....

5 ulasan:

  1. Patutpun TGNA kata kat Hassan PHD ni "Tak Cerdik"

    he..he..he..

    Hassan PHD kata "dulu dia masuk PAS sebab PAS banyak ulamak..tapi..skrng dia keluar PAS sbb PAS dah kurang ulamak"

    Sekarang ni di tubuh JATI sebab dalam JATI banyak Ulamak.

    Hassan PHD kata jATI bukan parti politik...tapi bila dia sebut "jangan undi pemimpin Parasit PAS, maka, secara tak langsung dia suruh rakyat pilih BN-Umno utk menang di kawasan itu"

    Hassan...Hassan....
    Berapa banyak lu mau kelentong hahhh???

    BalasPadam
  2. dahtu hassan ali sendiri sekular... nak kata apa?

    BalasPadam
  3. Harap2 tak betul perangkaan hassan ali ni, kalau betul bukan sesuatu yg boleh dibanggakan kalau nak dibandingkan dengan umno. Secra tidak sedar tajuk artikel penulis membandingkan pas dengan umno seolah pas tidak ada beza dengan umno. Jadi mana satu yg muslim nak ikut ni?

    BalasPadam
  4. semua parti2 politik berdaftar dgn ROS yg memang tertakluk kpd undeng2 sekular. jadi, perjalanan atau operasi sesuatu parti politik ialah sekular. jgn dok heret islam. period.

    BalasPadam
  5. Hassan / Perasaan Hasad Dengki ini lah yang ada dalam sanubari Hassan Ali yang dah gila meroyan.

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....