Ibarat orang memandu kenderaan hendak membuat pusingan tanpa melihat kiri dan kanan... maka kalau pun tidak terjadi kemalangan... namun sudah pasti kenderaan yang ada dibelakang atau pun dari arah depan akan terkejut dan sudah tentu pemandu-pemandu kenderaan tersebut akan menjadi kelam kabut... hanya disebabkan oleh kenderaan yang membuat pusing tanpa memberi isyarat.
Dan kebiasaanya situasi tersebut terjadi apabila sipemandu mendapat khabar sesuatu berita yang tak disukai... mungkin terjadi kepada beliau atau orang yang terdekat... tak kira orang disukai atau dibenci... mungkin juga apabila sipemandu terlepas tempat yang hendak dituju... mungkin juga tertinggal sesuatu barang yang mustahak ditempat dimana sipemandu tadi bermula atau pun sipemandu melihat sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa... yang mana sipemandu sedang memandu kenderaan yang banyak kesalahan atau sipemandu tiada lesen memandu... atau lesen sudah tamat tempoh.
Berkenaan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria... yang berkata kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Najib (DSHN) pada sambutan
Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, dan sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri
bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan
adat... dan sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan
perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan
baru tidak boleh.
Ini beliau melalut ni apa hal... siapa yang mengatakan Datuk Seri Hj Najib (DSHN) mengadaikan Akidah... bukan Pakatan Rakyat (PR) atau Pemimpin PAS yang mengeluarkan kata-kata begitu... kemudian buat pusing dan menjawap bagi pihak DSHN... apa cerita ni Datuk Mufti Oiiiii... kenapa sampai boleh berpusing dengan tak tengok kiri dan kanan langsung... kah kah kah !!!.
Lepas tu siap boleh cakap lagi... beliau kecewa kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis
sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan
bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan
kufur... oiiii Datuk Mufti cuba tolong bagi tahu apa perasaan Datuk bila Patung DSHN ada kat kuil Batu Cave... kalau nak pusing tu lihat lah kiri kanan... takut yang dibelakang dan adalah Jenis Kenderaan Berat yang tak boleh berhenti secara mengejut... kah kah kah !!!.
hemmmmm..... kalau jenis-jenis nazri aziz senang kita nak kata... ini dah taraf mufti yang cakap... tapi masalahnya pendirian sebagai mufti boleh berubah sekelip mata... dan kemudian siap boleh salahkan orang lain pulak...kah kah kah !!!... umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....