Satu teguran telah dibuat oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah keatas kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), walaupun peruntukan RM1.3 Trilion sudah dibelanjakan... namun hasilnya masih jauh dari sasaran asal 30%... dan ini menurut Baginga berkemungkinan berlaku penyelewengan di peringkat perlaksanaan. ( sumber Selangorkini- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad.).
Ini lah yang dibanggakan oleh pengikut Mazhab Umno yang konon nya Umno adalah pejuang bangsa Melayu... kalau tak ada Umno bangsa Melayu akan merempat... sedangkan DEB dilancarkan adalah bagi mendapatkan ekuiti 30% pegangan ekonomi bagi bangsa Melayu.
Namun selepas hampir RM 1.3 Trilion dibelanjakan dan 20 tahun masa berlalu... bayang 30% masih samar dan tak mungkin dicapai dalam masa terdekat... apatah lagi jikalau dibiarkan Umno anak yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah terus menjadi Kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Mungkin pengikut dan pencacai Umno akan berkata apa lagi yang tak ada di Negara Malaysia yang tak dibuat oleh Umno... kalau itu yang di tanyakan... maka itu adalah soalan paling bodoh yang terhasil dari 54 tahun pemeritahan Umno... kerana kalau menyingkap kata-kata Pakar Ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid... Negara kita walaupun Hasil Bumi banyak namun taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan Singapura adalah jauh berbeza.
RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH |
Sedangkan dimasa itu apakah penghasilan Negara kita selain getah dan bijih timah dan ditambah sedikit koko... sedangkan Minyak dan Sawit belum lagi terhasil... tetapi tukaran mata wang macam mana boleh sama ? ... dan adalah satu tragedi ngeri rakyat Malaysia... apabila Minyak dan Kelapa Sawit menjadi penyumbang utama Ekonomi Negara... nilai mata wang kita telah ditinggalkan jauh kebelakang oleh Singapura.... sedang untuk minum pun mereka terpaksa beli dari kita !.
Adakah ini yang di banggakan oleh pengikut dan pencacai Umno... kalau ini yang dibanggakan jawapnya anak cucu cicit kita akan menyumpah kepada kita kerana mewariskan negara yang hampir muflis... kalau pun tidak muflis... moga-moga ianya menjadi renung kepada pengikut dan pencacai Umno yang selama ini mengatakan Umno pandai memerintah... bagi lah aku ketawa sikit... kah kah kah !!!.
hemmmmm..... semasa krisis ekonomi tahun 1997 banyak negara telah diperangkap (istilah tun madey) oleh imf... dan dengan bangganya beliau mengatakan beliau adalah pemimpin yang menolak imf kerana akan memembuat negara menjadi hamba imf... cuma nak tahu tahu juga... kalau tak silap negara taiwan dan korea selatan adalah penerima bantuan imf... apa jadi dengan negara tersebut ya ? umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....