DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 14 Februari 2012

AGONG YANG HENDAK SALLEH ABAS DIGUGURKAN, BUKAN KEHENDAK SAYA, KATA MAHA-MASALAH PUNCA KEHAKIMAN NEGARA INI... KAH KAH KAH !!!

Agong yang hendak Tun Salleh Abas digugurkan... bukan kehendak saya... Itu lah kata-kata yang keluar dari mulut Tun Madey bagi menyangkal kenyataan Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada maha-masalah kepada badan kehakiman negara yang tunduk kepada kehendak badan eksekutif iaitu ahli politik.

Walaupun beliau cuba menafikan apa yang didakwa oleh Bekas Ketua Hakim Negara itu... namun hakikatnya semua orang tahu bahawa beliau adalah pendesak kepada apa yang terjadi kepada Tun Salleh Abas... seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mohd Dzaiddin yang juga pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga tahun 2003.

Dan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran beliau pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman... Akibat nya kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen dan Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman megikut kata Tun Mohd Dzaiddin.

Sambil mengatakan itu adalah tuduhan tak berasas dan fitnah dan menyuruh menyemak semula peruntukan yang ada dan nyatakan bahagian mana yang menyatakan perkara tersebut... Beliau turut mengatakan tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut... beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya.

Namun begitu... beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia... beliau telah diminta mengulas kenyataan Tun Mohd Dzaiddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim... kah kah kah !!!.

Tun Madey oh Tun Madey... sudah-sudah la nak mohong... hang bukan tak tau yang semua orang pun tau apa hang buat masa tu... kalau kuasa Raja-Raja pun hang boleh tarik ... ini kan pulak kuasa hakim... tapi macam mana hang antara manusia yang cukup pandai memohong... mungkin seribu dalam satu baru boleh jumpa manusia serupa hang... kah kah kah !!!. 


hemmmmm..... mungkin mimpi ngeri bila mengenangkan kalau umno/bn tersungkur dalam pru 13 nanti... sesuatu yang akan menjadi neraka dunia kepada beliau dan puak-puak umno bermasalah... mungkin sekarang ada puak-puak umno bermasalah sudah berkira-kira mencari tempat yang sesuai bagi dijadikan perlindungan... kah kah kah !!! umno perkasam jati betul-betul meloyakan  heeeee.....

3 ulasan:

  1. wan aku pun terbahak besar bila dibacakan pernyataan maha firaun bukan dia yang buat tapi agong yang suroh.wan aku kata dah dasar cakap mohong,mohong aje yang dia tahu.nampak bebenor dia menderhaka kat raja raja yang tak ada tauliah mengarah.

    BalasPadam
  2. mamak kutty yang dan nyanyuk! hingga sekarang masih tak nak mengaku kezaliman yang telah dilakukannya. anak kaya pun melalui salah guna kuasa. ingat tak akan dihisab diakihirat kot?

    BalasPadam
  3. Lawak batul statement Tun ni...susah sangat nak mengaku kesalahan,memang dah tabiat dia dari kecil apa yang dia buat semuanya betul dan tak pernah salah..Lepas ni tak mustahil isu kekebalan raja yang dibawa oleh beliau akan tetap menyatakan bahawa Agong yang suruh tarik..mesti punya la

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....