DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 14 Januari 2012

TIADA PRU SELAGI TIADA PEMBAHARUAN KATA HJ NAJIB... PEMBAHARUAN APA YA? SAMPAIKAN LEMBU PUN DAH DUDUK KONDO... KAH KAH KAH !

Setelah merasakan pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) daripada tuduhan liwat tiada keuntungan seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib (DSHN), maka beliau berkata tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk pembaharuan demokrasi terlaksana semasa temubual dengan Dow Jones Newswires.

Menurutnya "Saya berharap masa yang sesuai untuk memanggil pilihan raya tidak lama lagi, tetapi Saya masih perlu menunaikan janji-janji Saya dan ia penting bagi rakyat dapat merasakan yang pembaharuan yang dijanjikan itu akan benar-benar memberi manafaat kepada mereka", komen temubualnya itu membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga pembaharuan demokrasi terlaksana.

Mahu tak mahu Datuk Seri Hj Najib mesti memanggil pilihan raya menjelang 2013, tetapi spekulasi semakin kencang minggu ini yang beliau mungkin berbuat demikian dalam tempoh terdekat sebelum Pakatan Rakyat (PR) semakin menguatkan keduduka selepas pembebasan Anwar.

Empat tahun hampir berlalu... NKRA entah apa hasilnya... KPI hanya pada nama... ISA hanya cerita... Bill perhimpunan Aman jadi Bill perhimpunan Haram... indek rasuah makin meningkat... lembu dah boleh duduk dikondo... hasnaf bagi wang zakat telah bertambah lagi satu hasnaf... cakap tak pernah betul dan berjanji tak pernah tepat.

Apalah pembaharuan yang boleh diharapkan kepada DSHN ini sedangkan  hampir empat tahun berlalu tidak digunakan untuk pembaharuan, dan dalam masa hanya lebih kurang satu tahun yang tinggal... cakap nak lihat pembaharuan... betuk-betul cerita lawak zaman perang dunia kedua ..kah kah kah !!!.

Seseorang kena beritahu DSHN kalau bercakap dengan puak-puak Umno yang menggunakan Otak lembu mungkin boleh percaya atau pencacai Umno pun boleh percaya.... tapi kalau bercakap dengan orang yang menggunakan otak manusia tak usahkan penyokong PR... penyokong Umno pun tak percaya beliau... itu lah pasal hingga keluar buku dari penyokong umno suruh dia letak Jawawtan.


hemmmmm..... mula-mula jadi perdana menteri bukan main lagi cakap soal tranformasi , nkra, kpi dan macam-macam  la yang termasuk dalam 1malaysia la katakan... kesudahan nya keluar indek rasuah antarabangsa bukan nya rasuah turun tapi tambah menaik nya gejala rasuah.... umno=perkasam ..betul-betul meloyakan heeeeee.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....