DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Sabtu, 14 Januari 2012

POLITIK UMNO TERLALU HODOH DAN PRIMITIF KATA BEKAS MENTERI UMNO INI... KIH KIH KIH !


Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) mengemukakan tiga tuntutan dan menggesa kerajaan melaksanakannya selaras dengan pembaharuan dalam pilihan raya umum yang akan datang. "sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib memperbetulkan yang tidak adil, maka rakyat akan menghargai tindakan beliau itu".

Tiga tuntutan tersebut ialah membenarkan akses media yang bebas untuk rakyat mendapat maklumat mengenai pilihan raya umum, birokrasi mesti bebas dan menghalang wang ditabur secara terang-terangan dalam pilihan raya, tambah nya lagi "Perlu ada penyelesaian jangka masa panjang dan pendek untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mungkin beberapa saluran Astro atau sebagainya... Peruntukan ruang di TV3, RTM dan sebagainya kepada rakyat... Mungkin untuk tiga bulan sebelum pilihan raya".

"Dan untuk jangka masa panjang pula, kerajaan perlu menimbangkan memberi permit radio, televisyen atau akhbar jika merasakan rakyat serius dan kredibel, apatah lagi perkara itu merupakan hak mereka yang dijamin perlembagaan, kenapa hak mereka dinafikan... ianya tidak boleh nafikan kerana dijamin dalam perlembagaan... Politik begitu adalah primitif... Saya fikir rakyat mengetahui ia adalah tidak adil dan primitif". Dengan memberi contoh tindakan kerajaan menafikan pemberian permit akhbar kepada PAS untuk menerbitkan akhbar sendiri dan memaksa dijual secara mingguan kepada ahlinya sahaja, sebagai "tindakan primitif".

"Jika kerajaan segera memperbetulkan perkara ini, saya fikir rakyat akan cepat menghargainya. Saya berharap Najib mendengar mengenai perkara ini", Mengulas mengenai birokrasi yang bebas beliau berkata " tindakan jabatan kerajaan yang berkempen dengan turun ke kampung merupakan satu perkara asas yang perlu diperbetulkan dan dihentikan".

Sambil mengalu-alukan tindakan kerajaan menubuhkan PSC dan menjemput wakil pembangkang menganggotainya, bekas menteri pelancongan itu mengingatkan supaya kerajaan tidak mengadakan pilihan raya sehingga jawatankuasa itu selesaikan melaksanakan tugas mereka.

"Saya kira mereka perlu diberikan masa mungkin sehingga Jun... berikan tiga atau empat bulan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sesuatu cadangan, lepas itu baru buat pilihan raya maka kerajaan yang akan dilantik benar-benar melahirkan pemimpin yang gentlemen dan rakyat akan menghargainya. Percayalah".

"Tetapi jika pilihan raya dilaksanakan sebelum tempoh tersebut, maka penubuhan jawatankuasa itu hanya lah sekadar Main Drama yang boleh mengundang kemarahan rakyat dan rakyat tidak akan menerima kemenangan sekiranya kerajaan menang sekali lagi".

Mengenai dakwaan wang ditabur dalam pilihan raya untuk membeli undi, Kadir menyifatkannya sebagai satu tindakan hodoh dan primitif, beliau malu dengan hal sedemikian kerana lebih 30 tahun dalam politik beliau tidak pernah menggunakan wang untuk politik termasuk bertanding Majlis Tertinggi Umno atau pemimpin pemuda Umno.

"Itulah babak besar yang sepatutnya perlu diharamkan terus dan sekarang ia adalah amalan yang terbuka... ianya cukup kotor dan saya malu dengannya, Saya menjadi ahli parlimen 30 tahun, saya tidak pernah melakukannya..... duit bukan lagi segala-galanya untuk menang dalam pilihan raya".

Nak percaya ... macam tak percaya... nak percaya tapi yang cakap ahli Umno.... tak percaya tapi bunyi nya macam Pemimpin Pakatan Rakyat..... tapi sayang masih menjadi ahli Umno... tapi tak apa yang penting beliau mahukan pembaharuan Dalam Demokrasi Negara dan hendakkan sesuatu yang bersih, juga menyatakan amalan yang diamalkan  kebanyakkan pemimpin Umno adalah amalan  yang Prmitif dan kotor.

Kalau semua Pemimpin Umno berfikiran manusia macam beliau.... takkan terjadi demo Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tapi apa nak buat cakap beliau hanya boleh didengar tapi jangan dipercayai 100 peratus selagi beliau masih menjadi Ahli Umno. Apa-apa pun kita ucapkan tahniah kerana beliau berani menegur Pemimpin Umno yang jelas lagi bersuluh ketidak betulan nya dan bukan nya menjadi Pencacai Bangsat seperti kebanyakkan Ahli Umno yang lain.


hemmmmm..... lepas ni mungkin beliau akan lumat dimaki oleh  pencacai umno bangsat yang sememangnya ramai... maklum mereka ini dibayar untuk menjadi pencacai yang bangsat... umno=perkasam betul-betul meloyakan heeeeee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....