DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Ahad, 15 Januari 2012

KENAPA HANYA SHARIZAT SAJA DISIASAT... BUKAN DIA YANG LULUSKAN PROJEK... SIASAT JUGA SIAPA YANG LULUSKAN TENDER PROJET NFC !

Sesudah hampir dua bulan lebih Isu Penyelewengan dana Projet National Fidlot Copration (NFC) dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, baru hari ini Kerajaan bertindak dengan membekukan segala aset NFC.

Kalau sebelum itu berbagai alasan dibuat dan diberi baik dari Pemimpin Umno hingga lah kepada pencacai bangsat, serta penyokong yang tak mahu berfikir menggunakan otak manusia. Bermula nya Isu ini adalah berkisar daripada laporan Ketua Audit Negara yang kemudian dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), tetepi diolah oleh Pemimpin Umno dan pencaci bangsat serta penyokong mereka dimedia arus perdana seumpama ianya adalah fitnah dari PR.

Kenapa selepas dua bulan lebih baru hendak disiasat... kenapa tidak disiasat selepas laporan dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara...., ianya lain tak bukan adalah kerana Umno menyedari bahawa rakyat sudah mengetahui akan segala alasan yang diberi semua penipuan bagi menafikan penyelewengan yang berlaku didalam NFC.

Disini sudah menampakkan sama ada keikhlasan untuk menjaga hak rakyat atau permainan Pemimpin Umno untuk sendiwara bagi menipu rakyat, kita juga hairan kenapa Datuk Seri Sharizat sahaja disiasat... sedangkan beliau bukan orang yang boleh meluluskan sesuatu tender projek NFC.

Memang patut beliau disiasat kerana menggunakan pengaruh beliau untuk melobi Projek bagi pihak keluarga beliau, tetapi apabila ada nya pihak yang melobi sudah tentu ada pihak yang kena lobi dan pihak yang kena lobi sudah pasti orang yang mempunyai kuasa untuk meluluskan apa yang dilobi.

Mungkin ini yang cuba dikelirukan oleh Umno dari pandangan rakyat menyatakan kesemua aset NFC telah dibekukan pada masa ini, sepatut ia dibuat sejak dari awal lagi dan bukan nya dengan memberi alasan yang berbagai-bagai. Yang pasti mereka yang terlibat meluluskan tender NFC juga semesti nya disiasat yang sudah pasti terlibat sama dalam perkara ini.

Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib Tun Razak berkata, "Segala aset NFC telah dibekukan pada masa ini beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC".

Beliau juga berkata "Saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi, dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan yang dijalan".

Inilah dia yang dinamakan Pelik bin Ajaib... sedangkan yang diketahui Datuk Seri Sharizat bukan Menteri Pertanian pada masa itu ... dan bukan juga Menteri Kewangan... atau pun Timbalan Perdana Menteri.... dan sudah pasti beliau bukan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa meluluskan Projek bernilai RM250juta pinjaman mudah jaminan Kerajaan dan tak termasuk Gran kerajaan sebanyak RM75juta diberi percuma.


hemmmmm..... sesuatu perkara yang dibuat tanpa rasa tanggung jawap untuk menjaga amanah rakyat sudah dilihat dari awalnya... yang pasti bukan sharizat yang melulskan projek tersebut.... umno=perkasam betul-betul meloyakan heeeee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....