Tulis nya lagi terdapat syarat-syarat baru yang dicipta oleh ahli-ahli Politik mengejar duniawi tetapi tiada dalam Al- Quran, Hadis-Hadis Sahih atau pun tulisan-tulisan Ulama Muktabar dan ini yang menyebabkan sebahagian besar Umat Islam Negara ini menolak syarat-syarat tersebut.
Maka terjadi perpecahan Umat Islam yang mengakibatkan sembahyang dua imam, larangan perkahwinan sesama Islam kerana tidak menerima syarat baru ciptaan Parti tersebut, dan yang lebih teruk apabila ketaksuban kepada Pemimpin, dengan itu mendakwa lah segelintir pengikut bahawa Pemimpin mereka sama dengan nabi..... dan tiada pula bantahan dari Pemimpin serta pengikut mereka yang lain, berikutan itu berterusan lah benda yang salah.
Fuhhhhh !!! patut lah blogger pencacai umno pun bercakap tentang agama sejak akhir-akhir ini semua nya pandai-pandai agama..... rupa nya ada Tok Guru Muktabar yang menurunkan ilmu Agama dari Versi Sahih Tun Mahatir Mahammad.
Sudah lah Tun... jangan cakap pasal perpecahan Umat Islam dengan menuduh orang lain sebagai penyebab.... Parti Umno yang terdiri dari ahli Umno serta di pimpin oleh Tun sendiri pun jadi Haram pada tahun 1988 kerana kerana perpecahan.
Sebenar nya Tun.... orang islam mejoriti nya berada di pihak yang Tun kata kan penyebab kepada perpecahan... kalau sesuatu tempat yang Melayu Islam nya ramai Umno pasti kecundang.... sehebat-hebat Tun pun mejoriti Melayu menolak Tun....

Tun pada masa itu umpama Khalifah Zaman Moden bagi penganut Mazhab Umno, segala teguran Mufti dan Alim Ulama semua Tun tolak tepi..... contoh nya Mufti Negeri Selangor Allahyarham Datuk Ishak Baharom berkaitan dalam mengetengahkan isu pertandingan ratu cantik dan penangkapan tiga gadis Melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya.
Tun telah mengatakan itu salah dan mencemuh institusi agama dengan mengatakan; "Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur.... dan kecantikan dicipta oleh Tuhan.... tak kan kita tak boleh tengok yang cantik" dan kontrak nya tidak disambung lagi dengan alasan faktor Umur, yang sebenarnya beliau tidak disambung kotrak atas arahan tangan ajaib Tun sendiri.
hemmmmm...... tun mahathir oh tun mahathir.... mungking melayu yang dikatakan mudah lupa adalah dari mazhab umno..... tapi melayu yang lain tak kan lupa segala kemungkaran yang tun lakukan..... betul-betul meloyakan heeeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....