
Kata nya lagi "Jika kita bercakap tentang undang-undang baru yang kita kemukakan, transformasi yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak... kita perlu imbangi antara kepentingan negara dan keselamatan negara... hak dan kebebasan... ini mengambil masa... dan saya percaya majoriti rakyat Malaysia sanggup memberikan kita masa".
"Tujuannya adalah melakukan apa yang betul dan rakyat tidak perlu membayar kos seperti yang terpaksa dilalui oleh Jepun adalah sesuatu yang bernilai dan usaha yang baik, Kita beri ruang kepada diri kita untuk menyesuaikan diri dengan peralihan tetapi saya percaya ia memerlukan banyak kesabaran dan juga keberanian".

Sama ada dia syok sendiri atau saja nak sedapkan hati puak-puak Umno yang dah mula menolak kepimpinan sepupu nya... itu sendiri kena fikir lah, yang pasti rakyat memang dah tak sabar untuk tumbangkan Umno/Bn, sebab itu apabila Bersih 2.0 diadakan .... puluhan ribu rakyat telah turun membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Walaupun sebelum itu bermacam ugutan dan sekatan telah dibuat oleh pihak berkuasa... namum semangat rakyat yang mahukan Pembaharuan dan Pembaikan dalam Sistem Pilihan Raya tetap tidak berubah, cuba lah bayangkan kalau tanpa dibuat sekatan dan tangkapan serta ugutan... berapa ramai lagi yang membanjiri dan memberi sokongan pada Bersih 2.0.
hemmmmm.....apa yang pasti rakyat memang mahu kan pembaharuan kebebasan sivil yang beradap dan bermaruah.... bukan nya sekatan yang biadap dan tak bermaruah... kalau negara jepun boleh bangkit sebagai gergasi ekonomi dunia selepas hancur diserang tentera bersekutu.... tetapi masih mengekalkan identiti bangsa jepun.... kenapa kita harus takut untuk berubah dalam suasana kita sendiri..... umno -perkasam betul-betul meloyakan heeeeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....