DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Selasa, 8 November 2011

PUTAR BELIT DAN DOLAK DALIH UMNO SUDAH BERMULA !!! APA PULAK LA LEPAS NI UMNO Ooiiiiii....

Nampaknya dolak dalih dan putar belit umno sudah mula menjelmakan wajah, dalam proses untuk menambahbaikan sistem pilihanraya berbagai alasan mula digunakan untuk menggagalkan pembaikan tersebut.

Alasan pindaan perlembagaan lah yang digunakan semasa pembatalan penggunaan dakwat kekal didalam Pilihanraya Umum ( PRU ) ke-12 pada tahun 2008, hari ini wakil bagi pihak Umno dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pilihanraya ( PSC ) mengulangi alasan tersebut dengan menyatakan kemungkinan keputusan pilihanraya boleh dicabar dimahkamah.

Mereka puak-puak umno ni akan menggunakan segala tipu muslihat dan dolak dalih bagi menggagalkan Penambahbaikan Sistem Pilihanraya negara ini, dengan tangan-tangan ajaib umno.

                        

Walaupun PSC baru sahaja menjalankan tugas dan Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad adalah salah seorang dari anggota PSC beliau sudah menampakkan ketidakmahuan umno untuk Pembaikkan Sistm Pilihanraya Negara ini.

Inilah umno yang cuba mengekakalkan sistem yang memudahkan kearah penipuan dan  keraguan dalam pilihanraya, ini belum lagi menyentuh perkara-perkara lain seperti daftar nama pemilih yang bertindih, undi pos dan banyak lagi yang boleh dipertikaikan tapi ini baru hanya soal penggunaan dakwat kekal semasa proses membuang undi dalam pilihanraya.

Kalau kita lihat dolah dalih dan penipuan umno dalam hal untuk penambahbaikan sistem pilihanraya ianya bermula selepas BERSIH 1.0 pada tahun 2007 dengan mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) seolah-olah hendak menggunakan dakwat kekal semasa proses pengundian pada PRU 12 tetapi kemudianya mengarahkan juga SPR untuk membatal penggunaan dakwat kekal pada saat akhir sebelum hari pengundian tiba dengan alasan-alasan yang tak munasabah.

hemmmmm..... umno dengan penipuan bagai irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan..... betul-betul meloyakan......heeeeeeeee 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....