DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label pru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pru. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mei 2014

Tiga Lagi Adun Umno Yang Dikatakan Akan Keluar Umno Membuat Pengesahan


Teka-Teki berkaitan apa yang diperkatakan bahawa 3 Orang lagi Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Terengganu dari Umno akan Mengikuti Jejak Langkah 3 Adun Umno yang sebelum ini telah Mengistiharkan Keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, ini berdasarkan dari Ketidak Hadiran Adun-Adun tersebut didalam Majlis Perlatikan Menteri Besar Terengganu yang Baru semalam.

Tiga Adun dari Umno yang telah keluar Umno sebelum ini ialah YB Dato' Seri Ahmad Said (Adun Kijal), YB Ghazali Taib (Adun Ajil) dan Roslee Daud (Adun Bukit Besi), manakala yang DIKAITKAN dalam senarai Menunggu untuk Keluar Umno ialah YB Dato' Mohd Jidin Shafee (Adun Permasuri), YB ir Rosli Othman (Adun Kemasik) dan YB Nawi Mohamad (Adun Kuala Besut).

Setelah Menunggu agak lama Perkhabaran dari ketiga-tiga Adun Umno yang dikatakan didalam Senarai Menunggu untuk Keluar dari Umno akhir Ketiga-tiga nya Mengesahkan melalui jawapan mereka dibawah, tak apa lah walaupun lambat Menunggu jawapan dari dia orang setidak-tidak nya Jawapan tersebut masih lagi memberi Pernafasan Sementara buat Umno Terengganu.

  1. YB Dato' Mohd Jidin Shafee (Adun Permasuri)- "Saya tetap akan bersama Umno"
     
  2. YB ir Rosli Othman (Adun Kemasik)- " Saya menafikan akan keluar daripada Umno dan menjadi wakil bebas". 
  3. YB Nawi Mohamad (Adun Hulu Besut)- "Saya tidak akan sekali-kali meninggalkan Umno".

Lega sekejap Ulul Amri Umno Datuk Seri Haji Najib dan Kepimpinan Umno yang lain beb, tapi tak tahu lah berapa lama lagi Kelegaan tersebut dapat Bertahan. Jikalau sebelum ini Ungkapan yang selalu Keluar dari Mulut Longkang Pemimpin Umno serta Penchcai Angkat Najis Umno ialah "Majoriti Masih Bersama Umno", untuk Situasi di Terengganu ni apa Ungkapan yang digunakan... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... kalau ikutkan sejarah ulul amri umno haji najib ni, seboleh-boleh nya beliau tak mahu ada nya pilihan raya negeri (prn) terengganu, segala helah dan muslihat akan digunakan bagi prn tidak terjadi... seperti pru13 lah beb, lihat berapa lama masa beliau ambil untuk membubarkan parlimen... kah kah kah... A B U.



Selasa, 18 Mac 2014

(Video) Mas MH370 : Kesian Dengan Bomoh 1Malaysia Pro Umno Kerana Pemimpin Umno Tak Kenal Beliau Beb








Apa MALANG lah Nasib lu Tok Moh, sudah lah Anwar Ibrahim TAK KENAL lu tapi masih nak Tumpang lu punya POPULARITI dalam Kempen Pilihan Raya kecil (PRK) N.25 Kajang. Berita Terkini di katakan Pemimpin Umno yang sudah banyak lu jadikan KHALIFAH dan PANGLIMA pun TAK MENGAKU yang dia orang Kenal dengan lu Tok Moh, Apa punya SUWEY lah Nasib lu Tok Moh selepas saja Pemilihan Umno Pelbagai Peringkat Selesai... kesian kesian... kah kah kah !.


Kalau lu nak tahu Tok Moh itu lah Perangai Umno And the Gang sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA, yang akan meninggalkan Kawan TERKONTANG-KANTING bila dirasakan yang ia tidak membawa kepada Keuntungan Politik kepada dia orang. Tapi tak apa Tok Moh lu tunggu aje sampai Pemilihan Umno yang akan datang atau pun Pemilihan Calon bagi Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14), gua pasti dia orang  akan Kenal dengan lu semula Tok Moh... kah kah kah !.

Biasa lah Tok Moh ADAT BERNIAGA ada masa nya UNTUNG dan masa nya RUGI, sepatutnya Tok Moh Belajar Berniaga dengan Pemimnpin Umno tu selepas Tok Moh bagi dia orang Anugerah Khalifah atau pun Panglima. Kerana dia orang kalau Berniaga Tak akan Rugi malahan boleh Untung dan Makan sampai 7 Keturunan tak Habis-Habis lu tahu tak Tok Moh. Diharap Tok moh jangan lah KECIT HATI dengan Perangai BANGSAT Umno tu ya Tok Moh... kah kah kah !.


hemmmmm..... betul-betul lawak gila babi bila sahabat tempat mengadu masalah dikalangan pemimpin umno dikatakan tak kenal, siap dapat khalifah dan panglima lagi tu... kah kah kah... A B U.

Jumaat, 25 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Kenal Jugak Anak Mahathir Ni Dengan Perkataan Ikhlas Ya Beb !

Gua ingatkan Anak Tun Mahathir ni TAK KENAL dengan Perkataan IKHLAS beb... maklum aje le kalau sudah menjadi sebahagian dari ISI PERUT UMNO... lu orang sendiri tahu aje lah kan kalau dah nama nya Isi Perut Umno... menjadi Wakil Rakyat seolah-olah menjadikan RAJA di sesuatu Kawasan atau membuat seperti Kawasan tersebut adalah HAK PERSENDIRIAN... 

...menjadi Menteri pulak seolah-olah menjadikan sesebuah Kementerian seperti HARTA PUSAKA dia orang dan menjadi Perdana Menteri seolah-olah HARTA RAKYAT seperti HARTA MAK BAPAK UMNO... sebab itu selalu keluar kenyataan dari MULUT LONGKANG dia orang perkataan "RAKYAT PERLU BERTERIMA KASIH DENGAN UMNO"... kah kah kah !.

Kerana itu bila Persuruhjaya Pas Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar membuat Ziarah terhadap Ayah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom beliau sudah mula TERTEKAN dengan mengatakan "Ini soal KEIKHLASAN... saya tertanya-tanya apa NIAT beliau apabila dia MELAWAT Ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus DIMUAT NAIK"...

..."jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya... kalau kita nak cakap IKHLAS... malam sebelum Penamaan Calon (selepas pengumuman calon BN) saya dah bawa Calon kita buat KUNJUNGAN HORMAT ke rumah Puan Seri Faekah selama dua jam... saya perkenal Calon kita, maklumlah tempat ini tempat Almarhum Tan Sri Azizan... saya tak ada pula nampak gambar dari pertemuan itu DIMUAT NAIK... tak ada pula saya gunakan itu sebagai MODAL KEMPEN". mk

Cuba gak lu orang tanya kat beliau tu beb...  gambar beliau yang macam NELAYAN dari KERELA INDIA (tapi gua silap dalam entri gua dengan menggunakan perkataan KARBALA)... tu gambar apa pulak... apa pulak MOTIF gambar beliau seperti merenung NUN JAUH ke Negeri TANAH KELAHIRAN BAPAK beliau tu beb... kah kah kah !.

Apa ke gambar tersebut IKHLAS yang keluar semasa musim Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau sekarang ni Mukhriz Mahathir... jangan cerita lah pasal Ikhlas beb kalau masih menjadi sebahagian dari ISI PERUT UMNO... kalau lu tak percaya lu pergi tanya dengan BAPAK lu tu yang menjadi WATAK UTAMA semasa UMNO MAMPOS pada Pemilihan Umno tahun 1987... itu akibat TERLALU IKHLAS lah nama nya... kah kah kah !.

Lagi satu apakah kalau Pemimpin Pas Memuat Naik kan gambar ketika melawat Mediang Chin Peng itu baru dikatakan Ikhlas ya Mukhriz... macam ni lah Mukhriz lu tanya lah BAPAK lu tu lagi... siapa yang punya kerja MENYEBARKAN Gambar MUSUH POLITIK beliau Tengku Razaligh Hamzah memakai TENGKOLOK yang dikatakan bergambar SALIB pada Kempen Pilihan Raya Umum Ke-8 (PRU8) tahun 1990 ok... kah kah kah !.


hemmmmm..... mungkin ada yang kata kenapa nak babitkan mukhriz dengan bapak beliau... lu orang tahu tak tanpa bapak beliau yang mengaku memberi rasuah setiap kali pemilihan umno siapa lah beliau beb... lu orang pun tak akan kenal kalau beliau bukan anak bapak... seperti ketua pemuda umno yang dipanggil anak menantu tu... lu orang pun tak akan kenal kalau beliau bukan anak menantu pak lah... kah kah kah... A B U.