KENYATAAN MEDIA ISU NOTIS UNDANG UNDANG DARI GERAKAN
Pertama
saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang Pas mengucapkan terima kasih
pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh
24.4.2014 yang dihantar kepada Pas berkenaan isu hudud.
Keduanya,
Pas yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara
menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas
pandangan mereka berkenaan hudud itu. Pas mungkin tidak setuju dengan
pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan
hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.
Ketiganya,
jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan
Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh Pas adalah berkisar kepada
isu Perlembagaan. Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan
dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam
Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.
Amat
malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud
bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana
di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh Pas atau Kerajaan
Kelantan.
Ketiadaan
perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan
menghantara notis tindakan undang undang kepada Pas hanya berdasarkan
sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi
Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.
Dakwaan
Gerakan dalam Notis mereka kepada Pas bahawa kewujudan hukum hudud akan
mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara
kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan
juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang
undang jenayah dalam negara ini.
Untuk
makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah
pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi
negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu
iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah
yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Oleh
itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun
mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan
yang menyalahi Perlembagaan.
Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang
membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih
dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan
kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL )
yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah !.
Apa
pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis
yang boleh dikatakan pra matang kepada Pas, mereka tidaklah dilihat
menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang
beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud secara
terbuka sebelum ini.
Alexender
Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh
kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah
hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud
tanpa mengetahui dan memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?.
Saya
juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita
tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian
seperti ISA, Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta
Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.
Mengapakah
apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan
kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong.
Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang
dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno,
MCA dan MIC?.
Adakah
Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud
malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu
"lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim
tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
Saya
mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama
berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini.
Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah Pas bersedia
datang bila bila masa.
MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG PAS PUSAT
__________________________________________________________________________
Apa Macam Tan Keng Liang Ketua Pemuda Parti Gerakan Sahabat Sehidup Semati Parti Umno, lu ALA Teloq ka Tan Keng Liang atau lu pun sama seperti lu punya Sahabat punya Ketua yang TATAK ALA Teloq. Lu lain kali kalau mahu Main GELETAK-GELETAK kasi tengok Olang sikit ok, kalau seperti lu punya Sahabat punya Ketua boleh lah lu Geletak-Geletak... kah kah kah !.
Sekalang celita manyak pun Tak-Tak guna, lu kasi siap itu tempat... kasi set itu Masa dan kasi tentu itu Ali Bulan, kalau sulah siap itu semua kasi tahu itu Muhamed Hanipa Maidin panggil dia Mali datang untuk DEBAT. Kalau lu Tatak Belani, lu kasi tanya itu lu punya Sahabat pun Ketua macam mana mau Bikin lu punya Teloq muhu kasi buat itu Roti Teloq ok... kah kah kah !.
hemmmmm..... umno oh umno... apa lu ingat orang bodoh seperti kebanyakkan ahli umno ke, menyuruh parti menghantar bantahan konon nya mahu mengambil tindakkan undang-undang... weeekkkkk tuihhhhhhh.... kah kah kah... A B U.