DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Rabu, 8 Julai 2015

Pendirian Kita Pendirian Islam, Sikap Yang Baik Kita Sokong, Yang Tak Baik Kita Tentang... Fitnah Fitnah Tak Main Lah




Fitnah Fitnah Tak Main Lah... tu gua aje yang tulis bagi menambahkan Perisa buat Halua Telinga Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi beserta Gerombolan beliau... rasanya pun Bertepatan apa dengan Kenyataan yang dibuat oleh beliau mengenai Laporan dari Wall Street Journal (WSJ) berkaitan Perdana Menteri Paling Jujur Didalam Dunia Datuk Seri Haji Najib yang Isteri beliau bernama Datin Seri Hajjah Rosmah. Dimana beliau mengatakan Pendirian Kita Pendirian Islam iaitu Sikap yang Baik kita Sokong, yang Tidak Baik Kita Tentang.

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haji Haron Din telah mengatakan Keraguan beliau terhadap Laporan yang dibuat oleh WSJ tersebut berkaitan Perdana Menteri Haji Najib, kali ini Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Hadi pula mengatakan Keraguan beliau terhadap laporan WSJ. Sudah tentu lah kedua-dua Ulama' Tersohor Dunia ini mempunyai Risikan dan Rujukan selain Rujukan biasa iaitu Al-Quran dan Hadis bila mengeluar Pandangan mereka berkaitan Laporan WSJ, lebih-lebih lagi bila ianya berkait dan bersangkutan dengan Fitnah.

Sudah namanya pun Ulama' Tersohor Dunia beb...sedangkan Ustad-Ustad yang berstatus Lebai Mercun Pop Pop dan Para Wala'un-Wala'un pun akan memberikan Hujah mereka dengan menggunakan Ayat Al-Quran dan Hadis bila Berhujah, ini kan pulak Tuang Presideng PAS Tung Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuang Guru Datuk Dr.Haji Haron Din sebagai Ulama' Tersohor Dunia. Tak mengikut Syarie lah jika Tuang Presideng PAS dan Mursyidul Am PAS tidak Merujuk segala Tindakan dia orang kepada Al-Quran dan Hadis.

Ini juga boleh lah dikatakan sebagai Demokrasi Terpimpin Ulama' selepas Ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Kepimpinan PAS Pusat selepas Kematian beliau. Jika dulu agak Jarang Pandangan Mursyidul Am PAS di Persetujui oleh Tuang Presideng PAS... begitu jugalah Pandangan Tuang Presideng PAS Jarang dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS secara Segera. Walaupun ini bukan bermakna kedua-duanya Bertentangan tetapi menampakan yang ianya bukan lah didalam Demokrasi Terpimpin seperti yang diamalkan pada Waktu ini.

Buktinya Jelas Lagi Bersuluh apabila kedua-dua nya mengatakann Keraguan Yang Munasabah terhadap Laporan yang dikeluarkan oleh WSJ, ini membuktikan yang Kedua-dua Ulama' Tersohor Dunia ini adalah betul-betul Pemimpin Islam yang Adil kepada Diri... Adil kepada Keluarga dan Adil kepada Ahli PAS dan Adil kepada Seluruh Rakyat Malaysia, tak kira sama ada ianya Ahli PAS atau pun Ahli UMNO... Ahli PKR mahu pun Ahli DAP. Pendek kata tak ada yang boleh dikatakan Tindakan serta Perbuatan kedua-dua Ulama' Tersohor Dunia sebagai Tidak Adil.

Jika lu orang mengikuti Perbicaraan Saman Fitnah Pil Kuda terhadap Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi maka mungkin Tuang Presideng PAS tersebut Acap Kali meminta Pihak yang Mendakwa dan Mahkamah mengikut Perbicaraan seperti yang disarankan oleh Islam dengan Mengemukakan Saksi pada Perbicaraan tersebut. Mungkin antara Ungkapan yang selalu Tuang Presideng katakan ialah "Ambo mahu pihak mung mengemukakan Empat Orang Saksi yang mengatakan Ambo Membuat Fitnah".

Mungkin tambah Tuang Presideng PAS lagi "Jika Mung boleh kemukakan Empat Orang Saksi maka Ambo akan Mengaku Salah sebagai Mengfitnah Mung Menjual Pil Kuda"... Tapi seperti yang lu orang sedia Maklum lah kan mana mungkin Pihak yang Mendakwa di Fitnah oleh Tuang Presideng PAS mampu untuk mengemukakan Empat Orang Saksi seperti yang diminta oleh Tuang Presideng PAS, rasanya bukan setakat Empat Orang Saksi malahan Seorang pun rasanya Pihak yang mengatakan kena Fitnah dengan Tuang Presideng Gagal untuk dikemukan.

Bertambah lagi segala Tuduhan yang mengatakan bahawa Tuang Presideng membuat Fitnah adalah sebenarnya Fitnah semata-mata, sedangkan bukan saja untuk membuat Fitnah Pil Kuda malahan untuk berkata dengan Perkataan yang Buruk Bunyi nya seperti Barua Broker Tolol Anjing dan Serigala pun tidak pernah Tuang Presideng PAS ucapkan. Begitulah Akhlak Baik dan Mulia yang ada pada Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Hadi Abdul Hadi Awang, sebab itu juga beliau dilantik menjadi Naib Ketua Ulama' Sedunia No 3.

Satu lagi Politik Sesat dari Pemimpin Berstatus Ulama'... yang mana Ahli Politik dikedudukan Pembangkang tetapi seolah-olah menjadi Penjilat kepada Pemimpin UMNO. Memang betul Tuduhan adalah Fitnah jika ianya tanpa Bukti, namun wajarkah seorang Ahli Politik Pembangkang menjadi seperti Perisai kepada Perdana Menteri Paling Jujur Dalam Dunia. Tak bolehkan Mulut Longkang dia orang berkata "itu adalah masalah Perdana Menteri maka biarlah Perdana Menteri yang menyelesaikan nya". Ini tidak... Tidak logik lah. dan sebagai nya... hakkkkk tuihhhhh !.


hemmmmm..... sebetulnya sindrom penyakit umno iaitu perasan bagus telah pun berjangkit kepada sebahagian pemimpin pas berstatus ulama' beb... itu sebab nya lain yang wartawan tanya lain yang dia orang jawap... kah kah kah !.

15 ulasan:

  1. Memang sah Hadi ini mempergunakan kesaksian fitnah zina yg memerlukan 4 orang saksi, sedangkan tuduhan yg ditujukan kepadanya itu bukan tuduhan zina! Patutlah senang-senang saja Hadi memfitnah pihak lain, sebabnya ulama suk ini fikir pihak yg menuduh perlu bawa 4 saksi. Cubaan memperbodohkan orang lain oleh Hadi tampak nyata. Ulama mulut longkang saja taraf yg layak baginya.

    BalasPadam
  2. Ini skandal kewangan laa harun

    yg layak bercakap ialah badan penyiasat dan bank negara.

    yg harun djin sokong najib tu apa hal? ada nilai ke?

    sanggup ke harun djin masuk mahkamah nanti jadi saksi pembela najib tk bersalah?

    ATAUPUN SALAH LAKU YG DISYAKI DILAKUKAN OLEH NAJIB ITU SEBENARNYA DILAKUKAN OLEH JIN2 AFRIT YG MENYAMAR NAJIB?

    kalau benar begitu maka layaklah harun djin campur tgn sebb dia pakar jin.

    kalau tidak lebih baiklah harun pulihkan najib tu dpd ‘nasi kangkang’ seseorg terhadap dirinya.

    BalasPadam

  3. Mengapa?

    MENGAPA & kenapa??

    Mengapa org2 umno pon nampaknya senyap aje???

    Kenapa org2 umno TAK sebut pon soal logik @ TAK LOGIK????

    Kenapa mrk TAK bela pon PM sprt hebatnya sokongan ularrmak siku-LUTUT itu?????



    HERAN

    TUP-tup!

    MENGAPA tiba2 ularrrmak siku-LUTOT mmbela PM sesumpah itu rak-bagai nak gila?

    Mengapa siap boleh terus defend konon2nya semua itu TAK LOGIK bagai??

    Kenapa ularrmak si-bapakFITNAH meroyan tahap GABAN bercakap pasal 4 org saksi???

    RASUAH!

    FITNAH & RASUAH!!

    BUKAN..bukankah disebalik sgl "FITNAH" itu tersembunyi umpan-BANGKAI-songlap-RASUAH???

    LOGIK...logik kah silebai kopiah-SORBAN-jubah telah pon menelan BANGKAI-songlap-RASUAH????

    LOGIK..logik kah jenayah pilkuda TAK gi repot kat polis tp pi repot kat TV3?????

    LOGIK..dimana logiknya buat FITNAH w.pon TANPA bukti & juga SAKSI..takde sorg pon agen pilkuda ditangkap sampai ke-hari nih??????



    SEMOGA

    Semoga CAHAYA

    Semoga CAHAYA maha7TERANG akan bnar7MENYULOH dgn seterang2nya akan sgl rahsia disebalik FITNAH pilKuda yg sgt2 hampir sblum pru-13 itu..

    Semoga CAHAYA maha7TERANG dpt bnar7MENYULOH..bhw disebalik FITNAH itu ada rahsia RASUAH yg nyata...brp puloh/RATUS juta!?


    2013

    pru-13

    Akaun duit masuk pon 2013?

    FITNAH pilKuda pon 2013 juga??

    WATIKAH khianat 3penjuru pon sarat trjd 2013???

    Mintak Tengku Razaligh mnjd PM pon Pru-13 jugak????

    KERJA-tugas khianat-FITNAH ini dah tentu sgt2LUMAYAN skali?????



    Oh! TUHAN..

    "Rabbana ma holakta haza BATIILA.."

    ..."ariinal haqqa-HAQQAN.."

    Berikan lah kami sbnr7CAHAYA utk mmbuka sgl makna/ERTI/definasi yg hakiki trhdp "RAHSIA" sbnr7KBNARAN songlap-FITNAH-rasuah ddlm hidup ini..



    Nota:

    Mrk buat2 bodoh POLITIK..krn songlap-BANGKAI-rasuah tlh mnTOLOLkan mrk

    Jerat/PERANGKAP...umpan puloh/RATUS juta tlh mnTOLOLkan mrk sTOLOL2nya

    Mrk sggup buat apa shj...FITNAH-khianat dsbnya asal "RAHSIA" tidak trbongkar!?

    Mrk sggup buat2 bodoh TAK pandai politik..dituduh sbg ulamak-SUK skali pon, janji "RAHSIA" sonlglap-BANGKAI-rasuah mrk tidak trbuka..!?

    Takdir nya PAKATAN BARU aka "RAKYAT" dpt kuasa diPutra Jaya...sgl "RAHSIA" puloh/RATUS juta yg mnjd "umpan" mmBODOHkan mrk itu insyAllah akan terbuka akhirnya dan itulah yg sgt7Mrk takuti skali seandainya kelak trjd...Oh!..

    ...Oh! mimpi yg sgt7NGERI, puloh/RATUS juta rupa2nya trsembunyi ddlm lipatan belitan2 jubah SORBAN yg mnindas zalim TIPU mngelirukan umat itu!?

    BalasPadam
  4. semua duit yg masuk ke akaun najib tu dilakukan oleh DDDDAAAAPPPPP

    DAP cina komunis nk hancurkan najib dan melayu dan nk perintah negara ini.

    sungguh jahat DDDAAAPPP ini kan kan kan

    hihihihiihihihiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul gak, sebab itu aku heran ada puak nak duduk serumah dengan puak halau islam dan pemimpinnya disokong oleh puak nak meneng tapi di bawah ketiak dap. Walaupun kepincangan perlu diperbetulkan namun Islam adalah ketuanya.Wang dolar hanya sementara, jawatan datang dan pergi. Saham meruntuhkan Islam yang dijana setiap saat lebih bahaya dari meruntuhkan sebuah masjid.Islam berlandaskan hukum. Bukan logik kepala sendiri.

      Padam
    2. Ye la. Dengan perlakuan Tn Presiden yang ponteng parlimen, memaki hamun, mungkir janji, keputusan flip flop. Semua tu kan ajaran Islam kan?

      Padam
  5. Dalam kes ini perlukah 4 orang saksi? Bukan kah kes ini merlibatkan kes transaksi wang di antara pehak yang memberi dan pehak yang menerima. Dan ia nya telah pun dapat di buktikan. Tak boleh kah surat surat transaksi sahaja yang di jadi kan bukti? Tahu kah kedua dua ular-mak ini mengapa pengasan Am-Bank di bunuh setelah tiga bulan selepas wang tersebut bertukar tangan?

    Yang menghairan kan mengapa di dalam kes liwat DSAI kedua dua ular-mak ini tidak mempertikai kan perihal perbicaran itu di mana pehak penuduh tidak pun menyediakan 4 orang saksi.

    Dulu aku sememang nya menghormati kedia ular-mak ini. Tetapi kini setelah mendengar melalui U-Tube dan kenyataan kenyataan akhbar yang mereka beri kan perasaan hormat ku sudah kian pudar dan mungkin terus padan bak mentol yang "BLOW".

    BalasPadam
  6. Orang yang tiada ilmu kewangan, akaun, pelaburan serta yang berkaitan dengan pengurusan kewangan janganlah komen lebih-lebih Bagilah mereka yang berkelayakan yang komen. Bak kata seorang ustaz kalau nak buat kerja mosaics kita tak suruh ustaz, kita suruh orang kerja simen dan lantai. Begitu jugala kalau nak tahu jawapan kepada masaalah taharah kita tak tanya tukang kayu sebaliknya kita tanya orang yang berpendidikan ugama yang tak semestinya ustaz. Jadi dalam hal ini pun begitu juga. Orang yang pakar hal ugama dan tak pernah belajar 'public finance' janganlah beria-ia sangat menyebelahi mana-mana pihak!! Nanti terserlah ketololan dan kejebonan kamu!!

    BalasPadam
  7. Penipu sungguh tok guru hj Najib... U turn saman wsj

    Ada lagi satu tik guru sesat... Yg samakan liwat dgn rasuah....

    Ayoh Ping Marang mahu wsj kemuka 4 saksi kes rasuah pecah amanah mencuri terhadap tok guru Najib...

    Tok guru ayoh Ping samakan rasuah dan liwat dlm siri ceramah ajaran sesatnya...

    Apa nk jadi dgn semua tokhaji tok haji di Malaysia ni..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan pakai kitab mana untuk berhujah? karangan pakatan dap pkr ke edisi berapa. Disahkan oleh LG ke?.Tahukah hukum hukaman Islam karang siapa?

      Padam
  8. Seronok tengok komen komen golongan sekular yg ngaku perjuang Islam....kalau Anwar kena pakai 4 saksi...tapi Najeebool tak boleh pulak....fatwa DAP manalah yg korang pakai ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bodoh simpan sikit bodoh tu untuk anak cucu akan datang, jangan lu bagi bodoh lu tu kat orang lain beb... bezakan antara jenayah mak bapak lu kena liwat dengan jenayah mak bapak lu rompak wang rakyat... tololllll

      Padam
  9. Gamaknya kau dah lupa tujuan TGHH hasilkan buku QAZAF masa kes DSAI tgh hot dulu.. atau kau masa tu x paham maksud QAZAF..

    BalasPadam
  10. Pada pendapat saya yg kurang cerdik no, TGHH bg DsN sokong hudud dgn cepat supaya boleh guna saksi yg berwibawa supaya selesai masalah,

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....