DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 5 Jun 2015

Muktamar PAS : Ketua Pemuda PAS Pusat Ni Betul Ke Tak Betul Beb... Kah Kah Kah !



Jika Tak Silap gua semasa Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) Ke54 Bermuktamar Yb Nik Abduh ada sekali Menghadiri Muktamar tersebut, cuma tak pasti yang beliau adalah sebagai Perwakilan atau pun Pemerhati. Yang mana di dalam Muktamar DUPP tersebut telah meluluskan USUL TERGEMPAR dengan Sebulat Suara Supaya PAS Memutuskan Hubungan dengan DAP.


Usul Tergempar telah Dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Moktar Senik yang juga Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang, yang mana antara Alasan UTAMA dari Tuan Guru Haji Mokhtar Senik semasa Membentangkan Usul tersebut ialah DAP telah Memutuskan Hubungan dengan Tuang Guru Datuk Seri Haji Hadi Selaku Presideng PAS bersama-sama Alasan-Alasan lain seperti berikut-


1. Menyedari bahawa DAP sebagai Rakan Kerjasama Politik PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR) secara Rasmi telah Memutuskan Hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku Ketua kepada Parti PAS.
2. Menyedari juga bahawa PR di Sarawak dan Sabah telah Dibubarkan ekoran Tekanan daripada DAP.
3. Menyedari bahawa DAP telah Melangkaui Batasan daripada hanya Tidak Bersetuju kepada Menentang dan Mengkritik Secara Lantang dan Keras, serta Melobi Ahli-Ahli PAS untuk Menolak Usaha Memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah Dikanunkan pada 1993 sebelum Penubuhan PR.
4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam Satu Soalan Rasmi di Parlimen bertarikh 18 Mei 2015 melakukan Provokasi terhadap Usaha PAS Kelantan untuk Meminda Perlembagaan bagi Melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba Menyifatkannya sebagai Bertentangan dengan Semangat Kenegaraan dan boleh Memecah-Belahkan Negara.
5. Menyedari bahawa DAP secara Konsisten dan Berterusan Menyerang Presiden PAS dengan pelbagai Tohmahan dan Kutukan.
6. Menyedari bahawa DAP secara Berterusan dan Konsisten melakukan Pelbagai Provokasi terhadap Kedudukan PAS dalam PR.
7. Menyedari bahawa DAP telah Gagal untuk Berpegang kepada Prinsip "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" dalam Prinsip dan Perjuangan Bersendiri Setiap Parti dalam PR, seperti Perjuangan untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.
8. Menyedari bahawa antara Syarat-Syarat Tahaaluf Siyaaasi (Kerjasama Politik) dengan Parti yang tidak Berlandaskan Islam mestilah dijadikan Wasilah untuk Menegakkan Islam, Memperkukuhkan Kedudukan Umat Islam serta Membuka Ruang untuk Pelaksanaan Islam serta mestilah Dipastikan Dasar-Dasar Islam Dipertahankan.
9. Menyedari bahawa sebahagian Syarat-Syarat Keharusan Kerjasama Politik dengan Parti tidak Islam telah Dilanggar oleh Sebahagian Ahli PAS antaranya Intimak (Penggabungan Diri) dan Wala' ahli hendaklah kepada Parti Islam.
10. Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 Mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya Hubungan Kerjasama Politik dengan DAP Dibatalkan dan PAS terus kekal dalam PR.

Oleh dari itu apakah Ketua Pemuda PAS Pusat Yb Nik Abduh cuba untuk Menyanggah apa yang telah diputuskan oleh DUPP, tak kan DUPP telah melakukan Kesilapan apabila Usul Tergempar tersebut Diluluskan dengan Sebulat Suara. Sedangkan apa yang diketahui ialah ada Ahli DUPP juga adalah Ahli kepada Majlis Syura Ulama' (MSU)... alah yang seperti 1MDB dan Tabung Haji tu... kah kah kah !.

Yang mana Ahli Lembaga Tabung Haji juga ada yang menjadi Ahli Lembaga 1MDB, jadi apa-apa hal Senang Kowtiin beb. Oleh dari itu Tak Mungkin Usul Tergempar tersebut Diluluskan atas sebab Kesilapan dan Ketidak Faham nya Perwakilan ke Muktamar DUPP. Mana Mungkin Perwakilan Ke Muktamar DUPP yang rata-rata nya Ulama' telah membuat Kesilapan dengan Meluluskan Usul tersebut... kah kah kah !.

Berbalik kepada Persoalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru Terpilih tersebut, apakah ini yang dikatakan untuk Memperkasakan Pemuda PAS Pusat, hanya MENCIPLAK IDEA apa yang telah dilakukan oleh Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat yang telah dikalahkan didalam Pemilihan Ketua Pemuda PAS Pusat... ini kah nama nya Memperkasakan Pemuda PAS Pusat... kah kah kah !.

Jika sebelum Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda PAS Pusat suara beliau didalam Facebook boleh dikatakan LANTANG dengan KRITIKAN terhadap Kepimpinan DAP berkaitan HUDUD, kenapa setelah Memenangi Jawatan sebaga Ketua Pemuda PAS Pusat suara beliau seperti Bercakap Didalam Kelambu. Apakah Kritikan beliau terhadap Pemimpin DAP hanya Lakonan bagi Meraih Undi... kah kah kah !.

Boleh pulak Berhasrat untuk MINUM KOPI (baca sini) dengan Ketua Pemuda Parti yang Menentang Hudud dan Meneruskan Jalinan yang telah dimulakan oleh Suhaizan, Jalinan apa yang lu nak teruskan Nik Abduh oiii... tak kan lu nak teruskan Jalinan Suhaizan yang dikatakan oleh Wala'un-Wala'un seperti Mengagungkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng... lu biar BETIK Nik Abduh... kah kah kah !.

Sepatutnya lu Sambut Usul Tergempar daripada DUPP dengan Menyokong Usul tersebut, baru lah boleh dikatakan yang Kepimpinan Pemuda PAS dibawah lu Tidak Lembab seperti yang dikatakan kepada Kepimpinan Pemuda PAS dibawah Suhaizan Kaiat sebagai Lembab. Ini boleh pulak lu nak Meneruskan Jalinan yang telah dibuat oleh Suhaiza... Apa Barang lah lu ni Nik Abduh... kah kah kah !.

Sebenar nya beb... apa dibuat oleh konon nya Golongan Ulama' Pewaris Nabi bersama-sama Wala'un-Wala'un dia orang sebelum Pemilihan PAS, hanya lah LAKONAN WAYANG PACAK bagi Mempengaruhi Perwakilan itu aje. Sebab itu Nada dan Suara Golongan Ulama' selepas Pemilihan PAS cukup berbeza dengan Nada Suara sebelum Pemilihan... Wayang beb Wayang... kah kah kah !.

Jika tidak membuat Wayang Pacak tersebut macam mana hendak Mempengaruhi Perwakilan PAS beb, sedangkan  jika hendak dilihat kepada Rekod Kerja dan Sumbangan kepada Ahli dan Rakyat apa yang boleh Perwakilan Nilaikan... tak ada apa... Persidangan Dewan Rakyat Tak Datang... jika datang pun sekadar Memanaskan Kerusi Dewan Rakyat dan Mengoyang Telor... kah kah kah !.

Lu orang tengok aje lah Senarai Calon-Calon yang Menang daripada Naib Presiden sampai lah ke Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat... Usah kan Rekod kerja dia orang kepada PAS tapi mungkin Nama dia orang pun ada yang baru lu orang Dengar, hanya kerana Calon tersebut konon nya dari Golongan Ulama' dan Penyokong Ulama' Pewaris Nabi serta Pro kepada Tuang Presideng PAS... kah kah kah !.

Lepas tu siap boleh cakap pulak tu dalam Perasmian Muktamar yang konon nya "Jangan Terperangkap Dengan Mainan Musuh Untuk Memecah Belahkan Kita Yang Melontarkan Pengasingan Ulama' Dengan Profesional"... (baca sini) tapi sebalik nya didalam Pemilihan Cawangan dan Kawasan semua Golongan Profesional Disembelih Hidup-Hidup walaupun Berpotensi sebagai Pemimpin... kah kah kah !.

Apa lah yang Ahli PAS khas nya dan Rakyat Umum nya dapat Mengharapkan Pemimpin berstatus Ulama' berperangai tak berbeza dengan Pemimpin Umno... Masyuarat Tak nak datang... buat Masyuarat lepas tu Batalkan Keputusan Masyuarat Sesuka Hati beliau... tak cukup dengan itu lagi Fitnah orang lain Jual Pil Kuda... Suruh Minta Maaf Tak Mahu... konon-konon nya Ulama'... Menyampah Betul beb !.


hemmmmm..... ingatkan perwakilan pas berbeza dengan perwakilan umno beb... rupa nya gua silap lagi... tak ada beza nya antara perwakilan pas dengan perwakilan umno... kalau berbeza pun dari segi pakaian itu aje... kah kah kah !.

8 ulasan:

  1. Ketua DPPP paling bangsat yg pernah dilahirkan PAS sedangkan di kelateku dia pernah kalah pemilihan Ketua DPP Kelate kepada YB Ust Ab Latiff Abd Rahmann.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAMAT NI BANYAK MINUM AIR KETUM.

      Padam
    2. Dah abid ngundi la...jgn jdi tolol

      Padam
  2. Aku dah tak amik pot pasal umno @ BN

    Bg aku umno & BN dah mcm bangkai & lebih teruk drp bangkai..takleh pakai dah!

    Kritik, tegur, nasehat dan beri komen kpd umno serupa kita pon jd mcm bangkai!!



    Skrang,

    Klu PAS kluar drp PR/pakatan, aku lega & pasti skali ramai sgt2 yg rasa lega!

    Aku dah aggap skarang PAS lebih jijik drp umno & lebih hina shina2nya drp bangkai!!

    Aku haran & heran mcm mana ularrrMak2 bapak FITNAH itu maseh lg TAK tau malu berBELIT2 berPUTAR lg dahsyat drp ular maseh ingin bersama PR...

    Aku sgt2 yakin ramai sgt2 yg akan merasa lega bila PAS istihar shj kluar PR

    Seolah2 bangkai yg paling2 busuk skali tlh dpt dibuang/dihindarkan drp PR

    Selagi PAS ddlm PR,bau busuk bangkai itu smakin kuat dan sgt2 mloyakan!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. GUA SOKON LU BHAI.GUA SUDAH HILANG KEPERCAYAAN PADA PAS. SAY NO TO PAS.KOTOR PUNYA PARTI

      Padam
  3. Ni lah KP yg di pilih oleh perwakilan Pas..
    Awal2 dah tunjuk yg otak de kt kpala lutut
    Mmg sah PRU14....PAs bungkus tko...la

    BalasPadam
  4. DAP & PKR mungkin tidak semukmin seperti dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW, tapi rasanya mereka tidaklah sebodoh anak TGNA ni untuk menghulur tangan di dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua. Pada aku PAS ada di dlm PR atau tidak sudah tidak penting, kerana rakyat akan menolak PAS walaupun PAS anggota PR. PAS adalah liabiliti PR, so lambat laun anggota yang mereput perlu dibuang seperti seorang doktor memotong anggota tubuh yang mereput.

    BalasPadam
  5. Gwa orang lama pas mencadangkan pas keluar aja dari PR , jgn koner - koner wahai lebai - lebai dlm pas , mu join BN mu dapat kuasa lagi besar berbanding PR. Mu jangan jadi hipokrit .

    Gwa , keluarga dan seluruh zuriat gwa tak akan sokong pas hingga akhirat .

    BalasPadam

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....