DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here

Jumaat, 15 Mei 2015

Panas Mendidih - Gendang Perang Pemilihan PAS Sudah Dipalu


Boleh lah dikata setelah agak lama juga Sejarah Pemilihan Jawatan dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) Bersuhu SUAM-SUAM KUKU, namun tidak pada Pemilihan PAS kali ini sama ada diperingkat Cawangan mahu pun diperingkat Kawasan dan seterusnya diperingkat Pusat pada 4hb hingga 7hb Jun 2015 yang akan berlangsung di Kuala Selangor Bandar BERSEJARAH.

Cukup Hebat Pemillihan PAS kali ini sampaikan Yang Dipertua PAS Kawasan (YDP) berstatus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Persuruhjaya PAS Negeri, Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat  pun ada yang Tewas, yang mana ini adalah bukti Jelas bahawa Pemilihan PAS kali ini bukan setakat PANAS tetapi PANAS MENDIDIH.

Maka bersesuaian lah apabila dikatakan Pertembungan kali ini adalah Pertembungan Hidup dan Mati didalam Politik, dimana sebelum ini Pertembungan Hidup dan Mati didalam POLITIK hanya BERKISAR dan BERKISAH didalam Parti Umno iaitu Parti yang dikatakan KERAMAT kepada Orang-Orang Melayu oleh Ahli Umno dan Penyokong-Penyokong Umno.

Dimana Keramat menurut Ahli dan Penyokong Umno ialah jika Tiada nya Parti Umno yang ditubuhkan pada Tahun 11 Mei 1946 maka Orang-Orang Melayu Masih Pakai Cawat dan Duduk Diatas Pokok, seperti mana Orang-Orang Melayu di Negara Singapura. Yang mana dikatakan sampai ke hari ini pun masih lagi Bercawat dan Duduk Diatas Pokok kerana tiadanya Umno.

Begitulah Hebatnya Parti Umno yang dikatakan Keramat oleh Ahli dan Penyokong Umno, sampaikan Artikel yang gua tulis berkaitan dengan Pemilihan PAS ni pun ada Kisah Parti Umno didalam nya. Apa TANGAKAL SIAL lah yang digunakann oleh Umno ni beb, gua nak tulis berkaitan Pemilihan PAS bukan nya Kisah Umno kenapa Kisah Umno ada sama ni... kah kah kah !.

Siapakah dia Pihak-Pihak yang sampai boleh Menjadikan Pemilihan PAS kali ini betul-betul bagaikanPanas Mendidih, dikatakan Pihak-Pihak tersebut yang satu nya Mendakwa sebagai Kumpulan Pro-Ulama' Perwaris Nabi. Kumpulan ini Menggelarkan Kumpulan yang satu lagi sebagai Kumpulan Pro-Pakatan Rakyat (PR) Barua DAP dan Penjilat PKR.

Manakala Kumpulan yang satu pula Mendakwa sebagai Pro-PR Perjuang Inspirasi Rakyat berlandas Islam dengan Menggelarkan Kumpulan lawan nya Pro-Ulama' Perwaris Nabi sebagai Pro-Ulama Suka berUG dan Penyambung Nyawa kepada Umno yang Hampir nak Mampos. Yang mana satu yang Betul ianya adalah Mengikut SELERA masing-masing.

Sudah tentu lah dikedua-dua Pihak mempunyai Alasan dan Sebab kenapa Pihak mereka didakwa sebagai Betul dan Benar, yang mana disebelah Pihak Pro-Ulama' sudah tentu akan Mengemukan Ayat Al-Quran dan Hadis sebagai Menyokong setiap Kenyataan yang Keluar dari mulut Kumpulan Pro-Ulama' dan begitu jugalah Kumpulan Pro-PR akan melakukan perkara yang sama.

Namun Pertembungan kedua-dua Pihak sedikit sebanyak akan Membuka Mata Rakyat Malaysia yang bukan nya Ahli PAS, dan sama ada mahu diakui atau tidak ialah Pemilihan Parti PAS kali ini akan menjadi KAYU UKUR kepada Rakyat terhadap Parti PAS didalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sama ada Rakyat Menerima atau pun Menolak Parti PAS.

Terpulang kepada Ahli-Ahli PAS bagaimana untuk mengujudkan Persepsi Baik terhadap PAS oleh Rakyat, kerana Politik diakui atau tidak oleh kedua-dua Kumpulan ianya adalah mahu Memenangi Pilihan Raya. Maka bila mahu Memenangi Pilihan Raya sudah tentu mahukan UNDI dari Rakyat, dan bila mahukan Undi sudah tentu mahukan Undi Majoriti.

Seperti kata Naib Presiden PAS Tuan Man Tuan Ibrahim ketika Mengulas berkaitan Ustad Ahmad Awang Bekas Naib Presiden PAS yang akan Bertanding Jawatan Presiden PAS pada Pemilihan PAS kali ini, dimana Menurut beliau "Jika Suka Mahu Bertanding Maka Sudah Semestinya Mahukan Kemenangan". Begitu juga lah PAS dalam Pilihan Raya.

Tak kan PAS bertanding dalam Pilihan Raya hanya sekadar mahu Bertanding, jika sekadar mahu Bertanding dan Tak Peduli sama ada Menang atau Kalah sampai bila Tujuan Pernubuhan PAS akan dapat Direalisasikan, oleh itu buat Perwakilan-Perwakilan yang akan Memilih pada Pemilihan PAS kali ini sebaiknya berfikir dengan MATANG dan WARAS.

Pada gua yang hanya menjadi Ahli Biasa PAS hanya dapat Mendoakan Kebaikan buat PAS itu pun jika Allah SWT mahu Memakbulkan Doa gua, rasa-rasnya Payah Banyak untuk Dimakbulkan beb. Atas sebab banyak lagi Doa Ulama'-Ulama' pun Tidak Termakbul seperti Doa supaya Umno KO. Tetapi Umno masih lagi dapat Merompak Harta Rakyat.

Oleh itu Pilih Kepimpinan yang lu orang rasa boleh membawa Parti PAS pergi lebih BERJAYA sama ada didalam BERDAKWAH dan juga di dalam POLITIK, jangan nanti Mereka-Meraka yang lu orang Pilih hanya Menang didalam Pemilihan tetapi Tewas didalam Pilihan Raya. Lu orang sendiri kena Ingat lah apa akan jadi jika KALAH dalam Pilihan Raya.

Jawapnya Umno lagi lah yang akan Menang kerana pada Dasar nya dimana Parti PAS bertanding disitu jugalah Umno akan Bertanding, walaupun ada sesetengah Kawasan PAS bertanding dengan Kompenan BN selain Umno. Jikalau sudah Umno yang menang tak kan lu orang Tak Faham-Faham lagi kot, apa akan jadi dengan Nasib Rakyat jika Umno terus Memerintah... Jangan Marah Beb... kah kah kah !.


hemmmmm..... sejarah mengatakan pejuang rakyat banyak yang tewas bila kuasa sudah didapat atas mandat rakyat begitu jugalah ulama' adalah pewaris nabi tetapi nabi saw juga ada berkata berkaitan ulama' suk iaitu ulama jahat yang tafsiran gua kebanyakan nya ada dalam umno... kah kah kah !.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lu orang boleh tulis apa yang Lu orang rasa nak tulis... tetapi semestinya apa yang Lu orang tulis tu Lu orang lah yang bertanggongjawap... gua tulis gua yang tanggong tak kan Lu orang tulis gua pulak nak tanggong... itu tak adil nama nya beb... kah kah kah....